Friday 22 July 2011

siapa dia?? 9



Episod 9

“Kau ni kenapa? Muka macam orang kena sembelit saje?” Tanya Ana, dahinya berkerut.

“Aku sakit perutlah Ana, adeh!” Ain mula mengerang kesakitan.

“Kau tak makan ek pagi tadi?”

Ain tidak menjawab, Cuma mukanya saja yang berkerut.

“Ain jom kita pergi Klinik ek.”Ain menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Aku tak sakit sangat, tak payahlah pergi klinik.”

“Ha! Jangan nk mengada, aku tau sangat dengan perangai kau tu takut pergi klinik,” Bantah Ana keras.

“Eh! kenapa ni, Ain?” Tanya Mila.

“Ain ni haa,dia sakit perut kak..” Ana memberitahu, wajahnya risau.

“Ain tak makan ke pagi tadi?” Tanya Mila. Ain geleng kepala.

“Ain memang jarang makan pagi kak Mila,” Ana jawab bagi pihak Ain.

“Ni kena gastric ni pergi klinik la Ain.” Kata Mila, kerisauan.
Ain geleng kepala.

“Dari tadi Ana ajak dia pegi klinik kak, tapi dia tak nak..” Ana pandang muka Ain.

“Mana boleh macam tu Ain, melarat nanti.. kamu yang susah, sudah. Ana bawak Ain pergi klinik sekarang, guna kereta akak..”
Ana   mengangguk  laju.

“kak, Ana pergi klinik yang dekat sini ye kak..”

“Okeh, tapi naik kereta, akak tengok Ain pun macam dah tak larat nak jalan ni,”
Ana   mengangguk   lagi.

Pantas dia pimpin tangan Ain  yang juga dibantu oleh Kak Mila, berhati-hati dia meletakkan Ain di tempat duduk belakang.

“Apa-apa hal bagitau akak tau,” pesan Mila sebelum menutup pintu kereta.

“Ain kau tahan sikit ek,”
********

Ana sudah sampai dihadapan klinik, dia membimbing Ain yang dari tadi asyik menekan perutnya.

“ Ain tahan ek kita dah sampai klinik ni,” pujuk Ana. Ain mengangguk lemah.

Ana dudukan Ain di tempat menunggu lepas tu dia pergi mendaftar kat kaunter depan. Tidak lama kemudian seorang kakak cantik panggil nama Ain, dengan penuh hati-hati Ana pimpin tangan Ain dan kakak cantik tu pun bantu pimpin tangan Ain jugak, sampai kat dalam Ana ucap ‘thanks’ kat kakak cantik tu dan lepas tu….

‘Aik macam kenal aje mamat doktar ni..’ Ana garu kepala. And then, matanya
mula terbeliak (macam cerita kat anime tu.. cumel sikit.. ^_^)

‘Aku pi klinik dia ka.. aduyui..’ Ana garu kepala.

“Dah lame ke sakit perut ni” Tanya Dr.Fakrul.

“Lama tak lamalah jugak.. tapi nak tahan azabnya Ya Allah..” beritahu Ain.
Dr.Fakrul tersenyum lucu.

‘Mamat ni dah tak kenal aku ke.. dari tadi tak pandang aku pun.. huh, lelaki sama aje.. nak mengayat lupa kawan, mengayat apanya dia dah kahwin!! eh bila pulak mamat ni jadi kawan aku..’ Ana garu kepala lagi sekali. Lepas Dr.Fakrul chek Ain..

“Erm.. nasib baik cepat datang sini, kalau tak masuk hospitallah awak Ain.. lain kali makan kena teratur jangan main redah aje,” nasihat Dr.Fakrul.

“Yela doktar, Ain ingat pesan doktar tu,” malas aje Ain jawab. Dr. Fakrul senyum.

“Okeh, saya bagi awak buat ubat gastric, antibiotic dan vitamin.” Kata doktar itu sambil menulis di buku laporannya.

“Vitamin doktar? Nape pulak?” Tanya Ain pelik.

“Saya tengok awak ni kurus sangatlah,” usik Dr.Fakrul. Ana tergelek kecil.
Dr. Fakrul pandang Ana.

“Eh, lupa pulak nak Tanya sapa ni?”

Ana kerut muka, ‘ Hai.. buat-buat lupa pulak atok ni, menyampah pulak aku.. eh nape pulak aku nak nyampah lagi elok kalau dia lupa kat aku, tapi takkan cepat sangat mamat ni lupa kat aku.. hiss ni dah kes pelik bin ajaib nih.’

“ Lupa pulak nak kenalkan, inilah kawan baik Ain dia baru pindah sini dan baru je mula kerja kat kedai buku tu,nama dia Ana” Ana cuma tersenyum saja.

“Oo.. nilah kawan Ain yang selalu Ain cerita kat ab… saya tu,”
Ain pandang Dr.Fakrul, Ana pulak mula mengsyaki sesuatu. Dia kerut dahi. ‘Apasal rasa macam ada something-something diorang ni?” Ana kerut dahi.

“Ha’ah.. ni kawan yang selalu Ain ceritakan pada Doktar.” Perkataan doktar tu dia tekankan. Dr.Fakrul tergelak kecil.

“Okehlah kalau tak ada apa-apa Ain boleh balik, jangan lupa makan ubat tau dan jaga diri,” pesan Dr.Fakrul sambil tersenyum manis pada Ain, Ain mengangguk dan membalas senyuman Dr.Fakrul.Ana hanya mendiamkan diri, tak tau nak kata apa. ‘Macam mana pulakla mamat ni boleh buat-buat tak kenal aku ni. Hisy musykil ni! Haa.. nape pulak aku tengok si Ain ni macam mesra aje dengan si Zarif ni. Hmm.. ni kena siasat ni..’


Semasa di dalam kereta.


Ana masih mendiamkan diri, Ain pulak berceloteh bukan main lagi macam dia tak sakit aje. Ana diam aje, malas nak masuk campur. Dia hilang mood.

“Kau ni kenapa? Dari tadi diam aje.” Tanya Ain.

“Tak ada apa.” Jawab Ana. Ain garu kepalanya yang tiba-tiba gatal semacam.

“Okeh dah sampai, kau boleh turun sendiri ke, atau nak aku pimpin kau?” Tanya Ana serius aje.

“Errr.. aku turun sendiri, aku dan sihat sikit ni..” Jawab Ain cuba untuk menceriakan suasana yang dia rasa ‘agak’ tegang itu.

“Okey..” tanpa menunggu Ain, Ana terus keluar dan terus masuk ke dalam kedai.

“Apakehai pulak minah sorang ni.. demam ke?” Ain garu kening pulak.

“Ha, Ain macam mana dah okey, doktar cakap apa,” Tanya Kak Mila melulu aje.

“Haa.. oh.. dah okey dah, doktar cakap okey aje tapi kena makan ikut jadual la,” Jawab Ain matanya pandang ke dalam kedai.

“Ni akak nak Tanya, si Ana tu apa apasal? Menonong terus ke dalam bilik akak tegur pun dia buat do no aje.”

“Entahlah kak, Ain pun pelik tadi okey aje dia tu.” Jawab Ain hairan.

“yeke.. ermm tak pe la nanti akak try Tanya dia. Okeylah dah pi masuk dalam rehat. Doktar ada bagi MC tak.”

“Ade sehari aje.” Jawab Ain.

“Erm.. okeylah tu, ni Ain nak balik rumah ke? Kalau nak balik mehlah akak hantar.” Ajak Kak Mila.

“Eh, tak pe la kak Ain rehat dalam aje la. Lagi pun Ain dah okey sikit nih.” Kata Ain tersenyum lembut.

“Kalau macam tu tak pelah, dah pi masuk dalam tu. Akak nak keluar kejap.”

“Okey kak..” Terus Ain masuk ke dalam.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

siapa dia?? 8



Episod 8

Puan Jamilah membawa dulang minuman dan sedikit roti kering ke taman kecil di kawasan rumah terasnya.Dia tersenyum kecil bila melihat anak bujangnya termenung, senjak pulang dari kerja ,itu saja ‘kerja’nya termenung  sana termenung sini dan bibirnya tak pernah lekang dari senyuman.

‘ Erm.. ni kes pelik ni,’ Kata Puan Jamilah sendirian.

“Hai, anak Ummi dari tadi Ummi tengok Rul asyik termenung saje ada apa-apa ke?” Kata Puan Jamilah cuba untuk mengorek cerita dari Zarif.

“Eh, Ummi bila Ummi ada kat sini. Rul tak perasan pun,”

“Tu lah kamu, termenung saja sampai Ummi datang sini pun tak sedar,” Katanya lagi lalu meletakkan dulang di meja.

“Termenung? Mana ada,” Dalih Zarif.

“Erm.. Yelah tu,” Umminya menjeling.

“Betul Ummi,” Zarif menyakinkan Umminya.

Puan Jamilah mencebik. Zarif ketawa pelahan melihat mimik muka Umminya itu.

“Alah Ummi ni itu pun nak merajuk,” Usik Zarif.

“Alah sesekali nk merajuk dengan anak bujang Ummi apa salahnya,” Jawab Umminya tersenyum manis. Zarif tertawa lucu, Umminya senang dipujuk dan senang juga merajuk. Mungkin sikap Umminya itu membuatkan arwah Babahnya terpikat.

‘Tapi tak macam Adriyana,’ Katanya hatinya tiba-tiba. Dia tersenyum.

“Hai anak Ummi ni tak habis-habis lagi berangannya, berangankan bakal menantu Ummi ke?” Soal Umminya.Ersyad tersenyum malu.

“Erm.. nampaknya tak lama lagi dapatlah Ummi menantu ya,” Zarif tersenyum, kepalanya tergeleng-geleng. Dia bangun lalu memeluk Umminya dari belakang.

“Ummi ni ada-ada saje lah,” Kata Zarif sambil mencium pipi Umminya.
Puan Jamilah tersenyum. Senang dengan perbuatan anaknya Zarif memang manja dengannya, senjak kematian suaminya anak-anaknya sajalah tempat dia memanja.

“Okeylah Ummi Rul masuk dalam dulu nak tidur lah,”

“Haa, nak lari dari topik lah tu,” Katanya Umminya.

“Mana ada Ummi, Rul ngantuklah Ummi esok Rul nak pergi kerja awal sikit,” Pujuk Zarif.

“Erm.. yelah tu kalau nak lari dari topik tu macam-macam alasan dia,”
Zarif ketawa pelahan, dia mengambil cawan yang berisi air Horlick lalu diteguknya sampai habis.

“Okeylah Ummi Rul masuk dulu ya,” katanya mencium pipi Puan Jamilah.

“Assamualaikum, sayaanngg.. Ummi.”

“Walaikumusalam,” Puan Jamilah tersenyum pada Zarif.

“Hai Angah dah nak tidur,” Syahida mencelah.

“Ha’ah, dah ngantuk sangat ni,”

“Alah ingatkan nak sembang dengan Angah,” Ujar Syahida manja.

“Nak sembang dengan Angah aje ke? Dengan Ummi takkan?”

“Eh, mestilah dengan Ummi syida sekali kalau tak.. tak lengkaplah hidup Syida Ummi,”Syahida tersenyum manja.

Zarif ketawa lucu.Puan Jamilah mencebik.

“Okeylah, Syida berbuallah dengan Ummi Angah masuk dalam dulunya,” Kata Zarif.

“Yelah.. Eh.. Eh Angah esok Syida nk ikut Angah pergi kerja boleh tak?”

“Kenapa? Syida ni sakit ke?” Tanya Zarif pelik.Dia merasa dahi Syida, sejuk aje.

“Hehe.. mana ada saja je nak ikut, nak tengok tempat kerja Angah macam mana,” Cuba memujuk Angahnya.

“Erm.. yelah,Tapi sekejap je tau,”

“La kenapa pulak?”

“Eh cik adik ni, takkan nak tinggalkan Ummi sorang-sorang kat rumah kot,” Zarif menjeling.

“Hehe.. yelah-yelah,” Kata Syahida  tersenyeh sambil mengaru kepalanya.

“Alah, kalau Syida tak ada pun Ummi dah biasa tinggal sorang-sorang, lainlah kalau ada orang ‘baru’,”

Syahida mengerutkan dahi, ‘ Orang baru,’
           
Zarif ketawa lucu, sempat jugak  Puan Jamilah mengenakannya.

“Sapa orang baru tu Ummi? Jiran sebelah rumah ke?” Pertanyaan Syahida membuatkan Umminya ketawa besar, Syahida pelik.

“Kalau nak tau, ha.. tanyalah Angah kamu tu?” Puan Jamilah tersenyum penuh makna.

“Apanya Angah?”

“Manalah Angah tau.” Jawab Zarif selamba

“Err.. Rul masuk dululah Ummi, Syida esok bangun awal sikit Angah nak pergi kerja awal sikit, okey.” Kata Zarif malas nk melayan usikan Umminya.

“Eh.. Angah nantilah dulu, Angah belum jawab dulu.”

Zarif terus melangkah tanpa memperdulikan pertanyaan adiknya. Puan Jamilah ketawa penuh makna.Syahida mengaru kepalanya yang tiba-tiba gatal.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Friday 15 July 2011

siapa dia?? 7

Episod 7


Zarif masih lagi tersenyum sorang-sorang bila teringatkan telatah Ana tadi.

‘Tak penah aku jumpa budak selamba plus gabra macam budak ni, berapa umur dia ya nampak macam budak lagi mesti baya-baya Syidah ni, sebab tu cute aje mukanya.. tapi garang jugak..'Zarif tersengih lagi.

“Hai Rul termenung sakan nampak,” Tegur Kak Midah.

“Haa.. apa kak midah?” Zarif terpinga-pinga.
Kak Midah tersenyum.

“Rul ni dah angau ke, dari tadi kak midah tengok tersenyum, tersengih sorang-sorang..”

“ Hisy tak delah, saya terkenangkan Syida, erm.. rindu pulak kat Syida,”Dalih Zarif

“Betul ke Rul ke auta je nih,” Kak Midah sengih mengusik.

“Apa pulak tak betul nye Kak Midah. Macam-macamlah Kak Midah ni,”

“Ye lah Rul, tapi kalau jadi nanti bagi tau Kak Midah,” Kata Kak Midah tersenyum penuh makna.

Zarif tergelak kecil.

“Apa-apa je lah Kak Midah, okey saya nak sambung kerja ni,”

“Ye lah, Kak Midah pun nak siap-siap nak balik ni..”

“Eh, Kak Midah dah pukul berapa ni?”

“Erm.. dah pukul 6 petang dah Rul.”

“Pukul 6, Ya ALLAH saya tak solat lagi Kak Midah.” Bergegas Zarif ke surau. Kak Midah mengeleng kepala.



                             ********

“Hoi!”

“Oh! Mak kau bawak lori!!” Jerit Ana. Ain ketawa terbahak-bahak.Ana menjeling Ain, GERAMNYAAA...

“Kau ni sama macam Zulfa  senget tu tau tak!! Kalau tak kejutkan orang tak bleh ke haa!!” Marah Ana.Ain tersenyeh.

“Hehe.. saje je aku nk sakat kau, dah lama aku tak sakat kau. Rasa rindu pulak, alah Ana takkan merajuk kot..”

“Huh!” Jeling Ana sambil menaikkan muncungnya  ‘Saham tu..’

“Ceh.. merajuk konon tak pe nanti aku panggil Abang Faiz ek,” Usik Ain lagi.

“Kau niiiii.. boleh tak kalau tak sebut nama si Faiz senget satu hari! Satu hari je aku mintak!!”

“Hehe.. marahnya dia, kau nikan makin marah makin cantiklah.” Ain masih mahu menyakat Ana.

“Huh!! Malas nak layan..”

“Eleh, kau ni nak sakat sikit pun nk marah apalah.Wei aku nk tanya ni,”
Ana  mengangkat sebelah keningnya.

“Apa dia?”

“Kau keluar dengan sape tadi?”

“Bukan keluar ek, dia tu Cuma nak tolong aku je.. kalu kau nak tau disebabkan dia ni jugak tangan aku kena cakar dek kucing bertuah tu kau tau.Oo.. lupa nak cakap nama dia Fakrul..” atau Zarif.. Kata Ana selamba. Tangannya mencapai mug di depannya.

“Haaa!!”  ‘Dr.Fakrul!! Biar betul budak ni,’ Berubah terus wajah Ain. Ni tak boleh jadi ni.

Hampir tersembur Ana dibuatnya. ‘ Aduh minah ni betullah! Kalau tak terkejutkan orang tak boleh ka, nasib baik hati aku ni ade sikit-sikit keturunan superhero, kalau tak dah lame jalan!’

“Kau ni bole..”

“Kau..kau keluar dengan Dr.Fakrul, berdua je.” Ain memotong kata Ana.

“Bukan keluarlah, dia hantar aku balik aje, adeh berapa kali aku nak cakap daa.. aku ingat klinik dia jauh..heh rupa-rupanya selang beberapa baris aje dari kedai buku kita tu.. kenapa kau tanya ni? Kau kenal dia ke?” Tanyanya pelik.Ain teragak-agak untuk memberitahu Ana.

“Errr.. kau tau tak yang dia tu dah ada isteri?” Berkedut dahi Ana. ‘Ek.. doktar tu betul ke Ain ni, ke saje je nak kenakan aku ni.. rupa doktar tu macam tak kahwin lagi je..’

“Sapa doktor tu?” Berkerut dahi Ana, Ain mengangguk yakin.

“Kau ni biar betul!”

“Betul aku tak tipu, sebab masa aku dengan Zeti pergi Lunch kat Warung Mah Mah hari tu aku nampak diorang, mak ai bukan main mesra lagi.”

Ana mengerutkan dahinya.Ain berasa bersalah apabila melihat muka Ana. ‘Takkan kalau mesra aje.. isteri, mana tau adik dia ke? Tapi kalau betullah...’

“Ana.. kau tak apa-apa ke?” Soal Ain pelahan.

“Tak de apa-apa apakehalnya pulak, kenapa?”

“Kau rasa sedih ke, bila dapat tahu yang..”

“Doktor tu dah kahwin,” Ain menganggukkan kepalanya teragak-agak.

Ana ketawa terbahak-bahak, sampai keluar air matanya. “ Adeh Ain kau ni kelakar.. macam mana.. macam mana dia..hahaha” Tak tahan Ana di buatnya.Ain melihat telatah Ana.

“Kenapa kau gelak? Kau tak sedih ke bila dapat tahu yang Dr.Fakrul dah kahwin?”

Ana ketawa lagi, merah mukanya, tangannya menekan perut.

“Adeh.. Kau ni lawak lah.. adeh.. tak tahannnn,” Jawab Ana kuat. Dia ketawa lagi.Ain mengaru kepalanya.

“Adeh semput aku dibuatnya,” Ana cuba menarik nafasnya, ketawanya tertahan-tahan.

“Okey-okey, cuba kau bagi tau aku pekara yang sebenarnya,” Ana menganggukkan kepalanya. Dia menarik nafasnya pelahan-lahan. ‘Naik semput aku dibuatnya.’

“Kau syak yang aku ni ada affair dengan doctor tu ke, haa?”

Ain menganggukkan kepalanya berkali-kali, mukanya serius. Tak tahan Ana di buatnya, dia cuba menutup mulutnya menahan tawa.

“Wei seriuslah!” Marah Ain. Ana mengangguk-ngangguk.

“Okey, kau gila ek, takkan la sekali tu jumpa terus ada affair dengan doktar tu, heh tak kuasa aku? Ingat aku hairan ka dia dah ada bini, lantak pi dialah dia Cuma tolong aku aje pun, adeh kau ni kalau masuk raja lawak boleh jadi juara kau tau!” Ana ketawa lagi.

“Oo.. Jadi kau tak de apa-apalah dengan Dr. Fakrul tu?”


“Huh, merepek ark au ni, tapi kalau terjadi apa-apa antara aku ngan doktar nanti aku bagi tau ko ek?” Gurau Ana.

“Eh, jangan Ana, kang kena parang dengan bini doktar tu kang tak ke naya.” Jawab Ain serius.

“Yang kau risau sangat pasal doktar tu apasal, kau suka dia ek...” Meleret-leret suara Ana. Merah muka Ain.

“Mana..mana ada, ah.. ngarut aje kau ni.”

“Oooo.. kau dah ter ‘suka’ kat si Dr. Fakrul tu ek..” Usik Ana lagi. Suka pulak tengok muka Ain merah-merah macam ni.
Terbelalak mata Ain.

“Woi! Mana ada!! Kau nikan..” Kata Ain kuat.

“Hehe.. aku tau..” Ana mengenitkan sebelah matanya.

“Kau jangan nak cari pasal dengan aku Ana,”

“Eleh, nak marah-marah aku pulak,” Usik Ana, merah muka Ain.

Tiba-tiba Ana teringat something.. Ingat pasal Zarif  teringat satu masalah, dan masalah ini rasanya lebih dia kongsi bersama Ain, Ain lebih banyak pengalaman darinya.

“Ain, kau nak tahu satu rahsia tak?”

“Apa dia,”

“Ni semua si Faiz senget tu punya pasal!”

“Apa kena mengena si Faiz pulak ni? Hisy tak faham aku,”

“Nilah yang aku nak cerita kat kau ni, Adeh kau ni tak sabarlah,” Rungut Ana, Ain tersengeh.

“Ada hari tu si Faiz senget tu cakap dia nak kahwin dengan aku, aku punyalah terkejut gila nasib baik aku ni aku ni tak de sakit apa-apa kalau tak dah ‘selamat’ dah.” Katanya selamba.

“Lepas tu?” Terkejut Ain mendengarnya. ‘Gila ke Faiz tu, dah ada tunang baik, masih lagi nak cari yang lain. Ya Rabbi. Teruk betul perangai!’

“Lepas tu, aku pun gunalah ‘kepandaian’ aku,kau ingat tak yang masa tu aku ada baca novel ‘Kau Sayangku’, sungguh aku baca!” Ain mengangguk pelahan.

“ Entah macam mana, aku  boleh terfikir nak ikut cara dalam novel tu! Kau tahukan macam mana jalan cerita dalam cerita tu,aku ingatkan cerita dongeng macam tu tak boleh jadi kat dunia real macam ni, tapi kuasa ALLAH,” Sambung Ana lagi.

“Haaa!! Maksud kau.. kau guna name boyfriend palsu?”
Ana mengangguk pelahan.

“Haa!! Kau cakap macam tu habis tu si Faiz apa dia cakap pulak, aduh..cerita kau ni makin complecated betullah,”

“Erm.. tau tak pe, aku pun tak sangka yang perkara ni nak jadi complecated sampai macam ni, dan kau percaya tak si Faiz senget tu cakap yang dia nk jumpa ‘boyfriend’ aku tu,” Jelas Ana.

“Apa! Habis tu kau cakap apa,”

“Adalah, dan yang paling mengejutkan aku nama ‘boyfriend’ aku tu,”

“Kenapa pulak dengan ‘boyfriend’ kau tu,”

Ana teragak-agak nak jawab soalan Ain.

“Erm.. mungkin kau boleh cakap yang cerita aku ni tak logik, tapi cerita ni betul-betul berlaku dan ini bukan cubaan! Aku ulang balik ini betul-betul bukan cubaan okey...” Ana menarik nafas, Ain tekun mendengar.

“Aku.. Aku cakap kat Faiz nama ‘boyfriend’ aku tu Fakrul dan..”

“Haa!!!” Jerit Ain. Ana terdiam, dia dah jangka riaksi Ain.

“Kau biar betul Ana!! Kau tak main-mainkan?”

“Kan aku dah cakap ni betul-betul bukannya cubaan.”

“Habis tu macam mana sekarang? Maksud aku Dr. Fakrul tu tau tak kau guna dia?”

“Tak..” Ana mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Ini masalah paling besar yang pernah aku dengar,” Kata Ain tak tau nak jawab apa selain mendengar cerita Ana.

Ana mengeluh pelahan.

“Tau tak, aku dah buntu dah ni, takkan aku bagi tau kat Faiz pulak yang tiba-tiba aku tak jadi bertunang dengan ‘boyfriend’ aku tu, tak ke nahas aku nanti, adeh.. sakit kepala aku piker.” Dia mengurut kepalanya pelahan.

“Tak apa Ana, InsyaAllah nanti mesti kita dapat cari jalan. Kau janganlah risau sangat nanti datang balik migraine kau tu. Nanti.. biar aku yang cari jalan ek.” Pujuk Ain.

“Cari jalan, jalan mana? Jalan Klang ke Jalan Sugai Buluh Ain?” Lawak Ana.

“Ceh, budak ni time-time gini pun nak berlawak lagi,” Jeling Ain.

“Alah, kalau aku tak buat lawak nanti aku susah hati Ain, sekarang ni pun dah ada dua masalah besar. Dahlah aku tipu Faiz lepas tu aku guna nama Doktar tu pulak tu.Adeh..” Ana mengdongak dagu. ‘ Apa nak jadilah dengan aku ni, asyik di timpa masalah aje. Hisy!’ Rungut Ana.

Tiba-tiba dia tersedar.. ‘ Ya Allah, maafkan aku. Kau turunkan ujian sebab kau sayangkan aku. Ya Allah, kenapa aku tak terfikir tentang ni. Maafkan aku Ya Allah aku tak sengaja. Kau kuatkan kesabaran aku Ya Allah.’ Ana pejam mata. Meyesali kerana mengeluh dan merungut sedangkan Dia lebih mengetahui segalanya.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

siapa dia?? 6

Episod 6


Masuk aje kat dalam kedai Ana dah kena sergah dengan Ain.

“Eh Ana mana kau pergi, Kenapa tangan kau ni, macam mana boleh jadi macam ni, sapa buat kau macam ni!”

Ana dah garu kepala.’kau ni Ain,’

“Banyak ye soalan, mana aku nak jawab dulu ni. Sebelum tu aku nak jumpa kak Mila dulu nak bagi tau aku MC dua hari.” Selamba Ana tinggal Ain terpinga-pinga kat belakang.

“Kak Mila,” Tegur Ana.

“Ha Ana,mana Ana pergi puas akak Tanya semua kata tak tau.. Eh kenapa ni, tangan ni kenapa?” Mila menyentuh tangan kiri Ana.

“Owh.. kak pelan-pelan la pengang,tangan orang sakit ni,”

“Nape ni, macam mana boleh jadi macam ni,”

“Pangjang ceritanya kak..”

“Pendekkan,” Ain menyampuk dari belakang Ana.

“Macam ni,” Ana cerita kembali kejadian ‘macam mana dia boleh jadi macam ni’.

“Huh betul ke cerita kau ni Ana, kau nak goreng aku ek,”

“Tak de masa aku nk goreng-goreng orang masa tangan aku tengah sakit gile ni,”

“MC berapa hari Ana?” Tanya Mila jelas nampak riak risau di wajahnya.

“Dua hari,” Ana buat bentuk peace.

“Dua hari! Tak pe akak bagi Ana cuti one week,”

“Haa.. lamanya, alah kak boring la duduk rumah lama-lama.. dua hari tu kira cukup la luka ni pun bukannya besar sangat pun,” rungut Ana.

“Ah, tak de sape suruh kau main dengan kucing tu, padan muka.” Mila terus pergi ke depan tinggal Ana dengan Ain.

“Wah best la kau dapat cuti free-free je, kalau macam tu aku pun nak kena cakar dengan kucing tu la,” Ain tunjuk muka teruja depan Ana.

“Tak nak kawan dengan kak Mila dah,” Terus Ana masuk ke dalam bilik rehat yang di sediakan.

“Eh Ana nanti la dulu, mana kau campak kucing tu aku pun berkenalan dengan kucing tu jugak,” Ain dah start merepek.

“Aku campak tepi longkang sana nun pi la cari,” jawab Ana geram.

“Ain!!” Laung Kak Mila.

“Tak jadilah Ana, aku pi depan dulu sebelum aku kena sembur dengan akak sedara kau yang garang gila tu,” terus Ain pecut pergi depan meninggalkan Ana sendiri.

“ Aaaaa… keboringan yang terselah,” Kata Ana sendirian.
Mukanya jelas menunjukkan dia di dalam tahap keboringan takat lebur.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Monday 11 July 2011

siapa dia?? 5

Episod 5


‘Aik, nape macam kenal aje tempat ni..’ Ana pandang sekeliling. ‘Laa.. patutlah klinik ni sebaris jer dengan tempat keje aku.. adeh aku ni, apa hal ting tong semacam je ni,’

“Awak..”Ana pandang Zarif.

“Yup kenape?” Jawab Ana.

“Nama awak ape?”

‘Laaa.. ingat nak tanya kemendenye,apala mamat ni, tak payah tanyala bukannya kita nak jumpa pun lagi, eh yeke.. hisy tak baik yer aku ni.. dahlah dia tolong aku tadi..’

“Ana..” Jawab Ana ringkaskan.

“Name panjang..”

“Saya tak de name panjang, tapi name penuh ade la..”
Zarif pandang Ana, geram. Ana tersengih. Sengaja, tiba-tiba rasa macam nak kenakan mamat ni pulak.

Zarif angkat sebelah kening.

“Apa..?” Jawab Ana kura-kura dalam perahu. Zarif tengok Ana, tersenyum.

“Okey name ayah awak sape.”

“Haa.. nape pulak nak tau name ayah saya pulak?”

“Nanti senang nak ingat masa angkat nikah nanti..” Kata Zarif selamba.

‘Amboi atok ni selamba je dia ek..’ Ana jeling Zarif. ‘ Jeling maut nih..’

“Adriyana Mastura.”

“Ayah..?”

“Tak tau..” Zarif ketawa kuat dengan keselambaan Ana.

‘Haa.. ape hal pulak atok ni,’

“Awak ni cute la..”

“Haa..” Ana dah mula blur.Zarif ketawa lagi.

“Awak ni peliklah.. apa yang lawak ye,” Ana kerut dahi pandang Zarif

“Awaklah yang buat lawaknya,”

“Haa.. saya, bila pulak.”Ana garu kepala.

‘Dia yang pelik kata orang,’Ana merungut sendiri.Zarif tersenyum lagi.

‘ Rasa macam tak percaya aje.. ermm ade hikmah jugak ye aku kena cakar dek kucing tu dahlah dapat ubat free dapat MC lagi.. waaaa , bahagianya hidup.. thanks ye kucing sebab cakar aku.. tapi lain kali kalau aku jumpa kau aku baling kau dengan batu kecik hahahaha.’ Ana tersenyum. Tanpa disedarinya Zarif memerhatikannya.

“Ni apa pulak senyum sorang-sorang ni?” Tegur Zarif

“Lo.. orang senyum pun salah ke,”Ana jeling Zarif. ‘Aik.. baru kenal dah mesra-mesra macam ni, huh..satu tindakan yang mengejutkan dari aku.. huhu...’

Zarif senyum bila tengok Ana Jeling dia. ‘Cute je buat cam gitu,’

“Awak nak saya stop kat mana ni?” Zarif pandang Ana disebelahnya.

“Kat kedai buku tu haa..”Ana berpaling ke sebelah kanan.

“La selang beberapa baris aje dari klinik ni aje, kalau macam tu senanglah saya nak jumpa awak, awak jerit aje nama saya terus saya keluar,” Gurau Zarif.

 ‘Ye la tu Fakrul Zarif..’Ana buat muka tak de perasan.

“Awak kerja kat kedai buku tu ke?”

“Eh, taklah kat Klinik awak,” Jawab Ana geram.Zarif ketawa kecil.
           
“Garang ye,” Sakat Zarif.

Ana menjeling tajam. ‘ Dah tau lagi mau tanya ka?’

“Awak ni suke sangat menjeling jadi  juling nanti sape susah awak jugak..” Sakat Zarif lagi.

“Sibuk aje, dahlah stop kat sini aje orang boleh jalan kaki pi sana,” Ana berkata dengan lembut tapi nampak tegas.

“La apa salahnya saya hantar awak sampai kedai buku tu. Sombong la awak ni,”

‘Amboi-amboi atok sorang ni, sedap rasa aje kata orang sombong,’

“Stop sini!”

“Sampai kedai!”

“Sini!”

“Kedai!”

“Huh!” Ana buat silang tangan, mata pandang tepi tingkap. Tanda protes.

“Awww... aduh..aduh...” Jerit Ana. Dia mengusap tangannya yang luka itu, tulah sape suruh buat aksi silang tangan tu tadi kat dah kena.

“Tulah degil lagi,meh sini saya tengokan,”

“Huh, tak payah!”

“Heh, degil.”

“Lantak la,” Jawab Ana garang.

“Muka tak garang pun, cute adalah.”

Ana makin berang.Dia jeling Zarif tajam.

“Okey dah sampai,” Zarif pandang Ana.

‘Okey aku tak nak gaduh-gaduh..’

“Terima kasih, erm.. Zarif” Ana garu kepalanya.

“Sama-sama kasih Adriyana,”
Ana jeling Zarif tajam.

“Awak tau..”

“Tak tau..”

“Memang la tak tau saya belum habis cakap lagi awak dah redah,”

“Apa?” Kata Ana sepatah.

“Cara kita cakap macam kita ni dah kenal lama je, awak ni selamba ek tak de nak control-control ayu macam sesetengah.. you know what I mean,”

“Oh, ye ke,” Jawab Ana dengan muka tak de perasaannya.

‘Oo.. macam ni ke aku ‘selamba’, tapi Faiz cakap aku ni macam perempuan melayu terakhir, erm.. pelik pelik,”

“Helo helo awak.. Adriyana,” Zarif petik jari berkali-kali.

“Haa.. Apa?”

“Baru puji sikit dah berangan ke,” kutuk Zarif.

“Puji, oh..sorry sikit awak baru aje kutuk saya tau bukan puji, huh kutuk dengan puji pun tak nak beza ka? Kata doctor, heh.” rungut Ana,.

Zarif tersenyum manis kat Ana sambil angkat bahu.

“Baik saya keluar sebelum awak mulakan peperangan,”

Ana terus keluar dari kereta Zarif dengan selamba. Baru nak lari masuk dalam, Zarif terjerit panggil namanya.

“Adriyana!”

‘Hisy atok ni apa lagi dia nak ni!’

“Apa lagi!”

“Ewah awak ni keluar dari kereta saya selamba je,” Gurau Zarif

“Erm.. Thanks,”

“Thanks je,” Sakat Zarif, dia tersenyum nakal.
Ana garu kepalanya. ‘Bikin tension kepala aku aje atok ni,’

“Nak apa agi ni En.Fakrul Zarif.” Ana buat garang. Zarif mencebik nakal.

“Nanti kita jumpa lagi ek,”

“Tak nak..” Terus Ana berlari masuk dalam kedai.

Zarif ketawa sambil mata mengekori langkah Ana.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

komen yer.. hehehe ^^