Tuesday 11 October 2011

siapa dia?? 15


Episod 15

“Cakap dengan akak, tadi tu apa?” Pertanyaan Mila membuatkan Ana garu kepala.

“Ermm.. entah hehehe..” Ana tersengih macam kerang busuk.

“Entah Ana cakap, awak tau tak drama yang awak buat tadi semua orang dapat tengok dengan jelas dan nyata, tak pernah dibuat oleh drama kat kat tengah jalan. Nasib baik tak banyak kereta. Hisy kamu ni Ana.” Sambil memandu kereta dia membebel kat Ana.

“Ye ke, Ana tak perasan pun ada orang tengok kami tadi sunyi aje, kalau ramai mesti ‘orang-orang’ ramai tu membantu Zarif dan Faiz bergaduh then Ana boleh pilih sape yang paling kuat dan boleh jadi hero Ana.” Gurau Ana, membayangkan Faiz dan Zarif bertumbuk demi dia. Huh! Hanya banyangan okey! Dan tu takkan terjadi!!

“Awak ingat tak ramai ke orang kat warung Mak Jah tu haa. Sampai kecok jadinya kat warung tu. Kalah cerita bollywood tau korang ni, tak pernah dibuat dek orang buat pergambaran kat tengah-tengah jalan.”

Ana memuncung. “Tapi nasib baik akak jadi herokan tadi,”

“Haa.. yelah jadi hero dah akak tak tahan kena kutuk siang-siang sebab pekerja akak buat drama kat tengah-tengah jalan.”

“Woah.. popularla kedai akak nanti ek sebab dorang kenal dengan Ana. Hahahaha.. Akak kena terima kasih kat Analah macam ni.” Gurau Ana lagi.

“Terima kasih.. terima kasih ni..” Dia mencubit lengan Ana kuat, Ana terjerit kecil.

“Apa akak ni, sakit tau tangan macam ketam.” Tangan kiri mengosok-gosok tangan kanannya penangan Mila. Dia muncung.

“Apa ketam, ni ada yang nak kena lagi ni..” Mila menjeling tajam.

“Hehehe.. mana ada ketam, tak ada..tak ada.. orang lawak je pun, hisy Kak Mila ni sensitive pulak dia ni.”

“Okey-okey berbalik pada topic kita, akak tak mau tukar-tukar topic ek..” Mila beri amaran.

“Yelah..yelah..” Ana mengalah.

“So.. tadi tu pasal apa?”

“Akak terus terang Ana cakap, Ana pun tak tau apa yang berlaku tadi, Ana..Ana keliru kak.. tiba-tiba aje dia..” Ana pejam mata.

“Ana keliru dengan perasaan Ana sendiri kak.. Ana tak tau nak buat apa. Dengan masalah si Faiz tu lagi..”

“Faiz masih kacau Ana..” Kesian dia melihat Ana bergitu, selama ni tak pernah Ana buat perangai macam ni.

Ana menggaguk pelahan. Mila dah geleng-geleng kepalanya, dia tak faham dengan Faiz dah teman wanita yang cantik, baik tapi masih lagi mengejar Ana. Kalau Shakira tau la dengan perangai Faiz ni, tak tau la apa dia nak kata.

“Faiz ni memang tak pernah nak serik-serik!”Marah Mila.

Ana terdiam. “Habis lelaki yang sorang lagi tu sape pulak, akak tengok bukan main dia bela Ana dari si Faiz tu.”

Ana mengeluh kuat, tu lagi masalah besar baginya. “Takkan akak tak kenal dia?”

“Siapa? Lelaki tu, hisy mana akak kenal Na, sape dia tu?”Pertanyaan dijawab dengan pertanyaan juga.

“Dia tunang Ain, kak.” Jawab Ana pelahan, hampir-hampir tak kedengaran suaranya.

“Apa?!” Jeritan Mila bergema satu kereta. Ana pejam mata, dia dah agak riaksi Mila bila dapat tahu ‘ siapa lelaki itu’.

“Kenapa..Macam mana dia..” Suaranya tersekat di kerongkong.

“Tulah dia kak, Ana.. Ana tak tau nak jawab macam mana, Ana buntu, keliru dengan perasaan sendiri. Ana tak  tau kenapa dengan dia Ana rasa.. Ana rasa lain kak, Ana tak tau. Ana dah cuba buang perasaan perasaan tu tapi tak boleh kak, tak boleh..” Ana teresak pelahan.

“Ana tak tau bila perasaan tu wujud kak, sedangkan Ana baru kenal dia takkan semudah tu Ana.. Ana..”

“Cinta tak kenal sesiapa dik, dalam sekelip mata pun kita boleh jatuh cinta.” Sambung Mila.

Ana mengenggam tangannya, kuat! “Tapi kenapa mesti dia, bukannya orang lain kak, dia dah bertunang dengan..” Tak sanggup dia nak sebut nama Ain, terasa dirinya begitu berdosa kerana telah mengkianati sahabat baiknya sendiri.

“Akak pun tak tau nak cakap macam mana dik,” Mila mengeluh pelahan.

“Kak.. jangan bagi tau Ain ya, tentang ni.. diam-diamkan aje ya.. Ana tak nak dia sedih dengan...” Ana pandang Mila dengan redup. Matanya panas lagi.

“Baik dik, rahsia ni biar kita aje yang simpan okey.” Mila memegang erat tangan Ana, Ana membalas kuat seolah-olah ingin mendapat kekuatan dari Mila. Matanya terpejam dan sebutir air mata keluar darinya.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Fakrul Zarif termenung lagi kali ini dia dirumah ibunya.Dia tahu sejak hari dia mengenali Adryana dia suka termenung, tapi menungannya kali ini disebabkan seorang lelaki yang bernama Faiz, dia tahu dia tidak mempunyai hak untuk masuk campur dalam urusan Adryana tetapi kenapa... fikiran tidak mahu berhenti dari memikirkan dia.

‘Kenapa dia terlalu istimewa dari orang lain kenapa? Kenapa dengan mudahnya aku jatuh cinta dengan dia, sedangkan...’ Dia mengusap mukanya beberapa kali.

‘Tak..tak..aku tak boleh fikirkan dia.. habis kekasih aku tu aku nak letak mana, takkan nak buang macam tu aje kot, punyala susah aku mengayat dia dulu.. Hisy.. tension ye aku!!’

“Hai anak ummi ni dari tadi asyik termenung aje kerjanya, dah tak ada kerja ke nak buat?” Pertanyaan dari umminya membuatkan Zarif tersentak.

“Ummi.. sorry tak perasan tadi,”

“Mana nak perasan asyik termenung aje kerja ye..” Jawapan Ummi membuatkan dia tersengih.

“Mana ada termenung Ummi, tengah berfikir ni.” Nafinya.

“Selalunya orang berfikir ni orang ada masalah, sebab tu dia termenung, hmm.. jadi anak ummi ni berfikir tentang masalah ke, atau termenung teringat kat buat hati.” Kias Umminya.

Dia tersenyum faham apa maksud Umminya itu. Umminya selalu ada jika dia dilanda masalah atau apa saja, memang..dia memang berutung dapat ibu macam Umminya.Jadi dia takkan sia-siakan Umminya itu.

“Ummi, macam mana kalau orang tu dilemma perasan dia sendiri.”

“Dilemma.. hmm.. dilemma macam mana tu, Rul.”

“Okey, ada kawan Rul ni dia dah ada kekasih, kekasih ni cantik,bergaya, seksi, hotlah Ummi. Tapi ada satu hari tu dia terjumpa sorang perempuan ni, perempuan tu taklah cantik sangat, tapi manis sangat kalau dia senyum lagi manis Mi, tak seksi tapi dia Nampak seksi kalau orang pandang matanya Ummi, lepas tu dia ni pulak tak pandai bergaya, tapi dia selesa apa yang dia pakai dan sedap mata orang memandang kalau tengok dia, dan dia clumsy orangnya Mi tapi kelakarla tengok dia muka dia kalau dia cuak semacam.” Zarif tersenyum apabila teringatkan Adryana.Seyumannya, telatahnya semuanya mencuit hati Zarif.

“Jadi apa yang dilemma ye..” Ummi tersenyum melihat Zarif tersentak dengan pertanyaannya.

Zarif tersenyum malu. “Hmm..Jadi kawan Rul tiba-tiba dia cakap yang dia dah jatuh cinta dengan perempuan yang baru dia kenal tu Ummi, tapi dia keliru mana dia nak letak kekasih dia tu Ummi, takkan nak campak aje macam tu, punyala susah nak dapat tu Ummi. Jadi pendapat Ummi macam mana?” Zarif menarik nafas lega apabila dapat meluahkan semuanya pada Ummi.

“Hmm.. complicated jugak masalah kawan kamu ni Rul.”Umminya memandang sinis pada Zarif. Zarif buat tak tahu saja dengan pandangan Umminya itu.

“Kalau Ummi jadi kawan kamu tu, pertama sekali Ummi tanya perasan Ummi sendiri kenapa Ummi pilih kekasih Ummi dulu tu, hanya sebab dia cantik,seksi,pandai bergaya dan hot aje ke? Hanya sebab tu Ummi jatuh cinta atau sebab muka dia yang cantik tu. Dan kenapa pulak Ummi dengan tiba-tiba saja Ummi terjatuh cinta dengan perempuan biasa-biasa tu, walaupun baru saja terjumpa dengan dia, sebab dia cantik juga ke atau dia keistimewaan dia terletak pada sikap dan sifat dia yang boleh buat Ummi jatuh cinta dengan dia dalam sekelip mata saja.” Ummi pandang Zarif yang mula berfikir.

“Tapi Ummi macam mana dia tahu yang dia dah jatuh cinta dengan perempuan biasa tu Ummi, tak rasa tak logik ke Ummi.. dalam sekelip mata saja terus jatuh cinta. Betul ke tu cinta atau.. perasan suka saja.”

“Cuba tanya dengan kawan kamu tu, masa dia pandang kekasih dia apa yang dia rasa, adakah dia rasa bangga sebab dapat kekasihnya cantik atau dia kekasih dia tu dari hati dia tulus suci. Dan apa pulak perasan dia bila dia pandang perempuan biasa tu, sebab dia cantik juga ke? Atau sebaliknya. Kalau nak tahu kita mencintai seseorang tu atau pun tak perasan kita bila kita pandang dia saja, rasa macam ada kupu-kupu aje dalam diri kita, berdebar semacam. Rasa macam takut nak pandang tapi bila kita pandang dia sekali lagi terus menusuk ke hati. Sebab tu orang kata, cinta tu turun dari mata ke hati.Bila kita pandang mata dia tiba-tiba kita rasa hati berdebar-debar. Dan bila ada orang lain yang cuba mendekati dia kita rasa macam nak pukul orang tu pakai kayu sebab cemburu.Hmm.. Ummi ingat lagi time babah kamu cemburu Ummi bersembang dengan kawan baik dia Uncle Johan kamu tu, punyala cemburu dia sampai takkan bertegur sapa dengan Ummi satu hari.”

Zarif terdiam. ‘Jadi memang betullah perasan aku pada Adryana tu cinta. Cinta, ya cinta yang aku tak pernah dapat rasa bila aku bersama kekasih aku. Tapi bila aku bersama Adryana aku dapat rasai semuanya itu, walaupun sekejap saja kami berjumpa. Tapi bila aku pandang dia aku rasa macam nak pandang dia berkali-kali, rasa tak puas tiap kali melihat muka dia merah atau cuak time aku usik dia.’

“Rul..Rul.. hey..termenung lagi dia ni.” Umminya menepuk paha Zarif dengan kuat. Sekali lagi dia tersentak.

“Kamu ni asyik termenung aje, hisy kamu tau tak termenung ni tak baik untuk kita, kita jadi terleka kalau asyik termenung saja.” Tegur Ummi.

Zarif garu kepala. “Orang berfikirla Mi.. berfikir..”

“Haa.. yela berfikir kalau macam ni rupanya. Hisy.. entah-entah bukan kawan kamu yang punya masalah tapi kamu kan?” Sekap Umminya.

Zarif ketawa kecil cuba menafikan tuduhan Umminya. “Mana ada Ummi, betul kawan Rul punya masalah kesian dia Ummi kawan baik Rul tu Mi, tapi Mi macam mana Ummi tau bab-bab cinta ni ek.. hebatla Ummi Rul ni.” Puji Zarif cuba mengelak dari ditanya oleh Umminya lagi.

“Hai.. pengalaman Ummi sendirilah Rul, pengalaman menjadi tauladan tau. Cinta Babah kamu banyak mengajar Ummi tentang sesuatu yang.. satu hari nanti kamu akan merasainya jugak.” Balas Umminya sambil mengusat rambut anak bujangnya itu.

“Woah.. terujanya Rul dengan cinta Babah dengan Ummi ni, Rul pun nak juga macam tu Mi. Haa.. habis kalau kawan Rul tu pilih perempuan biasa tu macam mana pulak dengan kekasihnya Ummi?”

“Ceh.. aku ni Ummi ingat dah abis.. Hmm bagi Ummilah kawan kamu ni kena buat solat Istiqarah biar Allah yang tentukan siapa yang berhak dia pilih.”

“Hmm.. betul jugak tu, pilihan Dia lagi tepat dan berkat. Baiklah nanti Rul bagi tau kat kawan Rul tu.” Zarif menafas nafas panjang sebelum membaringkan kepala ke riba Umminya. Hatinya lega-seleganya.

“Hisy.. budak ni dah besar panjang pun nak manja-manja lagi.” Katanya Ummi. Tapi diusapnya juga kepala Zarif pelahan dan lembut. Zarif memejamkan matanya sambil tersenyum manis. Tangannya mencapai lengan Ummi dan menciumnya lembut.

“Terima kasih Ummi, Rul sayang Ummi sangat-sangat.” Katanya sebelum terlelap di riba Umminya.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


0 juri handalan..: