Monday 29 August 2011

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin


Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin purple ucapkan pada semua umat islam di seluruh dunia dan fan purple.. semoga hari raya tahun ini lebih bermakna dan best dari tahun lepas!! jangan lupe pandu kereta dengan cermat ye.. semoga dapat sampai ke kampung dengan selamat!! (:

(dah tak tahu nak tulis ape dah!! hahaha)

;- entry SD purple akn post lepas purple balik dari kmpung okey!! (:

Friday 19 August 2011

siapa dia?? 12


Episod 12

Ana tiba awal pagi itu di kedai, Ain pulak cuti hari ni, Oh, bukan sehari tapi tiga hari dia cuti jelousye katanya pergi beli cincin dan barang-barang hantaran tapi yang peliknya tiga hari tu dapat cuti..huhu baik betul bos macam Kak Mila ni,tapi bila aku cakap aku nak ikut Ain pi beli barang-barang marah pulak dia huhu..tak adil lah Kak Mila ni. kalaulah aku dapat cuti jugak kan best tak delah rasa boring hari ni, dahlah Kak Mila pun time-time gini jugalah dia nak balik kampung. Adeh jadi tinggalah aku sesorang kat sini.. ohh.. tak lupe juga dengan si Zulfa and ‘de geng’.’

Ana melagut dagu sambil buat muka ‘alangkah bestnya aku cuti hari ni’, sekarang ni tinggal dia dan si Shima ‘orang kuat Zulfa’ yang sekarang ni tengah kerja kat belakang (storlah tu), ermm Zulfa pulak pagi-pagi lagi dah keluar dengan boyfriend baru dia. Katanya anak datuk, dengan bangganya si Zulfa mengenalkan dia dengan anak datuk tu apa namanya Jotti,Notti, Katti? Ah lantak dialah asalkan dia bahagia sudah.  Ana mengongkit kening ke atas. Heh! Ingat aku heran ke kau keluar dengan anak datuk tu, kalau akulah baik aku cari anak Tan Sri ke, kerabat ke, tiggi sikit heh setakat datuk heh, aku pun ada atok.

Dia mengeluh lagi, dia memerhatikan suasana kedai ada orang dua pelanggan termasuk kanak-kanak dengan ibunya tengah pilih buku di rak buku. Dia melihat gelagat si ibu tengah memujuk si anak agak meletakan kembali buku cerita yang dipilihnya, kanak-kanak itu meronta-ronta agar dilepaskan.

“Fifi letak balik buku tu, lain kali kita beli ye, ibu tak cukup duit ni sayang?” pujuk si ibu.

“Tak nak..tak nak.. Fifi nak juga, dah lama tau Fifi nak beli buku ni, kawan-kawan Fifi semua ada buku ni Fifi sorang aje tak de, Fifi nak juga.” Jerit si Ana sambil memeluk buku cerita itu.

“Fifi, Ibu kata letakkan balik buku ni? kenapa degil sangat ni!” Si ibu menaikkan kuata suaranya.

Si Anak mengeleng-gelengkan kepalanya, bibirnya mencebik dan air matanya mulai keluar kerana terasa ibunya sedang marah kepadanya.

Ana yang melihat gelagat si Ibu yang mulai ingin memarahi si anak menyampuk.

“kak..” Tegur Ana.

Si Ibu yang melihat Ana terus tak jadi nak memarahi anaknya.

“Ye dik, kenapa. Akak menganggu adik nak beli buku ke? Maaflah anak akak ni buat hal pulak, tadi elok aje.” Terangnya serba salah. Ana cuma tersenyum saja. Dia menunduk ke bawah lalu mencangkung menghadap kanak-kanak itu, yang masih lagi menagis teresak-esak.

“Fifi nak buku ni ke?” katanya lembut.

Kanak-kanak tersebut menganggukkan kepalanya teragak-agak dia mengongakkan kepalanya memandang Ana. Tetapi apabila dia memandang si Ibu kepalanya kembali tunduk.

“Okey, kalau betul Fifi nak buku ni akak belanja Fifi ek,” Kata Ana lembut.

“Betul ke kak?” Kata kanak-kanak tersebut, matanya bersinar-sinar.

“Eh, dik menyusahkan adik aje, akak bukan apa, duit akak tertinggal kat rumah tadi, malas pulak nak ambik nasib baik duit dalam kocek ni cukup pulak masa pergi pasar tadi.” Terang si Ibu.

Ana memintas kata-kata si Ibu. “Tak pe kak, lagipun saya pekerja kat sini,” Jelas Ana.

“Tapi...” Si Ibu rasa serba salah.

Ana hanya tersenyum lembut.Dia mengambil plastik yang berada di kauter pembayaran dan mengambil buku cerita yang berada di tangan kanak-kanak tersebut, membukusnya dan memberikannya kepada kanak-kanak itu sambil tersenyum manis.

“Terima kasih dik, akak rasa serba salah pulak.Fifi cakap terima kasih kat akak ni.”

“Terima kasih kak, lain kali Fifi belanja akak pulak ye.” Kata kanak-kanak itu dengan senyuman comelnya.

Ana ketawa kecil dan mengangguk pelahan.

“Okey Fifi.”Katanya sambil menguis hidung si anak tersebut.

Setelah berbual beberapa minit si ibu dan si anak pun meminta diri untuk pulang ke rumah mereka yang tidak jauh dari kedai buku itu.

Selama bekerja di Kedai Buku karmila macam-macam jenis gelagat pelanggan dijumpainya. Ada yang okey, ada yang banyak songeh tanya kenapa tak diskaun kalau beli buku walaupun dengan bilangan yang banyak dan macam-macam lagi perangai manusia kadang-kadang pelik pun ada. Ana mengeluh pelahan dan tersenyum. Sambung balik melangut macam tadi.

“Dah ada ciri-ciri nak jadi ibu yang mithalilal awak ni, Adriyana.” Tegur satu suara di tepi kuanter pembayaran.

Ana tersentak. Dia memalingkan wajah ke tepi, bulat matanya melihat Zarif tersenyum melihat dirinya.

“Aw..awak macam mana awak datang sini? Apa awak buat kat sini.” Bulat mata Ana pandang Zarif.

“Mana mana saya datang sini? Klinik sayakan dekat sini aje jalan kaki pun tak sampai berape minit dah sampai sini. Dan..” Zarif mendekatkan wajahnya dengan wajah Ana. Ana pula menjauhkan wajahnya dari Zahif. ‘Apekehai pulak atok sorang ni? Seram pulak aku.’

“Dan.. apa awak buat kat sini?” sambung Ana. Pandangan Zarif membuatkan Ana menundukkan kepalanya kebawah. Berdebar hati dibuatnya.

“Saya nak jumpa awak..”Jawab Zarif lembut sambil matanya terus memandang wajah Ana. Ana yang dari tadi menundukkan muka mengangkat muka dan dia tersentak apabila Zarif masih lagi memandang wajahnya.

“Mengarutlah awak ni, pergila balik kat klinik awak tu, tak de patients pagi-pagi ni ke suka-suki aje keluar.Taula klinik dia.”

“Sebab tak adalah saya datang sini, tapi kalau ada pun saya tetap akan datang sini jugak sebab patients sebenar saya ada kat sini,” Katanya sambil mengenitkan matanya pada Ana.

Panas muka Ana dibuatnya. ‘Mengada pulak doktar sorang ni, saja je nak buat hati aku tak tentu arah.. hisy.. tak sukalah..’ Jerit hatinya.

Zarif ketawa melihat muka Ana merah, tepegun dia sebentar. Dia tersenyum lagi, melihat Ana memujuk kanak-kanak tu tadi membuatkan dia rasa teruja dan senang hati suka dia melihat wajah keibuan Ana. Sejak dari pagi tadi memang dia sudah bertapak sini, tapi kehadirannya tidak diketahui oleh Ana, dari tadi dia melihat Ana asyik termenung saja, terasa jauh menungannya itu. Hatinya makin tertarik melihat Ana bergitu. Manis sangat!

“Helo.. dah sampai mana? Bulan.” Petikan jari Ana membuatkan dia tersedar dari lamunan.

“Sampai.. apa?” Tanyanya pelik.

“Saya tanya dah sampai bulan ke? Termenung pulak dia kat sini, baliklah orang nak buat kerjala.” Kata Ana, dia buat-buat menyusun barang-barang di kauter.

“Haah, memang dah sampai bulan pun, dengan awak.” Katanya selamba. Tersenyum manis. ‘Tidakkah kau tahu Adriyana, senyuman saya ini mampu membunuh awak,’

Ana buat muka nak muntah. “Ceh.. pegi daa.. dah-dahla tu, asyik nak mengayat orang aje kerjanya. Pergi balik.” Ana menjeling tajam. Tahu sangat perangai mat-mat romeo macam si Zarif ni, selagi tak dapat selagi tu tak nak mengalah. ‘Huh, menyampah! Tapi bila dia senyum tadi tu rasa macam nak cair jugakla, nasib baik Iman kuat. Kalau tak..’ Dia mengeleng-geleng pelahan.

“Haa.. ni apasal pulak geleng-geleng kepala ni, dah sampai ke bulan jugak ke?” Perli Zarif.

“Heh, saya bukan macam awak! Dahlah pergi sana, orang nak buat kerja pun tak senang.” Rungut Ana pelahan.

“Saya dengarla Adriyana.”

“Haa.. kalau dah dengar tu, tak reti-reti nak balik.” Katanya Ana garang.

“Alah, garangnya dia. Adeh apalah nasib saya ni, nak buat baik pun orang tak suka. Saya datang sini sebab nak tanya tangan awak dah okey ke tak?” Tanya Zarif prihatin.

“Tangan, okey.. dah okey dah, alah sikit aje pun, tapi thanks ek awak belanja saya ubat percuma, nanti saya belanja awak makan ek.” Tiba-tiba dia menutup mulutnya. ‘Alamak, macam mana boleh terlepas ni!’

“Hahahaha... awak dah tak boleh tarik balik, awak dah janji. Okey nanti saya tuntut tau.” Kata Zarif, sambung ketawa. Comel sungguh Adyana buat muka macam tu tadi.

“Mana ada saya janji.. saya Cuma..”

“No..no.. awak dah tak boleh tarik balik,” potong Zarif. Dia tersenyum senang, Ana menderus kuat. Muncung bibir.

“Mana aci..”

“Aci kat Indialah.. hahaha!! Adriyana janganlah buat muncung-muncung macam tu, nanti saya cium nanti awak jugak yang menyesal.” Gurau Zarif.

“Apa awak ni, cakap macam tu! Tak senonoh betullah dia ni!!” Ana menampar bahu Zarif kuat. Mukanya bertambah-tambah merah.

“Merahnya muka dia..” Usik Zarif.

“Diamlah!!” Jeling Ana tajam. Zarif ketawa lagi.

“Ehem...”

“Helo cik Casher, nak kerja ke nak bercinta?” Tegur seorang pelanggan perempuan yang dari tadi memerhatikan mereka berdua.

Panas wajah Ana dibuatnya.

“Sorry cik..”

“Lain kali buatlah cara orang nak bekerja, bukan nak bercinta.” Kutuk wanita itu dan terus berlalu meninggalkan kedai.

Ana mengeluh pelahan. Dia mengetap bibirnya kuat mana taknya dahlah kena marah depan si Zarif ni jatuh saham aku. Hisy.. lepas ni tak naklah aku jumpa dia lagi, malunya!!!Dah la terjanji nak belanja dia makan, Adeh.. ni mesti kena cerita kat Ain ni..Tiba-tiba Ana teringat something....

            “sebenarnya aku dengan Dr. Fakhrul memang ada apa-apa, dia tu.. tunang aku.”

Ana hampir membeliakkan matanya. ‘Ya Allah kenapa aku terlupa yang si Zarif ni...’ Dia menekup mulutnya, rasa serba salah kerana dia hampir-hampir terlupa yang Zarif ni adalah tunang Ain. ‘Ain, maafkan aku, aku tak sengaja..’

“Adriyana, kenapa ni?” Tanya Zarif hairan Ana tiba-tiba menekup mulutnya dan riaksinya menunjukkan dia sangat terkejut.

“Adriyana..” Panggil Zarif lagi,

“Adriyana, hey kenapa dengan awak ni? Demam ke?” Tangan Zarif automatik merasa dahi Ana.

Ana terkejut. Dia pandang Zarif bulat.

“Zarif, saya rasa baik awak pergi sekarang.” Tegas Ana.

Zarif pelik dengan kata-kata Ana tu.

“Kenapa pulak? Awak ni kenapa sebe..”

“Zarif, tolong pergi dan saya tak nak jumpa awak lagi.” Ana memberanikan diri memandang mata Zarif dan kemudiannya dia menunduk ke bawah. ‘Ya Allah kenapa dengan aku ni..’

“Adriyana..”

“Pergi..Pergi saya tak nak tengok muka awak!!” Jerit Ana kuat, nasib baik tiada sesiapa di dalam kedai itu hanya dia dan Zarif.

Selepas itu Ana berlari laju masuk ke dalam stor dan mengunci pintu. Shima yang sedang tidur terbangun kerana terkejut melihat Ana disitu dan dia melihat Ana seakan-akan melarikan diri dari seseorang.

“kau ni kenapa?Kena kejar dek hantu ke?” Pertanyaan Shima hanya dibiarkan.

Dan kemudiannya Ana terus berlari masuk ke tandas yang juga ada di dalam bilik + stor itu.

Shima garu kepala, ‘ apasal pulak minah ni, sewel ke? Orang tanya tak nak jawab.’ Tiba-tiba dia teringatkan Zulfa. ‘Hmm.. maybe Zulfa kot yang buat minat ni nangis, Ah.. biarlah baik aku sambung tidur lagi baik.’

Di dalam tandas, Ana cuba menahan nagis yang tiba-tiba datang.

‘Kenapa dengan aku ni? Kenapa bila aku tengok dia jantung aku bergetar? Kenapa bila aku tengok dia tubuh jadi kaku? Kenapa bila aku pandang muka dia aku rasa tenang? Apa dah jadi dengan aku ni, kenapa aku jadi macam ni, kenapa? Takkanlah aku...’ Ana pandang cermin dan mengeleng-gelangkan kepalanya. ‘ Tak.. Tak aku tak boleh jatuh cinta dengan dia! Aku tak boleh, dan takkan boleh jatuh cinta kat Zarif, tak boleh-tak boleh!! Dia tunang Ain, aku takkan kianati kawan sendiri! Ana wake up.. please kuatkan semangat kau, kau tak boleh biarkan perasaan kau kuasai fikiran  kau, tak boleh!! Paham.’ Ana memegang pipinya dan cuba menahan air mata dari jatuh lagi.

“Ana..Ana.. kau tak apa-apa ke wei.” Suara Ain dari luar membuatkan Ana tersentak.

‘Ain.. Ain macam mana dia boleh ada kat sini bukan ke dia cuti hari ni.’

“Ana. Kau okey ke tak?’ Jelas suara Ain kebimbangan.

Ana rasa sebak, Ain amat mengambil berat tentang dirinya, dan dia pulak cuba menyimpan perasaan terhadap lelaki kesayangan sahabatnya sendiri. ‘Ain aku bukan seorang sahabat yang baik Ain, sebab..’

“Ana.. wei kau ni okey ke tak, jangan buat aku risau Ana.”Jerit Ain kuat.

‘Demi sahabat baik aku, aku mesti hapuskan dan musnahkan perasaan aku terhadap Zarif! Mesti!!’

“Ye Ain. Aku okeylah aku Cuma sakit perut terlampau aje.” Katanya selepas membuka pintu tandas.

“Sakit perut? Kau gastric pulak ke? Sebab tadi si Shima cakap kau berlari pastu ters pi tandas.” Tanya Ain sedikit cemas.

“Tak delah entah tiba-tiba aje aku sakit perut. Tapi sekarang ni dah okey dah.” Jawab Ana ketawa kecil.

“Betulah ni buat apa nak tipu pulak? Eh, yang kau dating kerja ni buat apa, dah sihat ke?”

“Kalau aku sakit dah lama dah aku duduk kat hospital tu.”Jawab Ain selamba.

“Ceh, jadi kau sihatlah ni. Haa, eloklah jom aku belanja kau makan best punya hari.” Ajak sambil memeluk bahu Ain.

“Errr.. Ana aku tak bolehlah keluar lunch dengan kau sebab aku ada date dengan Abang Fakrul.” Kata Ain pelahan takut-takut Zulfa atau Shima terdengar.

Ana tergelak kecil tapi didalam hati dia sedaya upaya menahan perasaan sebaknya.

“Kau keluar dengan dia, tak nak ajak aku ke haa?” Gurau Ana. Ain memukul bahu Ana pelahan.

“Ngade ark au ni. Ni aku datang ni sebab nak bagi tau maybe aku balik lewat malam ni tau.Jangan lupe kunci pintu tau and sorry tau tak dapat teman kau makan...”

“Hey.. tak pelah. Aku paham dah pergilah kang marah pulak si doktar tu pulak.” Pintas Ana.

“Amboi menghalau nampak, okeylah aku pergi dulu.”

“Ain.” Panggil Ana.

“Yup, kenapa? Kau nak pesan apa-apa ke?” Ana mengeleng.

“Dah tu kenapa?” Tanya Ain pelik dengan sikap Ana.

“Aku Cuma..” Dia terus memeluk Ain. “Nak buat macam ni.” Sambung sambil tersenyum.

“Ceh, aku inginkan apalah tadi.” Katanya membalas pelukan Ana.

“Ain, aku sayang kau macam aku sayang kakak aku sendiri.” Luah Ana.

“Aku pulak sayangkan kau sebab kau ni macam adik aku.” Balas Ain pelahan.

“Okey aku pergi dulu ye.” Kata Ain melepaskan pelukan.

Dan Ana memandang sayu saat baying Ain kian jauh darinya.

‘Maafkan aku Ain..’

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

siapa sia?? 11


Episod 11

Keesokan harinya Ana buat muka selamba jer bila Nampak Ain jalan-jalan kat depan mata, walaupun dalam hati nak mintak maaf pasal kes malam tadi tapi.. hmm biarlah dulu, nanti..nanti aku cakaplah kat Ain.

Tapi nanti tu bila pulak? Aduyai dah mood masing-masing kurang baik pulak hari ni. Tapi kalau aku cakap sekarang…  Sambil hujung jarinya mengetuk bibir,

PON!PON!!

“Oo..mak kau, haiy sape pulaklah yang nak berperang dengan aku pagi-pagi nih!” Bentak Ana. Dia menarik pelahan langsir depan rumahnya bunyi hon kereta itu tadi datangnya dari depan rumah tapi manalah tahu kalau-kalau jiran punya kawan yang membunyikannya.

PON!PON!!!

Lagi kuat dari yang pertama tadi.
Ana membeliakkan matanya, sambil pengang dada. ‘Alamak bala dah datang!!’  Matanya dipejam rapat.

Dia menarik nafas panjang kemudian dilepaskannya dengan tenang “Okey..okey.. maybe itu mimpi..mimpi, katakana ianya MIMPI Ana! Katakan!!” Jeritnya separa kuat.

“Katakan apa?”Tepukan dibahunya membuatkan Ana terperanjat. Matanya terbuka luas memandang ke hadapan, sambil mengurut dada dia berkata.
           
“Ya Allah, Ain.”
           
“Eh, kenapa kau ni? Kenapa pucat semacam aje muka kau ni Ana?”

“Ain.. mati aku Ain, mati aku kali ni,”

“Haa.. mati, kenapa kau nak mati pulak?” Dia garu kepala.

“Bala aku dah datanglah Ain, kau tolong aku Ain.” Katanya merayu sambil mengongcangkan lengan Ain.

“Bala apa?” Dia menjenguk keluar. ‘La patutlah si ‘sengal’ tu ke?’

“Ain.. kau kena tolong aku kali ni Ain. Aku nak hidup dengan aman dan damai macam orang lain jugak Ain, tolong aku Ain please…” Ana dah mula merapu meraban.

“Okey-okey aku tolong kau, sekarang pergi naik atas masuk bilik kau kunci pintu dan jangan bukak pintu tu sampai kau dengar suara aku panggil kau okey.”
Ana hanya menganggukkan kepala, lantas dia berlari ke atas macam kilat!

Dimulakan dengan Bismillah.. Ain keluar dari rumah mereka.Tak lupa pula dengan senyuman manisnya itu.

Si Faiz ni pulak setelah nampak Ain keluar dari rumah dia terus keluar dari keretanya Oh, tak lupa  dia pun  mengeluarkan senyuman manisnya jugak.

“Ya encik Faiz?” Masih tersenyum.

“Hmm.. Ana ada?”  Tersenyum kembali.

“Oh, Ana dia balik kampung dia katanya ada kenduri,”

“Kenduri? Hmm.. ada tak cakap apa-apa pun kat saya. Betul ke ni.”

“Hisy.. Encik ni takkanlah saya nak tipu pulak, dia balik kampong semalam lagi tau,haa.. kalau Encik datang semalam bolehlah jumpa dia.” Ain tersenyum manis, pura-pura senyum sebenarnya. ‘Pandai jugak aku kelentong pak cik ni ek..’

Faiz angkat bahu. “ Okey, tapi boleh saya tau kat mana kampung Ana tu, kalau senang nanti boleh saya pergi sana tengok-tengokkan dia.”

“Eh, boleh sangat tu Encik Faiz, nanti sat saya ambik kertas nak tuliskan alamatnya ye.” Ain tersenyum lagi manis dari tadi.

“ Hmm.. terima kasih Ain, awak memang sahabat yang baik dan berhati mulia sebab tolong saya.”

“Tak jadi hallah Encik Faiz, kejapnya saya ambik kertas dan pen.”

“Okey saya tunggu.”

‘Heh! Kau ingat aku memain ke haa Encik ‘Sengal’ nanti kau,patutlah Ana bukan main mengelak dari kau, haiy.. kalau aku jadi Ana lah dah lama aku lesingkan si Sengal ni!’  Bentak Ain geram!

Setelah dia menulis apa yang patut pantas dia melari keluar untuk mendapatkan Faiz.

“Nak, ini alamatnya Encik Faiz” Tersenyum penuh makna.

“Thanks dear, awak memang baik hati. Hmm kalau macam ni senangla saya hantar rombongan meminang Ana nanti.” Faiz tertawa besar diikuti oleh Ain.

‘Nak hantar rombongan meminang? Hahaha hantar kat encik ‘harun’ a.k.a MONKEY bolehlah encik sengal oit!’ Ain ketawa jahat dalam hati.

“kalau jadi nanti caling-calinglah saya ek encik Faiz.”

“I will dear.” Sambil mengenitkan matanya pada Ain. Nak termuntah Ain mendengarnya. ‘Heh! dear kunun.’

“Okey saya balik dulu ya. Bye.” Sambil tersenyum manis. Tanpa menunggu Faiz startkan enjin keretanya Ain terlebih dulu menuntup pagar dan berlari masuk ke rumah. ‘Lagi lama aku kat depan ni lagi meluat aku. Huh!’

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Berkerut dahi Ana mendengar cerita Ain tentang Faiz sebentar tadi. ‘Ain bagi alamat kampung aku kat si Senget tu?!’

“Ain katakan tidak Ain, kau tak bagi alamat..”

“Yup, aku bagi.”

“Ain!!”Jerit Ana sekuat hati.

“Sampai hati kau buat aku macam ni, kau kata kau nak tolong aku tapi kau bagi alamat aku kat mamat senget tu kenapa?”

“ Hahahaha…” Ain ketawa besar. Senjaga ingin mengusik Ana.
Dia mencapai bantal kecil di sofa lalu dibaling sekuat hati ke arah Ain dan Ain dapat menyambutnya, ianya menambah sakit hati Ana.

“Alah relax la Ana..”

“Relax kau kata.. relax.. aku macam tak percaya aje kau cakap relax kat aku lepas kau bagi alamat rumah aku kat si Faiz senget tu!” Dia menyentuh pipinya dengan kuat.

“Ana… sebenarnya aku bagi alamat palsu kat si senget tu.” Ain tahan tawa.

“Apa? Ain.. aku kurang..”

“Aku.bagi.alamat.palsu.kat.si senget.tu.” ulang Ain.
Ana nganga mulut, besar. Lepas tu..

“Hahahahaha…. Aduh.. kau..kau.. Hahahaha..” Sambil tangan ketuk-ketuk kusyen, kuat!

Ain buat muka bangga macam dapat Arward “AJL”,
“Will… terer tak aku.” Mengibas rambutnya macam iklan syampoo Sunsilk.

“Terbaik girl.. hahahaha, cayalah kau ni yang sayang kau lebih ni.”

“Sayang aje, upahnya mana?” Ana menyunging mulut ke atas.

“Tolong sikit pun nak upah ke?”

“Upah untuk memikirkan alamat palsu untuk si senget tu, huh penat tau otak aku memerahkan idea tau kedekutlah kau ni.”

Ana mencebik. “ Yelah,yelah malam nanti aku belanja kau kat kedai anei depan tu,”

“Alah pergilah kat hotel lima bintang ke, restaurant exlusive ke ni kedai anei depan tu aje. Huh kau ni tak menghargai kawan yang dah menolong kau dengan susah payahnya tau.” Ain muncung.

“Heh, tak reti bersyukur langsung kaulah ni. Kalau aku tarik balik kang baru tau.” Jeling Ana.

“Hehehe.. yelah-yelah gurau aje tadi.”

“Erm.. Ain,” panggil Ana, setelah agak lama mendiamkan diri.

“Apanya Cik Adriyana Mastura.” Gurau Ain.

“Aku nak mintak maaf tentang malam tadi, aku tak sepatutnya..”

“Tak pe Ana, aku faham kalau aku pun, tentu akan buat macam kau buat.” Ain senyum pada Ana. Dia masih terasa serba salah lagi walaupun Ain tidak marah padanya.

“Yela.. sape nak kan.. kalau ada orang nak berkenalan dengan tunag kita sendiri.. kalau akulah time tu jugak aku lesing kepala orang tu!” Kata Ana penuh semangat, senjaga dia berkata bergitu, untuk mengurangkan perasaan serba salah Ain padanya. Ain ketawa besar.

“Hmm.. macam mana kau boleh bertunang dengan Dr.Fakrul tu,” Pertanyaan Straight to the point  membuatkan Ain hamper tersedak, nasib baik dia tak minum apa-apa lagi kalau tak…

“Straight punye soalan, nasib baik aku tak makan ka minum ka kalau tak, kau yang kena skrup muka yang terbaru dari aku.”

Ana tersengih. Jarinya diangkat buat tanda ‘Peace’.

“Kami sebebarnya baru aje bertunang, hmm kau perasan tak tiga bulan lepas aku mintak cuti, cuti emergency tiga hari.” Ana mengangguk.

“Aku balik  kampung  time  tu,  dan  masa  tu  jugak  aku    bertunang  dengan Dr.Fakhrul. Aku dengan dia tak pernah bercinta pun baru sekarang nak kenal-kenal, dia pilihan keluarga aku. Mula-mula tu aku tolak tawaran mak ayah aku sebab aku tak pernah jumpa dia langsung dan tak pernah tengok gambar dia, masa kami bertunang tulah first time aku jumpa dengan dia dan masa tu jugak kamilah saling jatuh cinta.” Cerita Ain, tersenyum bahagia.

“Kira korang ni cinta pandang pertamalah ek. Woah.. so sweet.” Sampuk Ana.

Ain tersengih malu. Ana mencebik tangannya menolak bahu Ain pelahan.

“So, bila korang nak kahwin ni. Haa time ni kau mesti ajak aku ek, kalau tak kenalah dengan aku.” Ana mengecilkan matanya.

“Eh, mestilah aku nak booking kau jadi pengapit aku. Kata Abang Fakrul dia nak cepat tapi tengoklah dulu macam mana, kalau aku tak kisah lagi cepat lagi bagus.”

“Amboi dah naik pangkat abang dah…” sakat Ana. Ain ketawa besar.

“Eh, mestilah… bakal aku tu. Mestilah aku kena belajar dari sekarang.”

Ana mencebik. “Eleh.. yelah belajar tu. Berlagak la kau ni.”

“Berlagak apanye pulak. Huh dengkilah tu, dia tak de...” Gurau Ain.

“Tak maknanya nak dengki-dengki, pegi daa..”

“kau carilah satu lepas tu kalau dapat kita kahwinlah sama-sama..”

Nak tersembur Ana dengar kata-kata Ain itu.

“Heh, kau ingat nak cari suami tu senang ke, Macam orang jual kain kat pasaraya tu. RM 20 sehelai? Agak-agaklah Ain.”

“Alah kalau dapat macam mana? Haa.. apa kata kenalkan sorang kawan aku ni nak, dia ni pun single and available lagi nak tak?” Kata Ain serius.

“Sorry Ain aku tak suka kalau nak jumpa-jumpa orang ni, biarlah aku cari sendiri ajal jodoh semuakan di tangan Allah, biar dia saja yang tentukan Ain siapa jodoh aku dan siapa lelaki yang dijadikan hanya untuk aku.” Jawab Ana, dia senyum Ain lembut.

“Okeh kalau kau dah kata macam tu, apa yang boleh aku kata..” Ain tersenyum membalas senyuman Ana.

“ Okeh jom kita kemas rumah, aku tengok rumah kita ni macam tongkang pecah tau tak. Ni semua pasal si senget tu kalau tak dah bersih dah rumah kita ni, huh menyusahan orang betul si senget tu, tak de kerja lain ke asyik nak kacau orang aje kerjanya lepas tu...”

“Stop-stop aku rasa aku paham apa yang kau rasa, erm.. bolehkan kita kemas rumah sekarang?” Potong Ain.

“Hait... sebelum tu aku nak sediakan breakfast dulu, kau sapu sampah, mop lantai. Aku pi masak dulu.. daaa..” Kata Ana sebelum berlalu ke dapur.

“Wei.. mana aci, kau masak aje aku kena buat dua kerja.” Jawab Ain. ‘ini tak adil ni..’

“Aji kat Indialah..” laung Ana dari dapur.

Ain mederus tak puas hati!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Wednesday 17 August 2011

siapa dia?? 10


Episod 10

‘Kenapa dengan aku ni? Kenapa pulak nak marah-marah ni.. adeh, ni yang tension ni..’ Ana ketap bibir.

‘Relax Ana.. relax.. tarik nafas.. turun.. tarik lagi.. okey turun..’

Ana try pejam mata.. tiba-tiba muka Zarif muncul sambil tersenyum padanya.

‘Haa.. sudah ape hal muka dia pulak keluar nih..’ dia gosok matanya berkali-kali.
Try pejam lagi sekali.. Nampak muka Zarif senyum ala-ala lelaki terhensem Malaya. Lagi sekali Ana membuka matanya.

‘Aku demam kot..’ dia meraba-raba dahinya.

‘Tak.. kau tak demam..’ tetiba ada suara muncul..

‘Aik.. mana datang pulak suara ni..’ dia pandang sekeliling.

‘Kau sebenarnya jealous  kan tadi..’ Ana kerut dahi.

Jealous .. apa hal pulak aku nak jealous bagai ni..’ Ana bantah.

‘Eleh.. tak nak ngaku kunun.. kau sebenarnya dah suka kat Zarif tu kan..’ Ana nganga mulut.

‘Tak.. tak.. mungkin.. tak kan..’ Ana geleng-geleng kepala.

‘Habis kenapa kalau kau pejam mata  kau nampak muka dia??’ suara tu berkata lagi, tegas!

Ana mengeleng kepala lagi, ‘Tak.. aku tak suka kat dia.. aku tak suka kat dia!! Dan takkan suka kat dia..takkan!!’ Ana ketip bibir tahan rasa sebak yang tiba-tiba datang.

‘Kau tak payahlah tipu diri kau sendiri.. aku tau kau memang suk….’

‘Diammmmm!!!’ Jerit hatinya kuat, matanya terpejam rapat. Wajah Zarif muncul lagi.

Dek kerana terkejut Ana membuka matanya luas.

“Aku dah tak normal…” Katanya dengan kuat.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Ana termenung, sesekali dia mengeluh pelahan kejadian pagi tadi belum dapat dia lupakan, walaupun ingin sangat lupakan semua tu, ‘ Aghh.. lama-lama boleh jadi gila aku ni’ Jetitnya sendirian.

Dia megeluh lagi, ‘ tak boleh jadi ni, aku mesti Tanya Ain apa hubungan dia dengan  Zarif tu, kalau tak kepala aku ni takkan berhenti memikir!’ Dia mengangguk yakin.

‘ Tapi kenapa pulak aku nak sibuk-sibukkan hal diorang, lantaklah diorang nak bercinta ka, apa ka.. haa.. kejap… diorang bercinta ke? Tak mungkin..tak mungkin habis bini si Zarif tu nak campak mana?’ Dia kerut dahi pulak.

“Woi. Kau kenapa sekejap gangguk sekejap geleng kepala ni, masalah negera apa kau fikir?” Sergah Ain.

“ Haa… ape kau cakap?” Tanya Ana blur.

Ain dah geleng kepala. ‘ budak ni kalau tak berangan satu hari tak boleh ka?’

“ Aku cakap , kenapa. Kau. Sekejap. Gangguk.kejap. geleng. Kepala. Kau. Tu.”

Jelas Ain satu persatu, ni kalau tak paham jugak, tak tau lah nak cakap apa.

“Oo.. yeke.. hehehe..” Ana garu-garu kepala sambil tersengih-sengih.

Ain dah tau nak kata apa dah. Diam-diam sudah.

“ Masalah negera apa kau pikir sampai jadi macam ‘gilak gayak gini’,”

“ Masalah negera akulah, apa lagi hahaha,” Ana gelak (gelak buat-buat)

“Sah, mesti ada masalah besar ni, taknak kongsi dengan aku ka? Mana tau otak aku ni berguna untuk selesaikan masalah negera kau,”

‘Memang berguna pun..’ celah Ana dalam hati.

“ Faiz kacau kau lagi ke?”Ana geleng kepala.Dia kerutkan mukanya. ‘ Belum cukup dua minggu lagini. Hehe.. tak apa ada masa lagi nak cari jalan, tinggal beberapa hari aje lagi ni, tapi lantak la kalau dia nak jumpa pun, nanti aku cakaplah yang bakal tunang aku tu pi krusus kat luar Negara dua bulan ke dua tahun ke.. apa susah. Haa.. akhirnya ada juga jalan penyelesainya..’ Ana menarik nafas...

“Wei.. kenapa?”

Ana mengeleng pelahan.

“Habis tu? Yang buat muka monyet ni nape lak?” Gurau Ain.

“Ceh, tak guna punye kawan, muka cute cam gini kau kata muka monyet, heh. Tak nak kawan.” Jeling Ana.

“Ala.. busyuk-busyuk, majuk pulak baby besar nih, meh saya telefon abang Faiz meh suruh dia pujuk nak?”

Ana pukul bahu Ain kuat. “ Mengada ar.. kau nak telefon si Faiz senget tuh, lesing kang..”

Ain ketawa besar tengok muka Ana, lama-lama Ana pun join gelak.Lama selepas mereka diam. Ana mula bertanya soalan yang mengejutkan Ain.

“Masalah kau dengan Faiz tu, macam mana dah jumpa jalan?” Tanya Ain berhati-hati takut Ana terasa atau tiba-tiba migrane pulak.
“Aku rasa dah jumpa, tapi tak taulah berkesan ke tak, InsyaAllah boleh pakai kot.”

“Habis masalah kau dengan..”

Ana pandang Ain serius, dia mengongketkan sebelah keningnnya.

“Kenapa? Kau tanya, kau takut aku ada affair dengan doktar tu ke?” Tanya Ana serius. Ain telan air liur, dia tahu Ana dah dapat agak atau dah terasa something antara dia dan Dr.Fakrul.

“Emm.. kau dengan doktar Fakhrul tu ada apa-apa ke?”Tanp teragak-agak Ana bertanya.

“Kenapa? Kau agak aku ada apa-apa dengan dia ke?” Tanya Ain balil.Pelahan saje suaranya.
Ana angkat bahu.

“ Kau suka Dr.Fakhrul tu ke?” Tanya Ain lagi.Ana pandang Ain, terkejut dia dengan pertanyan Ain. Dia cuba tersenyum.
           
“ Kenapa kalau aku suka si Dr. Fakhrul tu kau jealous ke?”

“ Kau betul-betul sukakan Dr.Fakhrul tu ke?” Pertanyaan Ain tidak dijawab oleh Ana, tapi bertanya soalan yang sama juga pada Ain. Mukanya bertambah serius. Ini tandanya dia tak main-main!

“Entah, suka kot. Tapi suka ajelah kan dia dah kahwin nanti bini dia tau aku minat kat laki dia tu, mati aku kena gayang.” Gurau Ain sambil tergelak besar, tapi Ana tetap macam tadi serius.

“Ana.. hey kenapa muka kau serius sangat ni, alah aku memain ajelah.. takkanlah aku boleh jatuh cinta dengan doktar tu kan.. hisy merepek aje.” Jelas Ain lagi, dia tak tahu apa yang bermain dalam fikiran Ana ketika ni.

“Yeke..” Kata Ana sepatah. Tiada senyuman langsung pada wajahnya. Dia mahu Ain berterus terang dengannya.. bukan membutar belitkan cerita. Dia mahu Ain rasa serba salah dengan muka seriusnya itu.

Lama mereka mendiamkan diri sebelum Ain..

“ Ana, aku.. aku.. nak terus terang dengan kau. Sebenarnya.. Sebenarnya.. emm.. Sebernanya..”

“Sebernarnya apa!” Sergah Ana, geram dia dengan Ain dari tadi asyik sebenarnya..sebenarnya.. Kesabarannya menipis ketika ini.

“Sebenarnya Dr. Fakhrul tu tak kawin lagi.” Spontan Ain cakap.

“ What!!”Ain pandang muka Ana serba salah. Dan muka Ana pulak minta penjelasan dari Ain.
           
“Dan sebenarnya aku dengan Dr. Fakhrul memang ada apa-apa, dia tu.. tunang aku.” Teragak-agak Ain pandang muka Ana.

Mulut Ana ternganya luas. ‘Apa!!!!’ rasa macam nak pengsan Ana di buatnya.

“Ana.. Sorrylah sebab aku tak bagi tau kau, sorry sangat. Ana.”

“Kau.. sampai hati kau tak bagitau kawan baik kau sendiri yang kau dah bertunang, kenapa kalau kau bagitau aku, kau takut aku rampas dia dari kau ke?” Tanya Ana geram!

“A..Ana.. sorry aku ada sebab kenapa aku tak bagitau kau.” Ain pandang Ana dengan wajah sedih.

Ana senyum sinis kat Ain. “Kau simpan aje lah sebab kau tu. Esok-esok ke kau bagitau lah kat aku atau tak payah bagitau langsung.” Kata Ana, lantas pergi meninggalkan Ain di ruang tamu seorang diri. Ain mengeluh pelahan.







Di dalam bilik..

Ana menekup mukanya dengan batal dengan kuat, ‘Malunya aku… kenapa budak Ain ni tak cakap siang-siang yang si Zarif tu tunang dia.. adeh.. malu.. malu..’

Dia bukannya marahkan Ain tadi Cuma dia berasa malu sangat sebab ada perasaan dengan Zarif, ‘ Dahlah aku terguna nama tunang dia kat depan-depan Faiz, adeh.. lepas ni aku nak menghilangkan diri kat semua orang.. huhu err.. kat Zarif dan Faiz ajela, Arhgg.. Malunya kat Ain..’

Ana tak kira esok juga dia mesti berjumpa dengan Ain, nak minta maaf + minta tolong. Terpaksa  juga tebalkan muka beberapa inci, ‘ huh nasib baik aku tak ‘jatuh’ dengan si Zarif tu kalau tak lagi haru…’

“Tapi, aku mesti cakap kat Faiz senget tu tentang ‘bakal tunang’ aku tu kena pi luar Negara jugak.. kalau tak... ahh.. tak de tidak..tidak nya.. kenal cakap jugak, kalau tak sampai bila-bila pun si hantu tu kacau aku!!”

“Dan lepas ni.. Tak mau lagi jumpa Zarif!! Patutlah dia buat-buat tak kenal aje pagi tadi rupa-rupanya sebab Ain. Tapi Ain dah tau dah yang si Zarif tu Cuma nak tolong aku aje bukan ade apa pun kan..kan..”

‘Hmmm...” Ana menghembuskan nafasnya pelahan.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
  sorry post lmbt sngt.. sangt2 sibuk bln pose ni.. kerja bertimbun2 huhu (wlpun bln pose..) rasenye blum terlmbat lg nak ckp slamt berpuase semua.. wlaupun sudah hari yg ke-17 hari ni (cptnya masa berlalu, kan.)

enjoy reading.. jgn lupe komen tau..