Friday 19 August 2011

siapa dia?? 12


Episod 12

Ana tiba awal pagi itu di kedai, Ain pulak cuti hari ni, Oh, bukan sehari tapi tiga hari dia cuti jelousye katanya pergi beli cincin dan barang-barang hantaran tapi yang peliknya tiga hari tu dapat cuti..huhu baik betul bos macam Kak Mila ni,tapi bila aku cakap aku nak ikut Ain pi beli barang-barang marah pulak dia huhu..tak adil lah Kak Mila ni. kalaulah aku dapat cuti jugak kan best tak delah rasa boring hari ni, dahlah Kak Mila pun time-time gini jugalah dia nak balik kampung. Adeh jadi tinggalah aku sesorang kat sini.. ohh.. tak lupe juga dengan si Zulfa and ‘de geng’.’

Ana melagut dagu sambil buat muka ‘alangkah bestnya aku cuti hari ni’, sekarang ni tinggal dia dan si Shima ‘orang kuat Zulfa’ yang sekarang ni tengah kerja kat belakang (storlah tu), ermm Zulfa pulak pagi-pagi lagi dah keluar dengan boyfriend baru dia. Katanya anak datuk, dengan bangganya si Zulfa mengenalkan dia dengan anak datuk tu apa namanya Jotti,Notti, Katti? Ah lantak dialah asalkan dia bahagia sudah.  Ana mengongkit kening ke atas. Heh! Ingat aku heran ke kau keluar dengan anak datuk tu, kalau akulah baik aku cari anak Tan Sri ke, kerabat ke, tiggi sikit heh setakat datuk heh, aku pun ada atok.

Dia mengeluh lagi, dia memerhatikan suasana kedai ada orang dua pelanggan termasuk kanak-kanak dengan ibunya tengah pilih buku di rak buku. Dia melihat gelagat si ibu tengah memujuk si anak agak meletakan kembali buku cerita yang dipilihnya, kanak-kanak itu meronta-ronta agar dilepaskan.

“Fifi letak balik buku tu, lain kali kita beli ye, ibu tak cukup duit ni sayang?” pujuk si ibu.

“Tak nak..tak nak.. Fifi nak juga, dah lama tau Fifi nak beli buku ni, kawan-kawan Fifi semua ada buku ni Fifi sorang aje tak de, Fifi nak juga.” Jerit si Ana sambil memeluk buku cerita itu.

“Fifi, Ibu kata letakkan balik buku ni? kenapa degil sangat ni!” Si ibu menaikkan kuata suaranya.

Si Anak mengeleng-gelengkan kepalanya, bibirnya mencebik dan air matanya mulai keluar kerana terasa ibunya sedang marah kepadanya.

Ana yang melihat gelagat si Ibu yang mulai ingin memarahi si anak menyampuk.

“kak..” Tegur Ana.

Si Ibu yang melihat Ana terus tak jadi nak memarahi anaknya.

“Ye dik, kenapa. Akak menganggu adik nak beli buku ke? Maaflah anak akak ni buat hal pulak, tadi elok aje.” Terangnya serba salah. Ana cuma tersenyum saja. Dia menunduk ke bawah lalu mencangkung menghadap kanak-kanak itu, yang masih lagi menagis teresak-esak.

“Fifi nak buku ni ke?” katanya lembut.

Kanak-kanak tersebut menganggukkan kepalanya teragak-agak dia mengongakkan kepalanya memandang Ana. Tetapi apabila dia memandang si Ibu kepalanya kembali tunduk.

“Okey, kalau betul Fifi nak buku ni akak belanja Fifi ek,” Kata Ana lembut.

“Betul ke kak?” Kata kanak-kanak tersebut, matanya bersinar-sinar.

“Eh, dik menyusahkan adik aje, akak bukan apa, duit akak tertinggal kat rumah tadi, malas pulak nak ambik nasib baik duit dalam kocek ni cukup pulak masa pergi pasar tadi.” Terang si Ibu.

Ana memintas kata-kata si Ibu. “Tak pe kak, lagipun saya pekerja kat sini,” Jelas Ana.

“Tapi...” Si Ibu rasa serba salah.

Ana hanya tersenyum lembut.Dia mengambil plastik yang berada di kauter pembayaran dan mengambil buku cerita yang berada di tangan kanak-kanak tersebut, membukusnya dan memberikannya kepada kanak-kanak itu sambil tersenyum manis.

“Terima kasih dik, akak rasa serba salah pulak.Fifi cakap terima kasih kat akak ni.”

“Terima kasih kak, lain kali Fifi belanja akak pulak ye.” Kata kanak-kanak itu dengan senyuman comelnya.

Ana ketawa kecil dan mengangguk pelahan.

“Okey Fifi.”Katanya sambil menguis hidung si anak tersebut.

Setelah berbual beberapa minit si ibu dan si anak pun meminta diri untuk pulang ke rumah mereka yang tidak jauh dari kedai buku itu.

Selama bekerja di Kedai Buku karmila macam-macam jenis gelagat pelanggan dijumpainya. Ada yang okey, ada yang banyak songeh tanya kenapa tak diskaun kalau beli buku walaupun dengan bilangan yang banyak dan macam-macam lagi perangai manusia kadang-kadang pelik pun ada. Ana mengeluh pelahan dan tersenyum. Sambung balik melangut macam tadi.

“Dah ada ciri-ciri nak jadi ibu yang mithalilal awak ni, Adriyana.” Tegur satu suara di tepi kuanter pembayaran.

Ana tersentak. Dia memalingkan wajah ke tepi, bulat matanya melihat Zarif tersenyum melihat dirinya.

“Aw..awak macam mana awak datang sini? Apa awak buat kat sini.” Bulat mata Ana pandang Zarif.

“Mana mana saya datang sini? Klinik sayakan dekat sini aje jalan kaki pun tak sampai berape minit dah sampai sini. Dan..” Zarif mendekatkan wajahnya dengan wajah Ana. Ana pula menjauhkan wajahnya dari Zahif. ‘Apekehai pulak atok sorang ni? Seram pulak aku.’

“Dan.. apa awak buat kat sini?” sambung Ana. Pandangan Zarif membuatkan Ana menundukkan kepalanya kebawah. Berdebar hati dibuatnya.

“Saya nak jumpa awak..”Jawab Zarif lembut sambil matanya terus memandang wajah Ana. Ana yang dari tadi menundukkan muka mengangkat muka dan dia tersentak apabila Zarif masih lagi memandang wajahnya.

“Mengarutlah awak ni, pergila balik kat klinik awak tu, tak de patients pagi-pagi ni ke suka-suki aje keluar.Taula klinik dia.”

“Sebab tak adalah saya datang sini, tapi kalau ada pun saya tetap akan datang sini jugak sebab patients sebenar saya ada kat sini,” Katanya sambil mengenitkan matanya pada Ana.

Panas muka Ana dibuatnya. ‘Mengada pulak doktar sorang ni, saja je nak buat hati aku tak tentu arah.. hisy.. tak sukalah..’ Jerit hatinya.

Zarif ketawa melihat muka Ana merah, tepegun dia sebentar. Dia tersenyum lagi, melihat Ana memujuk kanak-kanak tu tadi membuatkan dia rasa teruja dan senang hati suka dia melihat wajah keibuan Ana. Sejak dari pagi tadi memang dia sudah bertapak sini, tapi kehadirannya tidak diketahui oleh Ana, dari tadi dia melihat Ana asyik termenung saja, terasa jauh menungannya itu. Hatinya makin tertarik melihat Ana bergitu. Manis sangat!

“Helo.. dah sampai mana? Bulan.” Petikan jari Ana membuatkan dia tersedar dari lamunan.

“Sampai.. apa?” Tanyanya pelik.

“Saya tanya dah sampai bulan ke? Termenung pulak dia kat sini, baliklah orang nak buat kerjala.” Kata Ana, dia buat-buat menyusun barang-barang di kauter.

“Haah, memang dah sampai bulan pun, dengan awak.” Katanya selamba. Tersenyum manis. ‘Tidakkah kau tahu Adriyana, senyuman saya ini mampu membunuh awak,’

Ana buat muka nak muntah. “Ceh.. pegi daa.. dah-dahla tu, asyik nak mengayat orang aje kerjanya. Pergi balik.” Ana menjeling tajam. Tahu sangat perangai mat-mat romeo macam si Zarif ni, selagi tak dapat selagi tu tak nak mengalah. ‘Huh, menyampah! Tapi bila dia senyum tadi tu rasa macam nak cair jugakla, nasib baik Iman kuat. Kalau tak..’ Dia mengeleng-geleng pelahan.

“Haa.. ni apasal pulak geleng-geleng kepala ni, dah sampai ke bulan jugak ke?” Perli Zarif.

“Heh, saya bukan macam awak! Dahlah pergi sana, orang nak buat kerja pun tak senang.” Rungut Ana pelahan.

“Saya dengarla Adriyana.”

“Haa.. kalau dah dengar tu, tak reti-reti nak balik.” Katanya Ana garang.

“Alah, garangnya dia. Adeh apalah nasib saya ni, nak buat baik pun orang tak suka. Saya datang sini sebab nak tanya tangan awak dah okey ke tak?” Tanya Zarif prihatin.

“Tangan, okey.. dah okey dah, alah sikit aje pun, tapi thanks ek awak belanja saya ubat percuma, nanti saya belanja awak makan ek.” Tiba-tiba dia menutup mulutnya. ‘Alamak, macam mana boleh terlepas ni!’

“Hahahaha... awak dah tak boleh tarik balik, awak dah janji. Okey nanti saya tuntut tau.” Kata Zarif, sambung ketawa. Comel sungguh Adyana buat muka macam tu tadi.

“Mana ada saya janji.. saya Cuma..”

“No..no.. awak dah tak boleh tarik balik,” potong Zarif. Dia tersenyum senang, Ana menderus kuat. Muncung bibir.

“Mana aci..”

“Aci kat Indialah.. hahaha!! Adriyana janganlah buat muncung-muncung macam tu, nanti saya cium nanti awak jugak yang menyesal.” Gurau Zarif.

“Apa awak ni, cakap macam tu! Tak senonoh betullah dia ni!!” Ana menampar bahu Zarif kuat. Mukanya bertambah-tambah merah.

“Merahnya muka dia..” Usik Zarif.

“Diamlah!!” Jeling Ana tajam. Zarif ketawa lagi.

“Ehem...”

“Helo cik Casher, nak kerja ke nak bercinta?” Tegur seorang pelanggan perempuan yang dari tadi memerhatikan mereka berdua.

Panas wajah Ana dibuatnya.

“Sorry cik..”

“Lain kali buatlah cara orang nak bekerja, bukan nak bercinta.” Kutuk wanita itu dan terus berlalu meninggalkan kedai.

Ana mengeluh pelahan. Dia mengetap bibirnya kuat mana taknya dahlah kena marah depan si Zarif ni jatuh saham aku. Hisy.. lepas ni tak naklah aku jumpa dia lagi, malunya!!!Dah la terjanji nak belanja dia makan, Adeh.. ni mesti kena cerita kat Ain ni..Tiba-tiba Ana teringat something....

            “sebenarnya aku dengan Dr. Fakhrul memang ada apa-apa, dia tu.. tunang aku.”

Ana hampir membeliakkan matanya. ‘Ya Allah kenapa aku terlupa yang si Zarif ni...’ Dia menekup mulutnya, rasa serba salah kerana dia hampir-hampir terlupa yang Zarif ni adalah tunang Ain. ‘Ain, maafkan aku, aku tak sengaja..’

“Adriyana, kenapa ni?” Tanya Zarif hairan Ana tiba-tiba menekup mulutnya dan riaksinya menunjukkan dia sangat terkejut.

“Adriyana..” Panggil Zarif lagi,

“Adriyana, hey kenapa dengan awak ni? Demam ke?” Tangan Zarif automatik merasa dahi Ana.

Ana terkejut. Dia pandang Zarif bulat.

“Zarif, saya rasa baik awak pergi sekarang.” Tegas Ana.

Zarif pelik dengan kata-kata Ana tu.

“Kenapa pulak? Awak ni kenapa sebe..”

“Zarif, tolong pergi dan saya tak nak jumpa awak lagi.” Ana memberanikan diri memandang mata Zarif dan kemudiannya dia menunduk ke bawah. ‘Ya Allah kenapa dengan aku ni..’

“Adriyana..”

“Pergi..Pergi saya tak nak tengok muka awak!!” Jerit Ana kuat, nasib baik tiada sesiapa di dalam kedai itu hanya dia dan Zarif.

Selepas itu Ana berlari laju masuk ke dalam stor dan mengunci pintu. Shima yang sedang tidur terbangun kerana terkejut melihat Ana disitu dan dia melihat Ana seakan-akan melarikan diri dari seseorang.

“kau ni kenapa?Kena kejar dek hantu ke?” Pertanyaan Shima hanya dibiarkan.

Dan kemudiannya Ana terus berlari masuk ke tandas yang juga ada di dalam bilik + stor itu.

Shima garu kepala, ‘ apasal pulak minah ni, sewel ke? Orang tanya tak nak jawab.’ Tiba-tiba dia teringatkan Zulfa. ‘Hmm.. maybe Zulfa kot yang buat minat ni nangis, Ah.. biarlah baik aku sambung tidur lagi baik.’

Di dalam tandas, Ana cuba menahan nagis yang tiba-tiba datang.

‘Kenapa dengan aku ni? Kenapa bila aku tengok dia jantung aku bergetar? Kenapa bila aku tengok dia tubuh jadi kaku? Kenapa bila aku pandang muka dia aku rasa tenang? Apa dah jadi dengan aku ni, kenapa aku jadi macam ni, kenapa? Takkanlah aku...’ Ana pandang cermin dan mengeleng-gelangkan kepalanya. ‘ Tak.. Tak aku tak boleh jatuh cinta dengan dia! Aku tak boleh, dan takkan boleh jatuh cinta kat Zarif, tak boleh-tak boleh!! Dia tunang Ain, aku takkan kianati kawan sendiri! Ana wake up.. please kuatkan semangat kau, kau tak boleh biarkan perasaan kau kuasai fikiran  kau, tak boleh!! Paham.’ Ana memegang pipinya dan cuba menahan air mata dari jatuh lagi.

“Ana..Ana.. kau tak apa-apa ke wei.” Suara Ain dari luar membuatkan Ana tersentak.

‘Ain.. Ain macam mana dia boleh ada kat sini bukan ke dia cuti hari ni.’

“Ana. Kau okey ke tak?’ Jelas suara Ain kebimbangan.

Ana rasa sebak, Ain amat mengambil berat tentang dirinya, dan dia pulak cuba menyimpan perasaan terhadap lelaki kesayangan sahabatnya sendiri. ‘Ain aku bukan seorang sahabat yang baik Ain, sebab..’

“Ana.. wei kau ni okey ke tak, jangan buat aku risau Ana.”Jerit Ain kuat.

‘Demi sahabat baik aku, aku mesti hapuskan dan musnahkan perasaan aku terhadap Zarif! Mesti!!’

“Ye Ain. Aku okeylah aku Cuma sakit perut terlampau aje.” Katanya selepas membuka pintu tandas.

“Sakit perut? Kau gastric pulak ke? Sebab tadi si Shima cakap kau berlari pastu ters pi tandas.” Tanya Ain sedikit cemas.

“Tak delah entah tiba-tiba aje aku sakit perut. Tapi sekarang ni dah okey dah.” Jawab Ana ketawa kecil.

“Betulah ni buat apa nak tipu pulak? Eh, yang kau dating kerja ni buat apa, dah sihat ke?”

“Kalau aku sakit dah lama dah aku duduk kat hospital tu.”Jawab Ain selamba.

“Ceh, jadi kau sihatlah ni. Haa, eloklah jom aku belanja kau makan best punya hari.” Ajak sambil memeluk bahu Ain.

“Errr.. Ana aku tak bolehlah keluar lunch dengan kau sebab aku ada date dengan Abang Fakrul.” Kata Ain pelahan takut-takut Zulfa atau Shima terdengar.

Ana tergelak kecil tapi didalam hati dia sedaya upaya menahan perasaan sebaknya.

“Kau keluar dengan dia, tak nak ajak aku ke haa?” Gurau Ana. Ain memukul bahu Ana pelahan.

“Ngade ark au ni. Ni aku datang ni sebab nak bagi tau maybe aku balik lewat malam ni tau.Jangan lupe kunci pintu tau and sorry tau tak dapat teman kau makan...”

“Hey.. tak pelah. Aku paham dah pergilah kang marah pulak si doktar tu pulak.” Pintas Ana.

“Amboi menghalau nampak, okeylah aku pergi dulu.”

“Ain.” Panggil Ana.

“Yup, kenapa? Kau nak pesan apa-apa ke?” Ana mengeleng.

“Dah tu kenapa?” Tanya Ain pelik dengan sikap Ana.

“Aku Cuma..” Dia terus memeluk Ain. “Nak buat macam ni.” Sambung sambil tersenyum.

“Ceh, aku inginkan apalah tadi.” Katanya membalas pelukan Ana.

“Ain, aku sayang kau macam aku sayang kakak aku sendiri.” Luah Ana.

“Aku pulak sayangkan kau sebab kau ni macam adik aku.” Balas Ain pelahan.

“Okey aku pergi dulu ye.” Kata Ain melepaskan pelukan.

Dan Ana memandang sayu saat baying Ain kian jauh darinya.

‘Maafkan aku Ain..’

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

0 juri handalan..: