Wednesday 17 August 2011

siapa dia?? 10


Episod 10

‘Kenapa dengan aku ni? Kenapa pulak nak marah-marah ni.. adeh, ni yang tension ni..’ Ana ketap bibir.

‘Relax Ana.. relax.. tarik nafas.. turun.. tarik lagi.. okey turun..’

Ana try pejam mata.. tiba-tiba muka Zarif muncul sambil tersenyum padanya.

‘Haa.. sudah ape hal muka dia pulak keluar nih..’ dia gosok matanya berkali-kali.
Try pejam lagi sekali.. Nampak muka Zarif senyum ala-ala lelaki terhensem Malaya. Lagi sekali Ana membuka matanya.

‘Aku demam kot..’ dia meraba-raba dahinya.

‘Tak.. kau tak demam..’ tetiba ada suara muncul..

‘Aik.. mana datang pulak suara ni..’ dia pandang sekeliling.

‘Kau sebenarnya jealous  kan tadi..’ Ana kerut dahi.

Jealous .. apa hal pulak aku nak jealous bagai ni..’ Ana bantah.

‘Eleh.. tak nak ngaku kunun.. kau sebenarnya dah suka kat Zarif tu kan..’ Ana nganga mulut.

‘Tak.. tak.. mungkin.. tak kan..’ Ana geleng-geleng kepala.

‘Habis kenapa kalau kau pejam mata  kau nampak muka dia??’ suara tu berkata lagi, tegas!

Ana mengeleng kepala lagi, ‘Tak.. aku tak suka kat dia.. aku tak suka kat dia!! Dan takkan suka kat dia..takkan!!’ Ana ketip bibir tahan rasa sebak yang tiba-tiba datang.

‘Kau tak payahlah tipu diri kau sendiri.. aku tau kau memang suk….’

‘Diammmmm!!!’ Jerit hatinya kuat, matanya terpejam rapat. Wajah Zarif muncul lagi.

Dek kerana terkejut Ana membuka matanya luas.

“Aku dah tak normal…” Katanya dengan kuat.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Ana termenung, sesekali dia mengeluh pelahan kejadian pagi tadi belum dapat dia lupakan, walaupun ingin sangat lupakan semua tu, ‘ Aghh.. lama-lama boleh jadi gila aku ni’ Jetitnya sendirian.

Dia megeluh lagi, ‘ tak boleh jadi ni, aku mesti Tanya Ain apa hubungan dia dengan  Zarif tu, kalau tak kepala aku ni takkan berhenti memikir!’ Dia mengangguk yakin.

‘ Tapi kenapa pulak aku nak sibuk-sibukkan hal diorang, lantaklah diorang nak bercinta ka, apa ka.. haa.. kejap… diorang bercinta ke? Tak mungkin..tak mungkin habis bini si Zarif tu nak campak mana?’ Dia kerut dahi pulak.

“Woi. Kau kenapa sekejap gangguk sekejap geleng kepala ni, masalah negera apa kau fikir?” Sergah Ain.

“ Haa… ape kau cakap?” Tanya Ana blur.

Ain dah geleng kepala. ‘ budak ni kalau tak berangan satu hari tak boleh ka?’

“ Aku cakap , kenapa. Kau. Sekejap. Gangguk.kejap. geleng. Kepala. Kau. Tu.”

Jelas Ain satu persatu, ni kalau tak paham jugak, tak tau lah nak cakap apa.

“Oo.. yeke.. hehehe..” Ana garu-garu kepala sambil tersengih-sengih.

Ain dah tau nak kata apa dah. Diam-diam sudah.

“ Masalah negera apa kau pikir sampai jadi macam ‘gilak gayak gini’,”

“ Masalah negera akulah, apa lagi hahaha,” Ana gelak (gelak buat-buat)

“Sah, mesti ada masalah besar ni, taknak kongsi dengan aku ka? Mana tau otak aku ni berguna untuk selesaikan masalah negera kau,”

‘Memang berguna pun..’ celah Ana dalam hati.

“ Faiz kacau kau lagi ke?”Ana geleng kepala.Dia kerutkan mukanya. ‘ Belum cukup dua minggu lagini. Hehe.. tak apa ada masa lagi nak cari jalan, tinggal beberapa hari aje lagi ni, tapi lantak la kalau dia nak jumpa pun, nanti aku cakaplah yang bakal tunang aku tu pi krusus kat luar Negara dua bulan ke dua tahun ke.. apa susah. Haa.. akhirnya ada juga jalan penyelesainya..’ Ana menarik nafas...

“Wei.. kenapa?”

Ana mengeleng pelahan.

“Habis tu? Yang buat muka monyet ni nape lak?” Gurau Ain.

“Ceh, tak guna punye kawan, muka cute cam gini kau kata muka monyet, heh. Tak nak kawan.” Jeling Ana.

“Ala.. busyuk-busyuk, majuk pulak baby besar nih, meh saya telefon abang Faiz meh suruh dia pujuk nak?”

Ana pukul bahu Ain kuat. “ Mengada ar.. kau nak telefon si Faiz senget tuh, lesing kang..”

Ain ketawa besar tengok muka Ana, lama-lama Ana pun join gelak.Lama selepas mereka diam. Ana mula bertanya soalan yang mengejutkan Ain.

“Masalah kau dengan Faiz tu, macam mana dah jumpa jalan?” Tanya Ain berhati-hati takut Ana terasa atau tiba-tiba migrane pulak.
“Aku rasa dah jumpa, tapi tak taulah berkesan ke tak, InsyaAllah boleh pakai kot.”

“Habis masalah kau dengan..”

Ana pandang Ain serius, dia mengongketkan sebelah keningnnya.

“Kenapa? Kau tanya, kau takut aku ada affair dengan doktar tu ke?” Tanya Ana serius. Ain telan air liur, dia tahu Ana dah dapat agak atau dah terasa something antara dia dan Dr.Fakrul.

“Emm.. kau dengan doktar Fakhrul tu ada apa-apa ke?”Tanp teragak-agak Ana bertanya.

“Kenapa? Kau agak aku ada apa-apa dengan dia ke?” Tanya Ain balil.Pelahan saje suaranya.
Ana angkat bahu.

“ Kau suka Dr.Fakhrul tu ke?” Tanya Ain lagi.Ana pandang Ain, terkejut dia dengan pertanyan Ain. Dia cuba tersenyum.
           
“ Kenapa kalau aku suka si Dr. Fakhrul tu kau jealous ke?”

“ Kau betul-betul sukakan Dr.Fakhrul tu ke?” Pertanyaan Ain tidak dijawab oleh Ana, tapi bertanya soalan yang sama juga pada Ain. Mukanya bertambah serius. Ini tandanya dia tak main-main!

“Entah, suka kot. Tapi suka ajelah kan dia dah kahwin nanti bini dia tau aku minat kat laki dia tu, mati aku kena gayang.” Gurau Ain sambil tergelak besar, tapi Ana tetap macam tadi serius.

“Ana.. hey kenapa muka kau serius sangat ni, alah aku memain ajelah.. takkanlah aku boleh jatuh cinta dengan doktar tu kan.. hisy merepek aje.” Jelas Ain lagi, dia tak tahu apa yang bermain dalam fikiran Ana ketika ni.

“Yeke..” Kata Ana sepatah. Tiada senyuman langsung pada wajahnya. Dia mahu Ain berterus terang dengannya.. bukan membutar belitkan cerita. Dia mahu Ain rasa serba salah dengan muka seriusnya itu.

Lama mereka mendiamkan diri sebelum Ain..

“ Ana, aku.. aku.. nak terus terang dengan kau. Sebenarnya.. Sebenarnya.. emm.. Sebernanya..”

“Sebernarnya apa!” Sergah Ana, geram dia dengan Ain dari tadi asyik sebenarnya..sebenarnya.. Kesabarannya menipis ketika ini.

“Sebenarnya Dr. Fakhrul tu tak kawin lagi.” Spontan Ain cakap.

“ What!!”Ain pandang muka Ana serba salah. Dan muka Ana pulak minta penjelasan dari Ain.
           
“Dan sebenarnya aku dengan Dr. Fakhrul memang ada apa-apa, dia tu.. tunang aku.” Teragak-agak Ain pandang muka Ana.

Mulut Ana ternganya luas. ‘Apa!!!!’ rasa macam nak pengsan Ana di buatnya.

“Ana.. Sorrylah sebab aku tak bagi tau kau, sorry sangat. Ana.”

“Kau.. sampai hati kau tak bagitau kawan baik kau sendiri yang kau dah bertunang, kenapa kalau kau bagitau aku, kau takut aku rampas dia dari kau ke?” Tanya Ana geram!

“A..Ana.. sorry aku ada sebab kenapa aku tak bagitau kau.” Ain pandang Ana dengan wajah sedih.

Ana senyum sinis kat Ain. “Kau simpan aje lah sebab kau tu. Esok-esok ke kau bagitau lah kat aku atau tak payah bagitau langsung.” Kata Ana, lantas pergi meninggalkan Ain di ruang tamu seorang diri. Ain mengeluh pelahan.







Di dalam bilik..

Ana menekup mukanya dengan batal dengan kuat, ‘Malunya aku… kenapa budak Ain ni tak cakap siang-siang yang si Zarif tu tunang dia.. adeh.. malu.. malu..’

Dia bukannya marahkan Ain tadi Cuma dia berasa malu sangat sebab ada perasaan dengan Zarif, ‘ Dahlah aku terguna nama tunang dia kat depan-depan Faiz, adeh.. lepas ni aku nak menghilangkan diri kat semua orang.. huhu err.. kat Zarif dan Faiz ajela, Arhgg.. Malunya kat Ain..’

Ana tak kira esok juga dia mesti berjumpa dengan Ain, nak minta maaf + minta tolong. Terpaksa  juga tebalkan muka beberapa inci, ‘ huh nasib baik aku tak ‘jatuh’ dengan si Zarif tu kalau tak lagi haru…’

“Tapi, aku mesti cakap kat Faiz senget tu tentang ‘bakal tunang’ aku tu kena pi luar Negara jugak.. kalau tak... ahh.. tak de tidak..tidak nya.. kenal cakap jugak, kalau tak sampai bila-bila pun si hantu tu kacau aku!!”

“Dan lepas ni.. Tak mau lagi jumpa Zarif!! Patutlah dia buat-buat tak kenal aje pagi tadi rupa-rupanya sebab Ain. Tapi Ain dah tau dah yang si Zarif tu Cuma nak tolong aku aje bukan ade apa pun kan..kan..”

‘Hmmm...” Ana menghembuskan nafasnya pelahan.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
  sorry post lmbt sngt.. sangt2 sibuk bln pose ni.. kerja bertimbun2 huhu (wlpun bln pose..) rasenye blum terlmbat lg nak ckp slamt berpuase semua.. wlaupun sudah hari yg ke-17 hari ni (cptnya masa berlalu, kan.)

enjoy reading.. jgn lupe komen tau..

0 juri handalan..: