Sunday 3 July 2011

siapa dia?? 3


Episod 3

Ana berdiri disisi kedainya. Nampaknya dia macam sedang
memikirkan sesuatu, mukanya berkerut-kerut kalau dapat dilihat dari jauh macam mak cik pun ade.

Haccccummmmm…..

“Sape kutuk aku ni!!” Jeritnya agak kuat.

Opssss…

Dia kembali berfikir..

“Okey sekarang macam mana.. nak buat ape ni.. nak bagi tau kat si Zulfa tak? Huiii… tak boleh-tak boleh lagi bahaya.. nanti kalau dipecahkannya rahsia aku tu.. bukan setakat mati.. huh lagi teruk aku kena.. Huiii tak boleh-tak boleh.. kena pikir cara lain ni.. tapi.. apa ek..” Ana berkata-kata sendirian kalau di lihat orang sah kena hantar kat hospital sakit jiwa, Hisy-hisy kesian.

Penat berdiri.. berjalan.. dan entah apa lagi possing yang dia  buat.. kemudianya dia duduk, taupun nak duduk.

Matanya memandang ke hadapan. ‘ Adui apa aku nk buat ni.. Ya Allah tolonglah hambamu yang kerdil ni.. Ya Allah, berikanlah Idea atau jalan untuk aku meyelesaikan masalahku ini Ya Allah...’

Tiba-tiba dia terlihat seekor kucing nak melintas jalan, nampak macam kaki kucing tu cedera aje tanpa memikirkan apa yang akan terjadi, Ana lantas berlari mendapatkan kucing tu.Dia ni pantang nampak kucing!

“Alahai.. siannya kau kucing.. kaki kau macam patah.. meh sini aku bawak kau pegi klinik ek.” Katanya kepada kucing tersebut.. kucing tersebut mengiau manja macam paham-paham je kata-kata Ana. Lagilah kesian Ana melihatnya.

Tanpa disedari ada sebuah kereta menghala ke arahnya yang dipandu agak laju. Ana sedar tapi dia tergamam, seolah-olah kakinya digam.

Pemandu kereta itu secepat mungkin menekan brek pada kereta itu, jelas kedengan decingan kereta itu. Pemandu kereta itu keluar dari keretanya, dia lihat Ana terduduk sambil memeluk sekor kucing. Matanya terpejam.

“Cik.. Cik tak apa-apa ke?”Tanya pemandu kereta itu, mukanya jelas agak pucat yela dah langgar orang mestilah pucat muka, takkan suka pulak.

Ana dengan pelahan-lahan membuka matanya. Dia pelik,

“ Aik bukan aku kena langgar ke.. alah asal tak sakit nie.. haaa aku mati ke..” Katanya sendirian sambil mengaru kepalanya yang separuh gatal dan melihat alam sekeliling.

“Cik.. Cik okey ke ni?” Tanya pemandu itu sekali lagi.

“ Aik awak ni sapa pulak.. takkan angel kot..” Katanya sekali lagi.

“Lah.. aku langgar orang gila ke.. nasib baik ingatkan aku langgar orang tadi.” Kata pemandu kereta itu lalu melangkah ke keretanya.

“Sayang.. muka cantik tapi gila.. kesian.” Ngomelnya lagi.

‘Kalau angel takkan dia nk  cakap macam tu..’ Ana melihat sekelilingnya. ‘Sah aku hidup lagi. Amboi atok sorang ni sesedap teh tarik Mak Minah jer kata aku gila. Jaga kau.’

“Woi sedara mulut tu jaga sikit ek sesedap Mee Kari je cakap orang gila,” Jerit Ana agak kuat. Pemandu kereta tu pusing ke belakang. Dia melihat Ana mencekak pinggang memadangnya. Dia menggelengkan kepala.

“Woi orang panggil tak dengar ke ha! Baling dengan batu kang batu tau.” Jeritnya lagi hilang sabar.

“Apa nak baling batu?” Kata pemuda tu. Ana memandang pemuda itu sambil sebelah kening terakat. Persis Ziana Zain.

“ Kalau berani balinglah.. ingat saya takut ke.” Cabar pemuda itu.

‘Dia ni betul-betul nak kena ni..  jaga kau.’ Ana menjeling pemuda tersebut.

Matanya melilau-lilau mencari batu.

‘ kau ingat aku tak berani ke haaa’ Jerit hatinya.

 Tanpa disedari dia terusik kaki kucing yang sejak tadi berada dalam pelukkannya. Apa lagi kucing itu mengiau kuat lantas mencakar lengan Ana. Dia tergamam, kucing tersebut terlepas dari pengangannya.

Darah.. darah..
           
Darah banyak keluar.(sebenarnya tak banyak mana pun, sikit aje pun tapi disebabkan kepanikkan Ana yang takutkan darah + tak tahan sakit telah membuatkan dia rasa macam nak pengsan!)

 ‘YaALLAH sakitnya’ Jerit hatinya kuat.
Kepalanya berpinar-pinar.
           
“Darah-darah..!!!” Jeritnya kuat.
Pemuda itu terkejut melihat kejadian itu.
           
“YA ALLAH..”  itu saja yang dapat dikatakan oleh pemuda itu. Ana hampir rebah di atas jalan. Tapi mujur sempat pemuda itu menyambutnya.

Pandangan matanya makin lama makin gelap dan akhirnya.. Ana pengsan.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

0 juri handalan..: