Thursday 8 September 2011

siapa dia?? 13

Episod 13

Zarif termenung panjang bila teringkatkan tentang pagi tadi bila dia berjumpa dengan Adriyana, berkerut-kerut dahinya memikirkan apa kesalahan yang telah dia lakukan terhadap Adriyana tapi ‘Apa yang aku dah buat sampai dia..’ Zarif menderuskan nafasnya.


“Adriyana, kenapa ni?” Tanya Zarif hairan Ana tiba-tiba menekup mulutnya dan riaksinya menunjukkan dia sangat terkejut.

“Adriyana..” Panggil Zarif lagi,

“Adriyana, hey kenapa dengan awak ni? Demam ke?” Tangan Zarif automatik merasa dahi Ana.

Ana terkejut. Dia pandang Zarif bulat.

“Zarif, saya rasa baik awak pergi sekarang.” Tegas Ana.

Zarif pelik dengan kata-kata Ana tu.

“Kenapa pulak? Awak ni kenapa sebe..”

“Zarif, tolong pergi dan saya tak nak jumpa awak lagi.”

“Adriyana..”

“Pergi..Pergi saya tak nak tengok muka awak!!” Jerit Ana kuat.

Zarif tergamam melihat reaksi Adriyana yang terus melarikan diri ke belakang.

Dia memejamkan mata cuba untuk melupakan kejadian tersebut. Kedua-dua tangan dilipat ke belakang untuk dijadikan alas. ‘Kenapa dia cakap macam tu, apa salah aku sebenarnya. Takkan lah aku gurau sikit dia dah melenting, takkanlah pulak dia malu dengan aku sebab kena marah denga customer.. hisy, tak masuk akal. Muka dia tadi seakan-akan terkejut dengan sesuatu... tapi apa?’

“Hoi, kau ni kenapa dari tadi aku tengok kau termenung macam fikir masalah Negara aje?” Tegur Naim.

Zarif mengeluh. “Entahlah Im, aku pun tak tau kenapa aku termenung sampai macam ni sekali.”

Naim buat muka pelik. ‘Apakehal pulak mamat? Dah tak betul ke?’ Dia garu kepala.

“Macam pelik aje jawapan kau ni Rul, biar aku teka ni tak lain tak bukan pasal perempuankan?” Tanya Naim sambil tersenyum penuh makna.

Zarif hanya mendiamkan diri.

“Kau ni tak habis-habis pasal perempuanlah. Cukup-cukuplah tu setia pada yang satu sudah Rul, taklah kau pening sampai termenung macam ni.” Nasihat Naim.

“Tapi yang ni lain Im, kali ni aku rasa aku serius dengan dengan perasaan aku. Walaupun aku baru kenal dia tapi bila aku pandang dia aku rasa macam.. macam ada satu perasaan lain dan  tak sama macam aku pandang perempuan lain Im..dan dalam sekelip mata saja aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia. Macam cinta pandang pertama.” Terang Zarif sungguh-sungguh.

“Banyaklah kau cinta pandang pertama, habis yang satu lagi tu kau nak letak mana? Nak buang macam tu aje ke?”

“Entahlah Im kadang-kadang aku rasa aku banyak buang masa dengan cari perempuan yang aku rasa kadang-kadang tak pernah terfikir pun aku akan jumpa diorang tapi... Ah! Pening kepala aku ni.” Dia mengurut rambutnya beberapa kali.

“Haa.. tau pun kau pening, tension, runsing dah tu yang pandai-pandai cari lain tu apasal? Kan dah kena. Aku dah agak dah time kau sampai sini petang tadi ni mesti mesti pasal...”

“Im, boleh tak kau tolong stop merungut. Kepala aku ni dah nak pecah tau fikir pasal masalah aku ni.” Pintas Zarif, dia menderus nafas dengan laju.

“Hai kau ni Rul, aku bagi nasihat tak mau dengar degil, malas dah aku nak nasihat kau fikirlah sendiri mana baik mana buruk, mana betul mana salah. Dah, aku nak dapur kau nak pesan apa-apa tak.” Dia bangun mahu melangkah ke dapur.

“Buatkan aku satu milo panas.”

“Hmm.. yelah.. suruh buat sendiri malas, nak aku juga yang buatkan.” Rungut Naim pelahan.

“Wei ingat aku pekak ke tak dengar yang kau cakap, kau yang offer okey.” Jerit Zarif.

Dia kembali menyambung menungnya.



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Ana pantas mengesat air sisa-sisa air matanya setelah mendengar ketukan di pintu biliknya.

“Kejap!” Jeritnya kuat, pantas dia menyapu sisa-sisa air mata dipipinya. Setelah yakin tiada air mata pantas dia membuka pintu, kelihatan Ain muncul di depannya. Ana tersenyum manis. Ain angkat sebelah kening.

“Kau ni kenapa?” pertanyaan Ain membuatkan Ana mengerutkan dahi.

“Kenapa apanya Ain?” Pertanyaan dijawab dengan pertanyaan kembali.

“Dari tadi kau berkurung aje dalam bilik ni, ajak makan kata dietlah.. kau tak sihat ke?”

“O.. Ohh.. yeke,aku tak perasan pun bila kau ajak pi makan.”

“Ana, kau ada masalah ke, kenapa ni? Eh, kenapa mata kau sebam ni,”

Ana menyentuh bawah matanya. “ O..Oh.. yang ni ak..aku bace novel sedih tadi tu yang aku nangis tu.” Ana cuba tersenyum pada Ain, makin pelik Ain melihat perangainya.

“Ana..”

“Ain betulla aku nangis sebab baca novel, haa.. yang aku tak keluar makan tu sebab.. alah macam kau tak tau perangai aku macam manakan kalau aku dapat baca novel baru.” Pantas Ana berkata, dia tak mahu Ain mensyaki apa-apa tentang dia.

Ain mengerutkan dahinya, mukanya agak serius.

“Okey kali ni kau terlepas, tapi lain kali kalau kau buat macam ni lagi siap kau, taulah aku nak buat macam Ana.” Kata Ain serius.

“Baiklah cik puan, Ish.. orang baca novel je pun, tu pun nak risau bagai.. apa daa..” Gurau Ana, setelah melihat senyuman Ain, dia menarik nafas lega.

“Yelah.. yelah.. aku taulah kau ni hantu novel tapi tak yah lah sampai waktu makan pun kau nak miss. Kang sakit perut kang sape yang susah, kau yang susah dah lah tak tahan sakit.” Bebel Ain.

“Adeh.. mak nenek ni dah mula dah..” Kata Ana kuat, kedua-dua tangannya menutup telinganya.

“Ceh orang nak bagi nasihat tak mau dengar.. degil!”

Ana memuncungkan bibirnya.

“Haa.. apa hal ni ketuk-ketuk pintu orang tadi, masalah Negara mana pulak kau nak bincangkan dengan aku ni.”

Ain ketawa besar. “Masalah Negara aku.” Jawab Ain.

Ana mencebik.

“Jom teman aku pi pilih baju pengantin ahad ni. Please..Please..” Ain buat muka comel.

Ana tersentak. ‘Pilih baju pengantin..’ matanya berair, dia menahannya dari jatuh.

“Haa.. ak..aku tak tahula ahad ni free ke tak,” Jawab Ana pelahan.

“Alah.. Pleaselah Na.. Please, Okey aku janji aku belanja kau makan kali ni, please,” Rayu Ain, kesian Ana melihatnya. Kemudian dia menganggukkan kepalanya.

“Okey, tapi janji tau belanja makan, aku nak makan western food pulak. Hahaha..”

“Apa de hal, bukan aku punya duit Abang Fakrul.. hahaha jom habisin sama dia.” Kata Ain ketawa senang. Ana yang melihat Ain bergitu tersenyum tawar. ‘Untuk kau Ain aku akan korbankan perasan aku ni, lagipun kau yang jumpa Zarif dulu bukan aku..’


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


cak.. hahaha.. macam mana, sakan beraya ke korang sume.. hehehe..  okeh.. SP 13.. enjoy ye korang.. tp nak mintalah korang2 sume tolonglah komen.. rasa macam sunyi pulak blog ni kalau korang tak komen mengkomen.. okeh =) 

0 juri handalan..: