Tuesday 5 July 2011

siapa dia?? 4



Episod 4

Ana pelahan-lahan menbuka matanya.Dia mengerutkan dahinya, dimana dia sekarang? Dia berpaling ke kiri dan kanannya.
           
“Kat mana ni.”  Katanya sendirian suara serak. Sekarang dia terbaring di atas katil nak kata di hospital bukan kerana di bilik ada kerusi, meja, meja tempat ubat-ubatan dan sebagainya. Ana cuba untuk bangun tapi terbaring balik kerana rasa bersakit di lengan kanannya.Dia mengerang kesakitan.

“Aduh.. sakitnya,” dia cuba memejamkan matanya untuk menghilangkan sakit  sampai berpeluh-peluh dahinya walaupun bilik ni ada aircond,Nampak sangat yang Ana ni jenis yang tak tahan sakit.
           
“Kalau ibu ada mesti tak sakit sangat macam ni.” Katanya lagi.
           
Di terdengar bunyi tampak kaki sesorang tapi dia masih lagi memejamkan matanya baginya sakit di lengannya lebih penting dari melihat siapakah gerangan orang itu.

“ Awak okey ke?” Ada suara lelaki bertanya, tapi dibiarkan saja.
           
“Awak.. saya tanya ni lengan awak tu okey ke.. sakit sangat ke sampai saya tengok awak sampai berkedut-kedut muka tu.”

‘Hisy sibuk je.’ Jerit hatinya.

“Awak.. saya tanya ni.. Awak..” Lelaki tu berusaha lagi.

Ana geram, pantas dia membuka matanya.

“Yang awak nak sib…” Kata-katanya terhenti disitu.

‘Aik asal rasa macam penah jumpa je mamat ni.’Lelaki itu mengakat sebelah keningnya.

“Apa awak kata?” Tanya lelaki tu.

“Haaa.. Ta..k de.. ape..ape.” Tergagap  Ana membalas.Ana memalingkan wajah ke tempat lain. Malu pulak nak tengok muka mamat ni lama-lama.

“Tangan awak okey ke?” Tanya lelaki itu sekali lagi.Ana mengangguk-nganggukkan kepalanya.

“Meh saya tengok.” Selamba lelaki itu menarik tangan Ana, Ana terkejut. ‘Hai.. mamat ni nak kena pelakung dengan aku ke.. selamba dek je dia pegang tangan kalau ibu aku tau dah lama aku kena bantai.. Tau tak.’ Geram Ana.

“Eh.. Encik tak pe sakit sikit jer ni.. tak pe..” Katanya sambil menarik tangannya kembali.

“Hai.. time-time ni pun nak sombong lagi ke.” Kata lelaki itu. Ana memandang lelaki itu.

“Maaf Encik, Encik ni sape nak jaga saya biarlah saya sakit ke apa ke yang Encik nak menyibuk tu asal, Encik bukannya laki saya pun.. kalu laki saya lainlah.. dahlah saya tak kenal Encik.. Tup-tup nak  masuk line pulak.. huh bikin orang panas aje.. dahlah lengan saya macam kena pangang dek api.. adeh.” Rungutnya panjang. Lelaki tu pulak boleh sengih macam kerang yang tak berapa nak membusuk.. ermm ketegori busuk jugaklah tu.

“Okey kalau macam tu.. bagi la saya tengok.” Kata lelaki itu.

‘Amboi mamat ni tak putus asa nampak.’

“Anis bawakkan pembalut baru, saya nak gantikanlah.” Kata lelaki tu kuat. Lelaki membuka balutan dari lengan Ana. Ana mengaduh kesakitan.

“Tahan sikit ya.” Kata lelaki itu lembut. Ana menarik nafas, cuba untuk menahan sakit dia mengetap bibirnya.
           
“Ini dia Rul.” Gadis itu meletakkan pembalut luka dan pelaratan yang lain sebelah tempat duduk Ana.
           
“Okey, Thanks .” Gadis itu mengangguk.

“Ada apa-apa lagi Rul?” Tanya gadis itu.

“Ermm.. tak de apa-apa dah, terima kasih ya Anis.” Lelaki itu tersenyum. Gadis itu melangkah pergi.

“Okey dah siap, luka awak ni tak berapa teruk sangat tapi awak kena pantang.. jaga makan kalau tak teruk nanti, okey.” Pesan lelaki itu.
Ana menganggukkan kepalanya.
           
“Terima kasih.. errr awak.” Ana teragak-agak nak panggil ‘doktar’ ke awak je.
Lelaki itu tersenyum nak mengangguk pelahan. Ana mula turun dari katil tak selesa.  ‘Malula lelaki tu tengok aku dari tadi asyik baringa aje.’
           
“Eh, awak nak pegi mana ni?” Tanya lelaki itu.
           
“Errr.. saya nak balik.” Kata Ana pelahan.
           
“Balik.. eh nanti dulu ambik ubat dulu baru balik.. kejap ya saya ambikkan.”
Beberapa minit kemudian dia melihat lelaki itu memegang plastik ubat. Dikeluarkannya satu persatu.

“Okey ini ubat sapu, dua kali sehari okey.Yang ini pulak ubat antibiotik ni tiga kali sehari dan tahan sakit ni pun sama dan saya bagi pembalut luka ni sekali,okey.” Tekun lelaki tu bagitau Ana.
           
Dihulurkan plastik ubat itu kepada Ana. Ana mengambilnya.

“Ermm awak.. eh.. Doktor berapa ni.” Ana teragak -agak.

“Eh.. tak payah saya belanja, okey.” Lekali tu tersenyum.

“Haaa.. tak pe ke saya rasa serba salahlah.. nanti apa kata orang kalau..” lelaki itu memotong kata-kata Ana.

“Orang nak kata apa.. tapi kalau orang nak kata jugakan saya cakaplah yang awak ni isteri saya, tak de la orang nak mengatakan.” lelaki itu mengenitkan matanya. Bulat mata Ana mendengarnya. ‘Amboi sindir aku ke.. tadikan aku kata dia laki aku.. makkk malunya aku.’

“Errr.. terima kasih.. errr doc.. err awak.”

‘Adeh apa dah jadi dengan aku nie.. kejap Doktor kejap awak memalukan betulah.Kenapala aku ni asyik mengalabah aje ni, selalunya okey aje.. hisy,’ Dia mengutuk dirinya.
           
Lelaki itu terketawa lucu.
           
“ Ermm.. kalau macam tu biar saya hantar awak balik.” Lelaki itu mula bangun dari tempatnya.
           
“Eh.. tak payahla… saya boleh balik sendiri.. lagipun luka ni pun bukan sakit sangat pun.. Haaa dah tak sakit.. saya boleh balik sendiri punya tak payahla risau.” Ana memberi alasan. Lelaki itu tersenyum.

‘ Nape pulak pak cik ni senyum, lawak ke aku cakap tadi hai tak paham-tak paham.’

“Tak apa.. biar saya hantar awak.. lagipun saya yang bawak ke sini.. jadi lebih baik saya hantarkan.” Katanya.

“Haaa hantar saya kat sini.. jadi awak nilah yang..” lelaki itu mengangguk. Ana mengetap bibir.

“So..” lelaki itu angkat sebelah keningnya.Ana diam sejenak.
           
“Ermm.. Okeylah.” Jawab Ana.
           
“Sebelum tu.. Nama saya Fakrul Zarif.. Panggil Fakrul or Zarif pun tak pe or  mana-mana yang awak suke,” Fakrul Zarif tersenyum manis. Bulat mata Ana pandang lelaki tu.

 ‘Apa.. Fakrul Zarif nama mamat ni.’ Ingin saja Ana pengsan sekali lagi saat ni. Ana memandang Fakrul Zarif dari atas ke bawah. Fakrul Zarif pelik. ‘Gila punya kebetulan, macam tak caya aje orang yang kat depan aku ni Fakrul Zarif, tapi.. syukur alhamdulilah, ada jugak orang ni ek, boleh ke aku mintak dia tolong aku nanti, eh gila ke.. nanti tak pasal ke cop ‘minah tak betul’ pulak adeh..’ Ana garu kepala yang tiba-tiba gatal, mukanya yang sekejap-kejap berubah menjadi perhatian Zarif. ‘ Nape pulak ngan cik adik ni, pelik semacam aje bila aku bagi nama aku.. pelik sangat ke?’
           
‘Fakrul..’ “Zarif..” Panggil Ana.
           
“Yup.. kenapa.” Tanya Fakrul Zarif. Tersenyum.
           
“Haaa.. Tak de apa-apa..” Gugup dia dibuatnya. ‘Adeh, awak tak payahlah nak senyum macam tu, saya jatuh cinta kang baru tau, heh.. gila dah aku ni tetiba nak jatuh cinta, dia senyum aje pun..’

“Acually, ni first time ade orang panggil saya Zarif,”

“Haa..” Ana garu kepala.Masih lagi blur..

“errr sori awak  tanya apa tadi,” dengan muka tak berapa nak bersalah Ana Tanya pada Fakrul Zarif.


“Saya cakap ni first time ada orang panggil saya Zarif,” Fakrul Zarif cakap lambat-lambat. Wajahnya sengaja didekatkan dengan Ana.

‘Haa, ye ke aku panggil dia macam tu, aisehhh.. pelik,’ Ana garu kepala lagi.

“kenapa muka awak nampak blur sangat ni?”

Merah muka Ana. ‘Dia perasanlah.. adeh malu-malu!!’
           
“Eh, tak.. tak de la.” Ana menelan liur.

Fakrul Zarif pandang Ana pelik.

“Err.. kenapa?” Tanya Ana. ‘kenapa dia pandang aku macam orang bersalah je ni,’

Fakrul Zarif tergelak kecil.Kepalanya tergeleng-geleng pelahan.

“Awak ni kelakar la..”

“Apa yang kelakarnya?” Tanya Ana pelik. Fakrul Zarif tergelak.

“Tak de apa-apa..” Fakrul Zarif sambung gelak.

‘Huh! Dia yang pelik cakap orang..’ rungut Ana.

“Err.. awak, saya nak baliklah,”Ana mula turun dari katil.

“Okey, saya hantar awak,”

“Errrr..”

‘Nak ke tak nak ni, erm.. kalau tak nak aku mana tau nak balik macam mana, kalau nak pulak..’

“So, boleh kita pegi sekarang ni?” Fakrul Zarif bertanya.
           
“Haa, boleh..boleh,” Ana yang terkejut dengan teguran tadi sipi-sipi je nak melatah, kalaulah dia melatah tadi geranti si Fakrul Zarif gelakkan dia. ‘Huh.. nasib baik aku tak melatah.. kalau tak buat malu muka aku je.. dahlah muka aku ni comel.. hisy-hisy cobaan.’ Rungutnya.

‘Eh, jap! apa aku cakap tadi..’


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

0 juri handalan..: