Friday 15 July 2011

siapa dia?? 7

Episod 7


Zarif masih lagi tersenyum sorang-sorang bila teringatkan telatah Ana tadi.

‘Tak penah aku jumpa budak selamba plus gabra macam budak ni, berapa umur dia ya nampak macam budak lagi mesti baya-baya Syidah ni, sebab tu cute aje mukanya.. tapi garang jugak..'Zarif tersengih lagi.

“Hai Rul termenung sakan nampak,” Tegur Kak Midah.

“Haa.. apa kak midah?” Zarif terpinga-pinga.
Kak Midah tersenyum.

“Rul ni dah angau ke, dari tadi kak midah tengok tersenyum, tersengih sorang-sorang..”

“ Hisy tak delah, saya terkenangkan Syida, erm.. rindu pulak kat Syida,”Dalih Zarif

“Betul ke Rul ke auta je nih,” Kak Midah sengih mengusik.

“Apa pulak tak betul nye Kak Midah. Macam-macamlah Kak Midah ni,”

“Ye lah Rul, tapi kalau jadi nanti bagi tau Kak Midah,” Kata Kak Midah tersenyum penuh makna.

Zarif tergelak kecil.

“Apa-apa je lah Kak Midah, okey saya nak sambung kerja ni,”

“Ye lah, Kak Midah pun nak siap-siap nak balik ni..”

“Eh, Kak Midah dah pukul berapa ni?”

“Erm.. dah pukul 6 petang dah Rul.”

“Pukul 6, Ya ALLAH saya tak solat lagi Kak Midah.” Bergegas Zarif ke surau. Kak Midah mengeleng kepala.



                             ********

“Hoi!”

“Oh! Mak kau bawak lori!!” Jerit Ana. Ain ketawa terbahak-bahak.Ana menjeling Ain, GERAMNYAAA...

“Kau ni sama macam Zulfa  senget tu tau tak!! Kalau tak kejutkan orang tak bleh ke haa!!” Marah Ana.Ain tersenyeh.

“Hehe.. saje je aku nk sakat kau, dah lama aku tak sakat kau. Rasa rindu pulak, alah Ana takkan merajuk kot..”

“Huh!” Jeling Ana sambil menaikkan muncungnya  ‘Saham tu..’

“Ceh.. merajuk konon tak pe nanti aku panggil Abang Faiz ek,” Usik Ain lagi.

“Kau niiiii.. boleh tak kalau tak sebut nama si Faiz senget satu hari! Satu hari je aku mintak!!”

“Hehe.. marahnya dia, kau nikan makin marah makin cantiklah.” Ain masih mahu menyakat Ana.

“Huh!! Malas nak layan..”

“Eleh, kau ni nak sakat sikit pun nk marah apalah.Wei aku nk tanya ni,”
Ana  mengangkat sebelah keningnya.

“Apa dia?”

“Kau keluar dengan sape tadi?”

“Bukan keluar ek, dia tu Cuma nak tolong aku je.. kalu kau nak tau disebabkan dia ni jugak tangan aku kena cakar dek kucing bertuah tu kau tau.Oo.. lupa nak cakap nama dia Fakrul..” atau Zarif.. Kata Ana selamba. Tangannya mencapai mug di depannya.

“Haaa!!”  ‘Dr.Fakrul!! Biar betul budak ni,’ Berubah terus wajah Ain. Ni tak boleh jadi ni.

Hampir tersembur Ana dibuatnya. ‘ Aduh minah ni betullah! Kalau tak terkejutkan orang tak boleh ka, nasib baik hati aku ni ade sikit-sikit keturunan superhero, kalau tak dah lame jalan!’

“Kau ni bole..”

“Kau..kau keluar dengan Dr.Fakrul, berdua je.” Ain memotong kata Ana.

“Bukan keluarlah, dia hantar aku balik aje, adeh berapa kali aku nak cakap daa.. aku ingat klinik dia jauh..heh rupa-rupanya selang beberapa baris aje dari kedai buku kita tu.. kenapa kau tanya ni? Kau kenal dia ke?” Tanyanya pelik.Ain teragak-agak untuk memberitahu Ana.

“Errr.. kau tau tak yang dia tu dah ada isteri?” Berkedut dahi Ana. ‘Ek.. doktar tu betul ke Ain ni, ke saje je nak kenakan aku ni.. rupa doktar tu macam tak kahwin lagi je..’

“Sapa doktor tu?” Berkerut dahi Ana, Ain mengangguk yakin.

“Kau ni biar betul!”

“Betul aku tak tipu, sebab masa aku dengan Zeti pergi Lunch kat Warung Mah Mah hari tu aku nampak diorang, mak ai bukan main mesra lagi.”

Ana mengerutkan dahinya.Ain berasa bersalah apabila melihat muka Ana. ‘Takkan kalau mesra aje.. isteri, mana tau adik dia ke? Tapi kalau betullah...’

“Ana.. kau tak apa-apa ke?” Soal Ain pelahan.

“Tak de apa-apa apakehalnya pulak, kenapa?”

“Kau rasa sedih ke, bila dapat tahu yang..”

“Doktor tu dah kahwin,” Ain menganggukkan kepalanya teragak-agak.

Ana ketawa terbahak-bahak, sampai keluar air matanya. “ Adeh Ain kau ni kelakar.. macam mana.. macam mana dia..hahaha” Tak tahan Ana di buatnya.Ain melihat telatah Ana.

“Kenapa kau gelak? Kau tak sedih ke bila dapat tahu yang Dr.Fakrul dah kahwin?”

Ana ketawa lagi, merah mukanya, tangannya menekan perut.

“Adeh.. Kau ni lawak lah.. adeh.. tak tahannnn,” Jawab Ana kuat. Dia ketawa lagi.Ain mengaru kepalanya.

“Adeh semput aku dibuatnya,” Ana cuba menarik nafasnya, ketawanya tertahan-tahan.

“Okey-okey, cuba kau bagi tau aku pekara yang sebenarnya,” Ana menganggukkan kepalanya. Dia menarik nafasnya pelahan-lahan. ‘Naik semput aku dibuatnya.’

“Kau syak yang aku ni ada affair dengan doctor tu ke, haa?”

Ain menganggukkan kepalanya berkali-kali, mukanya serius. Tak tahan Ana di buatnya, dia cuba menutup mulutnya menahan tawa.

“Wei seriuslah!” Marah Ain. Ana mengangguk-ngangguk.

“Okey, kau gila ek, takkan la sekali tu jumpa terus ada affair dengan doktar tu, heh tak kuasa aku? Ingat aku hairan ka dia dah ada bini, lantak pi dialah dia Cuma tolong aku aje pun, adeh kau ni kalau masuk raja lawak boleh jadi juara kau tau!” Ana ketawa lagi.

“Oo.. Jadi kau tak de apa-apalah dengan Dr. Fakrul tu?”


“Huh, merepek ark au ni, tapi kalau terjadi apa-apa antara aku ngan doktar nanti aku bagi tau ko ek?” Gurau Ana.

“Eh, jangan Ana, kang kena parang dengan bini doktar tu kang tak ke naya.” Jawab Ain serius.

“Yang kau risau sangat pasal doktar tu apasal, kau suka dia ek...” Meleret-leret suara Ana. Merah muka Ain.

“Mana..mana ada, ah.. ngarut aje kau ni.”

“Oooo.. kau dah ter ‘suka’ kat si Dr. Fakrul tu ek..” Usik Ana lagi. Suka pulak tengok muka Ain merah-merah macam ni.
Terbelalak mata Ain.

“Woi! Mana ada!! Kau nikan..” Kata Ain kuat.

“Hehe.. aku tau..” Ana mengenitkan sebelah matanya.

“Kau jangan nak cari pasal dengan aku Ana,”

“Eleh, nak marah-marah aku pulak,” Usik Ana, merah muka Ain.

Tiba-tiba Ana teringat something.. Ingat pasal Zarif  teringat satu masalah, dan masalah ini rasanya lebih dia kongsi bersama Ain, Ain lebih banyak pengalaman darinya.

“Ain, kau nak tahu satu rahsia tak?”

“Apa dia,”

“Ni semua si Faiz senget tu punya pasal!”

“Apa kena mengena si Faiz pulak ni? Hisy tak faham aku,”

“Nilah yang aku nak cerita kat kau ni, Adeh kau ni tak sabarlah,” Rungut Ana, Ain tersengeh.

“Ada hari tu si Faiz senget tu cakap dia nak kahwin dengan aku, aku punyalah terkejut gila nasib baik aku ni aku ni tak de sakit apa-apa kalau tak dah ‘selamat’ dah.” Katanya selamba.

“Lepas tu?” Terkejut Ain mendengarnya. ‘Gila ke Faiz tu, dah ada tunang baik, masih lagi nak cari yang lain. Ya Rabbi. Teruk betul perangai!’

“Lepas tu, aku pun gunalah ‘kepandaian’ aku,kau ingat tak yang masa tu aku ada baca novel ‘Kau Sayangku’, sungguh aku baca!” Ain mengangguk pelahan.

“ Entah macam mana, aku  boleh terfikir nak ikut cara dalam novel tu! Kau tahukan macam mana jalan cerita dalam cerita tu,aku ingatkan cerita dongeng macam tu tak boleh jadi kat dunia real macam ni, tapi kuasa ALLAH,” Sambung Ana lagi.

“Haaa!! Maksud kau.. kau guna name boyfriend palsu?”
Ana mengangguk pelahan.

“Haa!! Kau cakap macam tu habis tu si Faiz apa dia cakap pulak, aduh..cerita kau ni makin complecated betullah,”

“Erm.. tau tak pe, aku pun tak sangka yang perkara ni nak jadi complecated sampai macam ni, dan kau percaya tak si Faiz senget tu cakap yang dia nk jumpa ‘boyfriend’ aku tu,” Jelas Ana.

“Apa! Habis tu kau cakap apa,”

“Adalah, dan yang paling mengejutkan aku nama ‘boyfriend’ aku tu,”

“Kenapa pulak dengan ‘boyfriend’ kau tu,”

Ana teragak-agak nak jawab soalan Ain.

“Erm.. mungkin kau boleh cakap yang cerita aku ni tak logik, tapi cerita ni betul-betul berlaku dan ini bukan cubaan! Aku ulang balik ini betul-betul bukan cubaan okey...” Ana menarik nafas, Ain tekun mendengar.

“Aku.. Aku cakap kat Faiz nama ‘boyfriend’ aku tu Fakrul dan..”

“Haa!!!” Jerit Ain. Ana terdiam, dia dah jangka riaksi Ain.

“Kau biar betul Ana!! Kau tak main-mainkan?”

“Kan aku dah cakap ni betul-betul bukannya cubaan.”

“Habis tu macam mana sekarang? Maksud aku Dr. Fakrul tu tau tak kau guna dia?”

“Tak..” Ana mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Ini masalah paling besar yang pernah aku dengar,” Kata Ain tak tau nak jawab apa selain mendengar cerita Ana.

Ana mengeluh pelahan.

“Tau tak, aku dah buntu dah ni, takkan aku bagi tau kat Faiz pulak yang tiba-tiba aku tak jadi bertunang dengan ‘boyfriend’ aku tu, tak ke nahas aku nanti, adeh.. sakit kepala aku piker.” Dia mengurut kepalanya pelahan.

“Tak apa Ana, InsyaAllah nanti mesti kita dapat cari jalan. Kau janganlah risau sangat nanti datang balik migraine kau tu. Nanti.. biar aku yang cari jalan ek.” Pujuk Ain.

“Cari jalan, jalan mana? Jalan Klang ke Jalan Sugai Buluh Ain?” Lawak Ana.

“Ceh, budak ni time-time gini pun nak berlawak lagi,” Jeling Ain.

“Alah, kalau aku tak buat lawak nanti aku susah hati Ain, sekarang ni pun dah ada dua masalah besar. Dahlah aku tipu Faiz lepas tu aku guna nama Doktar tu pulak tu.Adeh..” Ana mengdongak dagu. ‘ Apa nak jadilah dengan aku ni, asyik di timpa masalah aje. Hisy!’ Rungut Ana.

Tiba-tiba dia tersedar.. ‘ Ya Allah, maafkan aku. Kau turunkan ujian sebab kau sayangkan aku. Ya Allah, kenapa aku tak terfikir tentang ni. Maafkan aku Ya Allah aku tak sengaja. Kau kuatkan kesabaran aku Ya Allah.’ Ana pejam mata. Meyesali kerana mengeluh dan merungut sedangkan Dia lebih mengetahui segalanya.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

0 juri handalan..: