Friday 22 July 2011

siapa dia?? 9



Episod 9

“Kau ni kenapa? Muka macam orang kena sembelit saje?” Tanya Ana, dahinya berkerut.

“Aku sakit perutlah Ana, adeh!” Ain mula mengerang kesakitan.

“Kau tak makan ek pagi tadi?”

Ain tidak menjawab, Cuma mukanya saja yang berkerut.

“Ain jom kita pergi Klinik ek.”Ain menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Aku tak sakit sangat, tak payahlah pergi klinik.”

“Ha! Jangan nk mengada, aku tau sangat dengan perangai kau tu takut pergi klinik,” Bantah Ana keras.

“Eh! kenapa ni, Ain?” Tanya Mila.

“Ain ni haa,dia sakit perut kak..” Ana memberitahu, wajahnya risau.

“Ain tak makan ke pagi tadi?” Tanya Mila. Ain geleng kepala.

“Ain memang jarang makan pagi kak Mila,” Ana jawab bagi pihak Ain.

“Ni kena gastric ni pergi klinik la Ain.” Kata Mila, kerisauan.
Ain geleng kepala.

“Dari tadi Ana ajak dia pegi klinik kak, tapi dia tak nak..” Ana pandang muka Ain.

“Mana boleh macam tu Ain, melarat nanti.. kamu yang susah, sudah. Ana bawak Ain pergi klinik sekarang, guna kereta akak..”
Ana   mengangguk  laju.

“kak, Ana pergi klinik yang dekat sini ye kak..”

“Okeh, tapi naik kereta, akak tengok Ain pun macam dah tak larat nak jalan ni,”
Ana   mengangguk   lagi.

Pantas dia pimpin tangan Ain  yang juga dibantu oleh Kak Mila, berhati-hati dia meletakkan Ain di tempat duduk belakang.

“Apa-apa hal bagitau akak tau,” pesan Mila sebelum menutup pintu kereta.

“Ain kau tahan sikit ek,”
********

Ana sudah sampai dihadapan klinik, dia membimbing Ain yang dari tadi asyik menekan perutnya.

“ Ain tahan ek kita dah sampai klinik ni,” pujuk Ana. Ain mengangguk lemah.

Ana dudukan Ain di tempat menunggu lepas tu dia pergi mendaftar kat kaunter depan. Tidak lama kemudian seorang kakak cantik panggil nama Ain, dengan penuh hati-hati Ana pimpin tangan Ain dan kakak cantik tu pun bantu pimpin tangan Ain jugak, sampai kat dalam Ana ucap ‘thanks’ kat kakak cantik tu dan lepas tu….

‘Aik macam kenal aje mamat doktar ni..’ Ana garu kepala. And then, matanya
mula terbeliak (macam cerita kat anime tu.. cumel sikit.. ^_^)

‘Aku pi klinik dia ka.. aduyui..’ Ana garu kepala.

“Dah lame ke sakit perut ni” Tanya Dr.Fakrul.

“Lama tak lamalah jugak.. tapi nak tahan azabnya Ya Allah..” beritahu Ain.
Dr.Fakrul tersenyum lucu.

‘Mamat ni dah tak kenal aku ke.. dari tadi tak pandang aku pun.. huh, lelaki sama aje.. nak mengayat lupa kawan, mengayat apanya dia dah kahwin!! eh bila pulak mamat ni jadi kawan aku..’ Ana garu kepala lagi sekali. Lepas Dr.Fakrul chek Ain..

“Erm.. nasib baik cepat datang sini, kalau tak masuk hospitallah awak Ain.. lain kali makan kena teratur jangan main redah aje,” nasihat Dr.Fakrul.

“Yela doktar, Ain ingat pesan doktar tu,” malas aje Ain jawab. Dr. Fakrul senyum.

“Okeh, saya bagi awak buat ubat gastric, antibiotic dan vitamin.” Kata doktar itu sambil menulis di buku laporannya.

“Vitamin doktar? Nape pulak?” Tanya Ain pelik.

“Saya tengok awak ni kurus sangatlah,” usik Dr.Fakrul. Ana tergelek kecil.
Dr. Fakrul pandang Ana.

“Eh, lupa pulak nak Tanya sapa ni?”

Ana kerut muka, ‘ Hai.. buat-buat lupa pulak atok ni, menyampah pulak aku.. eh nape pulak aku nak nyampah lagi elok kalau dia lupa kat aku, tapi takkan cepat sangat mamat ni lupa kat aku.. hiss ni dah kes pelik bin ajaib nih.’

“ Lupa pulak nak kenalkan, inilah kawan baik Ain dia baru pindah sini dan baru je mula kerja kat kedai buku tu,nama dia Ana” Ana cuma tersenyum saja.

“Oo.. nilah kawan Ain yang selalu Ain cerita kat ab… saya tu,”
Ain pandang Dr.Fakrul, Ana pulak mula mengsyaki sesuatu. Dia kerut dahi. ‘Apasal rasa macam ada something-something diorang ni?” Ana kerut dahi.

“Ha’ah.. ni kawan yang selalu Ain ceritakan pada Doktar.” Perkataan doktar tu dia tekankan. Dr.Fakrul tergelak kecil.

“Okehlah kalau tak ada apa-apa Ain boleh balik, jangan lupa makan ubat tau dan jaga diri,” pesan Dr.Fakrul sambil tersenyum manis pada Ain, Ain mengangguk dan membalas senyuman Dr.Fakrul.Ana hanya mendiamkan diri, tak tau nak kata apa. ‘Macam mana pulakla mamat ni boleh buat-buat tak kenal aku ni. Hisy musykil ni! Haa.. nape pulak aku tengok si Ain ni macam mesra aje dengan si Zarif ni. Hmm.. ni kena siasat ni..’


Semasa di dalam kereta.


Ana masih mendiamkan diri, Ain pulak berceloteh bukan main lagi macam dia tak sakit aje. Ana diam aje, malas nak masuk campur. Dia hilang mood.

“Kau ni kenapa? Dari tadi diam aje.” Tanya Ain.

“Tak ada apa.” Jawab Ana. Ain garu kepalanya yang tiba-tiba gatal semacam.

“Okeh dah sampai, kau boleh turun sendiri ke, atau nak aku pimpin kau?” Tanya Ana serius aje.

“Errr.. aku turun sendiri, aku dan sihat sikit ni..” Jawab Ain cuba untuk menceriakan suasana yang dia rasa ‘agak’ tegang itu.

“Okey..” tanpa menunggu Ain, Ana terus keluar dan terus masuk ke dalam kedai.

“Apakehai pulak minah sorang ni.. demam ke?” Ain garu kening pulak.

“Ha, Ain macam mana dah okey, doktar cakap apa,” Tanya Kak Mila melulu aje.

“Haa.. oh.. dah okey dah, doktar cakap okey aje tapi kena makan ikut jadual la,” Jawab Ain matanya pandang ke dalam kedai.

“Ni akak nak Tanya, si Ana tu apa apasal? Menonong terus ke dalam bilik akak tegur pun dia buat do no aje.”

“Entahlah kak, Ain pun pelik tadi okey aje dia tu.” Jawab Ain hairan.

“yeke.. ermm tak pe la nanti akak try Tanya dia. Okeylah dah pi masuk dalam rehat. Doktar ada bagi MC tak.”

“Ade sehari aje.” Jawab Ain.

“Erm.. okeylah tu, ni Ain nak balik rumah ke? Kalau nak balik mehlah akak hantar.” Ajak Kak Mila.

“Eh, tak pe la kak Ain rehat dalam aje la. Lagi pun Ain dah okey sikit nih.” Kata Ain tersenyum lembut.

“Kalau macam tu tak pelah, dah pi masuk dalam tu. Akak nak keluar kejap.”

“Okey kak..” Terus Ain masuk ke dalam.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

0 juri handalan..: