Sunday 3 July 2011

siapa dia?? 2

Episod 2


Apa..apa dia cakap tadi? Nak kawin dengan aku? Gila ke apa?

“Awak ni sakit ek, tak pe nanti saya bawak awak pi klinik.. haa tu ade klinik jom kita  pi klinik ye, kang melarat pulak.” Ana mengudurkan langkah ke belakang.

“Ana..Ana please, saya tau awak dengarkan apa yang saya cakapkan tadi.” Faiz cuba memegang tangan Ana kembali tapi Ana mengelak.

“Cakap apa?” Tanya Ana pura-pura tak tau.

Faiz pejam mata. “Saya cintakan awak Ana dan saya nak memperisterikan awak, and I’m serius.”

Ana menelan air liur.

“Faiz, saya..”

“Ana please.. please cakap yang awak setuju nak kawin dengan saya. Please I’m begging you.. please.” Dia melutut di hadapan Ana.

Ana membulatkan matanya. ‘ Dia ni dah betul-betul gila.. memang GILA!!’

“Saya.. tak dapat terima awak Faiz. Maafkan saya.” Teragak-agak Ana berkata.

“Tapi sebab apa Ana? Saya betul-betul cintakan awak, betul-betul sayangkan awak tau tak.” Tegas Faiz.

Ana menelan liur lagi. ‘Ya Allah bantulah hambamu ini. Berikan juga kekuatan kepada hambamu ini Ya Allah.’

Ana menarik nafas. “Sebab saya tak cintakan awak Faiz.” Terus terang Ana, dia melihat wajah Faiz berubah.

Tiba-tiba Faiz ketawa besar. Sambil tergeleng-geleng kepala.

‘memang sah dia ni gila. Mak ai.. seram pulak aku dengan dia ni. Baik aku blah dulu sebelum terjadi apa-apa kat aku.’ Ana mula bergolak langkah mahu meninggalkan Faiz yang masih ketawa.

“Tunggu Ana, saya belum habis cakap lagi.” Panggil Faiz.

Ana stop jalan. Tapi dia membelakangkan Faiz.

“Saya tau awak berguraukan. Saya tau yang awak..”

“Faiz tolonglah, saya tak bergurau langsung tentang hal ni tau tak. Saya memang tak cintakan awak.” Tekan Ana.

“Ana..”

“ Faiz.. tolonglah dah berapa kali saya nak cakap ni.. agaknya kalau orang lain dah sakit telinga nak dengar tau tak.” Faiz buat muka selamba badak dia, Ana memandang Faiz dengan pandangan yang.. ermm boleh dikatakan agak menakutkan jugak.

“Sori Ana.. bukan saya tak paham apa yang awak cakap tu.. kalau diikutkan.. memang saya dah jemu pun.. tapi nak buat mcam mana.. hati dan perasan saya ni degil sangat..” katanya tersenyum manis.

 ‘ Adeh.. pening kepala lutut aku dengan perangai hantu ni.. apa aku nak buat ni...’ Jerit hatinya kuat. Bengang betul dia dengan Faiz.. tak paham bahasa melayu agaknya.. bahasa apa lagi nak dicakapnya agar si Faiz tu paham. Tiba – tiba dia teringat nama si ‘Dia’ Ermm.. memang dah boleh pakai dah time terdesak macam sekarang ni, tapi erm.. ahh belasah aje ar Ana!!! Huh go Ana go!!!’ Ana tersenyum jahat.Hahaha..

“Faiz.. sebenarnya saya..” Ana memandang Faiz dihadapannya.

“Apa Ana.”Lembut Faiz pandang muka Ana. ‘Heh ingat aku terpikat dengan muka Romeo kau ni, pegi daaaa..’

“Saya dah ada boyfriend atau lebih tepat lagi teman istimewa.. namanya ‘Fakrul Zarif’.. maaf kerana tak bagi tau awak sebelum ni yelah asal saya nk bagi tau aje awak meyampuk cam ne saya nk bagi taukan..” terangnya dengan penuh confident.Nama Fakrul Zarif di tekannya kuat sikit, ‘Ye la takut si Faiz ni pekak..’

“Apa!!! Saya tak percaya awak jangan nak mereka cerita.. Zulfa sendiri yang bagi tau saya yang awak belum ada kekasih. Jangan tipu Ana dan Fakrul Zarif...” Faiz memadang Ana tajam.

‘ Mamat ni.. ish – ish kenapalah kau tak percaya.. ermm tak pe – tak pe.. kau sengaja menguatkan semangat aku untuk suruh berlakonkan.. hahaha.. kau tau tak yang aku ni pelakon terkenal diantara kawan-kawan aku.’ Ana tersenyum jahat.

“Buat apa saya nak tipu awak pulak.. buang karat je.. betul saya ada kekasih hati.. tak lama lagi kami nk bertunang jadi.. saya harap sangat yang awak takkan kacau saya lagi.. kacaula orang lain.. tak boleh ke.. asal nk kacau saya pulak.. saya nie bakal tunang orang tau.. dosa kacau.. okey En.Faiz ade paham..” tersenyum Ana memandang Faiz yang bagaikan tertelan biji durian!

 ‘Dan dengan rasminya aku akn memanggil hantu ni En.Faiz mulai sekarang.. biar dia jauh hati sikit kat aku.. hahaha’
Terpaku terus Faiz dibuatnya.

 ‘ Haaa.. baru tau aku ni sape..’Faiz tertunduk.. wajahnya tampak kecewa.. Ana mengukir senyuman.

“ Saya tak puas hati..”

“Tak puas hati kenapa pulak En.Faiz saya ni bakal tunang orang tau.. nanti kalau bakal tunang saya tau.. owh! Lagi teruk En.Faiz silap-silap dapat telor kat muka Encik yang hensem ni.. haaaa saya tak tau..” Dengan penuh semangat Ana menerangkan pada Faiz, sampai berkedut-kedut dahi Faiz.

“ Baik kalau macam tu saya nak jumpa dengan bakal tunang awak tu.. nanti saya terangkan selaganya.. lagipun tak salah kalau saya terangkan pada dia yang saya jugak cintakan awak.Lagipun dia tu Cuma bakal tunang saja bukannya suami awakkan,”

‘Haaa.. sudah mana pulak aku nak cari orang nama Fakrul ni.. adeh hantu ni betul-betulla.. ermm salah aku jugak asal aku pegi tipu hantu sengal ni.. kan dah susah.. so sekarang macam mana.. adui kepala aku ni gatallah pulak..’

“Aik.. nape senyap pulak ni.. tadi bukan main confident cakap..” perli Faiz.

‘ Adui macam mana ni..ermmm..errrr..fikir-fikir Ana… tak payah panik-panik Ana.. fikir..fikir.. Haaa.. dah dapat.. yes..’

“Maaf En.Faiz bukan saya tak bagi Encik jumpa Fakrul tapi.. dia outstationlah..nak buat macam manakan.. saya memang cadang nak temukan Encik dengan Fakrul pun.. tapi dia pulak yang tak de..”

“Okey kalau macam tu.. bila dia balik?” Tanya Faiz  serius.

‘Bila balik..ermmm alamak berapa hari nie.. ermm dua bulan..tak lama sangat.. haaa.. dua hari.. eh! Tak boleh- tak boleh bahaya.. ermm dua minggu je la.. ah! Bantai je la’

“Lagi dua minggu Encik.” Agak panic Ana cakap.

“ Okey.. kalau macam tu.. lagi dua minggu saya nak jumpa dia..jangan kata tidak nanti saya call bagi tau tempat okey.” Faiz tersenyum puas.

‘Alamak dia tak main-main.. aduh mati aku.. mati!!’

Ana menundukkan wajahnya.

“So.. confierm okey,” tanya Faiz lagi.

Ana hanya tersenyum tawar. Dan dia terpaksa setuju.

“Okey kalau mcam tu.. saya balik dulu la ye.. bye sayang.”
 Matanya lembut menatap wajah Ana dan tersenyum penuh makna.

‘Eeeeii.. naik bulu roma aku..’ Katanya sendirian.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


0 juri handalan..: