Thursday 17 November 2011

siapa dia?? 18


Episod 18

Ana membantu anak-anak saudara Ain menghias bilik pengatin, mereka memasang langsir yang berwarna coklat itu setelah selesai tugasan memasang langsir, mereka kini mengemas katil pula Ana ketawa melihat telatah anak-anak saudara Ain yang bertengkar untuk mengusun bantal-bantal agar menjadi lebih cantik dan teruja dipandang tetamu nanti.

“Emma.. aku kata susun macam ni lagi cantiklah, kenapalah kau ni degil sangat. Hisy..” berkerut-kerut dahi Lia, menegah agar Emma mengikut caranya.

“Mana ada, aku punya susunan lagi cantik dari kau. Kau punya susunan macam kono ar Lia..” kutuk si Emma.

“Mana ada.. aku punya lagi cantiklah.” Tegas Lia.

“Tak, aku punya lagi cantik.. kau punya macam kuno. Hahaha.”

Disebabkan tak tahan dikutuk, Emma mengejar Lia mengelilingi katil itu.

“Siap kau Lia, kalau aku dapat kau mati kau aku kerjakan!” Emma narik nafas sebelum mengejar Lia lagi.

“Hahaha.. wek-wek.. tak dapat-tak dapat.. kejarlah lagi.” Ejek Emma lagi. Ianya lagi membuatkan si Lia bengang.

“Eh..eh.. stop-stop.. adeh apa ni gaduh-gaduh ni.” Ana menarik tangan Lia dan Emma supaya mereka berhenti berlari-lari. Kang tak pasal-pasal rosak pulak katil pengatin ni nanti. Dahlah baru beli, kempunan pulak pengantin tu nanti.

“Tak de kak.. ni si Lia ni mula dulu..” Tuduh Emma.

“Mana ade.. kaulah yang mulakan dulu.. heh!” Tuduh Lia balik.

“Ehh.. apa pulak aku.. kaulah, bengong!”

“Kau cakap aku bengong, kaulah bengong cakap orang pulak!”

“Kaulah!” Emma menolak bahu Lia.

“Kaulah!!”Lia tolak balik bahu Emma.

“Eh..eh sudah-sudah, akak panggil kang ayah kamu berdua nanti nak?” Kata Ana.

Terdiam kedua-keduanya. Ana tahu, kedua-dua mereka ni takutkan ayah masing-masing. Sememangnya abang-abang Ain tegas orangnya.

“Haa.. tau pun senyap. Haih.. korang ni perangai macam budak-budak, pada hal umur macam korang ni dah boleh dikahwinkan dah tau tak.” Tegur Ana sambil tergeleng-geleng kepala. Memang Emma dan Lia ni tak boleh dekat, asyik nak gaduh aje kerjanya. Tapi dalam gaduh-gaduh diorang ni kalau tak de salah seorang yang sana kata boring yang sini rasa tak senang hati, tapi kalau dekat hah.. macam nilah perangainya.

Bagi Ana, dalam banyak-banyak anak saudara Ain. Mereka ni yang paling best dan paling kamcing sekali dengannya, sebab itu diorang ni tak kisah kena marah dengan dia sebab diorang ni memang dah lama kenal dengannya.

“Okey..okey macam ni, akak nak Emma kemas dan susun katil ni dan Lia pulak susun meja- meja comel ni dan hias sikit bilik ni. Hah suka hati Lia lah nak letak apa pun ikut suka koranglah.. tapi kena ikut temalah kan. Okey macam mana setuju.” Cadang Ana. Kedua-duanya mengurut-urut dagu masing-masing, Ana geleng kepala. Ada-ada saja perangai dorang ni.

“Hmm.. cantik-cantik kenapalah tadi tak terfikir nak buat macam tu kan Lia.”

“Haah.. betul-betul, pandai betul Kak Ana ni.” Puji Lia.

“Well, akak memang sentiasa pandai pun. Hahahaha.” Kata Ana dengan riak. Emma dan Lia buat muka nak muntah.

“Dahlah korang siapkan bilik ni cantik-cantik akak nak pi kat luar jap nak cari Mak su korang.”

“Okeh, Kak Ana. Serahkan kepada kami.Kami sedia berhikmat.” Kata Lia.

“Beres kak..” Kata Emma pulak. Ana pula hanya ketawa dengan telahah mereka berdua.

“Sudahlah akak keluar dulu ek. Kemas elok-elok tau.”

“Aip-aip chip!!” Kata mereka bersama-sama, sebelum ketawa riang.


Diluar ~ Ruang Tamu

“Haa.. Ana dah siapkan dah bilik tu..” Tanya Ibu Ana.

“Ana suruh budak berdua tu bereskan bu.. nak sangat buat, Ana bagilah.” Kata Ana.

“Hisy.. kamu ni ada ke suruh budak-budak tu buat, jadi apa kang bilik tu nanti. Bilik pengantin tu Ana.” Tegur Ibunya.

“Biarlah Mah, dah budak-budak tu yang nak buat. Bukan salah Ana pun.” Balas Mak Cik Biah, ibu Ain. Ana tersenyum manis pada pada Mak Cik Biah Tanda terima kasihnya.

“Mak, mana Ain Mak, dari tadi Ana tak Nampak pun kelibat dia?” Tanya Ana, dia lebih senang memanggil Mak Cik Biah dengan panggilan ‘Mak’ sebab dah terbiasa dari kecik. Ibunya dan Mak Cik Biah memang kawan  baik dari dulu. Selama ini, Mak Cik Biah sekeluargalah yang banyak membantu dia dan Ibunya kerana Ibunya..seorang Ibu tunggal.

“Tadi dia ke chalet Fakrul sekeluarga sebab nak ambik baju nikah, sebab hari tu dia ada cakap baju nikah dia tu besar sikit pinggangnya.” Jelas Mak Cik Biah. Ana hanya menganggukan kepala.

“Haa.. tu dah dengar kereta tu, Ain la tu. Hah, cuba kamu pergi tengok.”

“Okey.”

“Ni pun kau Ain, satu rumah aku cari kau tau, mana kau pergi?” Ana pura-pura tanya.

“La.. yeke, aku pi chalet Abang Fakrul tadi, nak ambik baju ni haa..” Ain menunjukan baju nikah yang akan dia pakai esok. Akad nikah esok akan diadakan lepas solat Isyak. Nasib baik malam kalau pagi.. huhu mau tak kelam kabut diorang ni pun agak kelam kabut jugak ni. Adatla tukan..

“Hah.. Ana ni aku kenalkan kau, Syidah. Adik bongsu Abang Fakrul.” Ain mempekenalkan Syahida pada Ana, dia tersenyum melihat adik Zarif ini, manis orangnya.

“Hai.. nama akak Ana, panggil aje Kak Ana.” Kata Ana lembut. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam dengan adik Zarif ini.

“Nama saya Syahida, panggil syidah aje.” Jawab Syidah sopan. Malu-malu. Bila dia pandang muka Ana tadi, dia teringatkan something.

‘Rasa macam pernah nampak pulak muka akak ni, tapi kat mana ek?’ Kerut muka Syidah.

“Eh.. jomlah masuk, berdiri pulak kita kat tangga ni haa. Adeh. Kau ni pun Ain jemputlah adik ipar kau ni masuk.”

“Hehe.. aku lupa la..” Kata Ain, garu kepala.

“Ada ke lupa.. apa daa kau ni.” Kutuk Ana. Syidah hanya ketawa.

“Siapa yang hantar korang kat sini tadi?” Tanya Ana.

“Adik Abang Fakrul yang hantar tadi,” Jawab Ain.

“kenapa tak suruh dia masuk sekali aje tadi?”

“Hisy.. mana bolehlah. Adik Abang Fakrul tu lelakilah.” Jelas Ain, berkerut dahinya.

“Alah.. mana aku tau adik laki kau tu lelaki jugak.” Kata Ana pulak. ‘Tak tau pulak Zarif ada adik lelaki, hmm.. memang aku tak tau apa-apa pun pasal keluarga Zarif ni.’

“Dah..dah jom, kang membebel pulak mak aku kalau kita tercegat kat sini aje.”

“Eh, dah pukul sepuluhlah. Ain, Mak kata time ni elok kalau aku taruk inai kat jari-jari kau ni. Kang tak delah kelam kabut sangat.”

“Oo.. yeke, haa.. eloklah tu bolehlah Syidah tolong sekali ek.” Syidah hanya mengangguk.

“Lupa nak cakap Syidah malam ni dia nak tupang tidur sini.” Kata Ain lagi.

“Eh, nape bagi tau aku pulak ni rumah kau bukan rumah aku, kalau rumah akulah, Syidah nak berkampung pun boleh.” Gurau Ana. Ain dan Syidah tergelak.

“Ain, macam mana dengan baju nikah kamu? Dah elok ke?” Tanya Mak Cik Biah.

“Okey dah Mak, nasib baik time Abang Fakrul datang butik tu ada tukang jahit baju nikah ni Mak, kalau tak de tak taulah macam mana nak buat.” Jawab Ain.

Mak Cik Biah menarik nafas lega. “ Hah.. sudahlah tu meh sini baju tu, Ain pergi pakai inai Mak dah letakkan inai tu kat dalam peti ais tadi, eh lupa pulak Mak. Si Fakrul macam mana? Dia dah pakai inai ke? Tak sempat pulak Mak nak tengok jari dia tadi.” Tanya Mak Cik Biah. Kalau Fakrul tak pakai masa ni boleh dia suruh budak-budak ni pergi hantarkan inai tu kat chalet yang Fakrul sewa.

“Dah Mak, dia masa kat KL Ummi dah pakaikan kat dia. Kata Ummi tak de lah nanti kelam kabut.”

“Tapi Mak, Ana takutlah nak pakaikan inai kat kaki, takut tak cantik pulak nanti dah la lama tak practice ni.” Kata Ana menyampuk.

“Tak pe yang kat kaki tu nanti biar Ibu yang pakaikan ye.” Kata Ibu pula.

“Eh, lupa pulak nak cakap Mak, malam ni Syidah tidur sini tau. Esok baru dia balik chalet.”

“Ha.. eloklah tu nanti Ain, Ana dengan Syidah tidur kat bilik pengantin tu ya. Anak-anak dara mesti tidur kat bilik pengantin ambik berkat sikit. Nanti boleh kahwin cepat-cepat macam si Ain ni haa..” Sampuk kakak ipar Ain. Kak Wani. Ain mencebik. Ana dan Syidah ketawa.

“Gelak pulak kamu ni Ana. Lepas ni giliran kamu pulak ya. Betul tak Bu.” Kata Kak Wani. Ibu Cuma menjeling Ana dan ketawa.

“Apa pulak orang Kak wani. Orang lambat lagilah. Orang nak tunggu si Ain ni dapat first baby dulu baru orang kahwin. Hahaha..” Balas Ana, menolak bahu Ain pelahan. Muka dah merah padam. Syidah, Ana dan Kak Wani ketawa terbahak-bahak melihat muka Ain merah dengan gurauan Ana.

“Eleh.. kutuklah aku time ni, nanti bila tiba time kau nak kahwin nanti jagalah kau. Aku kenakan kau habis-habisan.” Ugut Ain. Ana mencebik, geleng-geleng kepala, buat muka tak takut.

“Eh.. sudah-sudahlah tu, cepat pergi pakai inai tu. Ni dah pukul berapa ni. Ain kena tidur awal tau, pengantin tak boleh tidur lewat nanti sebab pulak muka tu.” Kata Mak Cik Biah.

“Ya lah Mak, jom Ana.. Syidah.” Ana dan Syidah menuruti langkah Ain.

Sehingga jam 3 pagi baru lampu dan riuh-rendah orang di dalam rumah Mak Cik Biah padam dan tidur. Apa-apa yang tidak disiapkan lagi akan bersambung keesokan harinya.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

0 juri handalan..: