Thursday 17 November 2011

siapa dia?? 19


Episod 19

Keesokan harinya gotong-royong atau rewang diadakan oleh orang kampung untuk kenduri Ain dan Dr.Fakrul. Meriah sekali keadaannya. Inilah yang dikatakan ‘Muafakat membawa Berkat’. Tetapi zaman sekarang kini amalan gotong-royong ini seolah-olah telah dilupakan, sedih rasanya budaya ini seakan-akan telah luput dari ingatan... telah lama ditelan zaman gamaknya.

 Orang masa kini lebih suka mengambil ketering, senang…nanti tak adalah nak bersusah payah nak membasuh pinggan mangkuk yang sememangnya banyak ya amat. Alah adatlah kendurikan tak kisahlah apa enis kenduri pun.. tak kan tak sibuk kot. Lagipun kenduri kahwin  ni bukannya akan berkali-kali. Lainlah kalau ada anak ramai, itu lain ceritalah.

Tapi kalau dibandar-bandar besar nak buat gotong-royong macam ni.. hmm.. rasanya tak patut kot. Gotong royong tiap hujung minggu pun jarang nak tunjuk muka, apa lagi gotong royong untuk kenduri besar begini.
“Emma.. Lia, cepat sikit potong bawang tu. Orang dah nak guna dah ni. Ya Allah baru banyak ni dah menangis? Hai.. apa nak jadi dengan anak-anak sekarang ni.Buat kerja sikit dah macam ni rupanya.” Rungut Tok Wan.

“Pedih la Tok Wan, selalu ye tak delah sebanyak ni orang nak potong memotong bawang ni. Tu yang nangis tu. Huhuhu..” kata Lia, Emma Cuma mengangguk. Ana yang dari memerhati, menyampuk…

“Tak pe, tak pe nanti Kak Ana tolong ek. Alah-alah sian ye anak-anak sedare Kak Ana ni.” Pujuk Ana main-main.

“Lantak..biarkan diorang buat Ana. Bila lagi nak belajar kalau asyik nak mengharapkan orang aje kerjanya.” Kata Mak Cik Biah pula. Kedua-duanya kelihatan mencebik sedih. Ana tersenyum melihat telatah mereka.

“Ala.. tak pe la Mak, biar Ana yang buat cepat sikit. Nak harapkan mak cik-mak cik ni buatkan, alamat sampai esok kot tak habis.” Balas Ana. Emma dan Lia dah tersenyum ‘manis’.

“Ha.. iyelah Ana.. kamu tengokkan budak berdua ni ye... Mak nak tengok apa yang dibuat dek Ibu kamu tu.” Mak Cik Biah, berlalu pergi meninggalkan mereka.

“Fuhh.. lega rasanya.. nasib baik Kak Ana jadi hero hari ni.” Kata Emma. Ana mencebik. Lia mengangguk kelapa.

“Haa.. sudah-sudah, kita ada misi ni tak de nak cakap-cakap kosong lagi. Lia cepat pergi ambik besen besar sikit Kak Ana nak berperang dengan bende ni. Hehehe..” Ana melipat-lipat baju kurungnya sampai ke siku.

“Mak ai, berperang tu.. mintak-mintaklah Kak Ana tak kalah macam kami berdua ni.” Kata Lia merujuk kepada mereka yang ‘baru potong bawang sikit dah keluar air mata!’

“Kak Ana.” Tegur Syidah.

“Yup.. Syidah kenapa? Kak Ain telefon ke?” Tanya Ana.

“Tak.. nak tolong hehehe..” Syidah buat muka ‘cute’.

“Meh-meh sini, memang akak cari Syidah tadi, boleh tolong potong bawang ni.. lagi ramai lagi best.”

“Haah.. betul tu Kak Ana, tadi Kak Syidah pergi mana? Emma cari merata tempat tak jumpa-jumpa.” Sampuk Emma.
“Akak pergi balik chalet tadi, nak ambik handphone tertinggal semalam pas tu terus ambik beg. Nak tidur lagi kat sini sampai hari bersanding esok.” Kata Syidah. Emma buat ‘oo..’

Setelah Lia mengambil besen yamg agak besar dia pun join sekarang potong memotong bawang ni. Hah.. kali ni cepat sikit cara dorang potong setelah Ana mengejar mereka cara-cara yang betul ketika memotong. ‘Cewah jadi cikgu sementara pulak aku ni ye..’ Katanya dalam hati.

“Kak Syidah ni anak yang lastkan,” Tanya Lia. Syidah mengangguk. “Pak Su anak sulungkan?” Tanya Lia lagi. Syidah mengangguk lagi.

“Ceh kau ni dah tau lagi mau tanya ka?” Kutuk Emma. Lia tersenyum malu. Syidah dan Ana tersenyum.

“Kenapa tanya?” Kata Syidah.

“Emm.. tak de la, saja nak tanya. Hehe.. habis tu siapa adik kedua Pak Su Kak Syidah, lelaki ke perempuan?” maksud Lia tu adik Dr. Fakrul.

Emma menampar bahu Lia pelahan. “Apa tanya Kak Syidah macam tu, kurang sopanlah kau ni Lia.”

Lia garu kepala. “Habis tu nak tanya macam mana lagi?”

Syidah ketawa. “Bawah Along, Angah. Angah lelaki . Dan sama umur dengan Along.” Terang Syidah.

“Oo.. jadi Pak Su ada kembarlah.” Sampuk Emma.

Syidah mengangguk.

“Ceh, dah tau Pak Su sama umur dengan adik Pak Su mestilah kembar, apa daa kau ni.” Kutuk Lia pulak. Emma ketawa kecil.

Ana dan Syidah ketawa dengan telatah Lia dan Emma. “Dorang memang selalu macam ni ke kak?” Tanya Syidah pelahan.

“Bukan selalu, tapi wajid!” Kata-kata Ana membuatkan Syidah ketawa lucu.

“Bestlah buat kenduri kat kampung ni, Syidah first time tau rasa macam ni. Best sangat-sangat. Rasa macam harmoni aje, kalaulah Syidah ada kampung kan best.” Ujar Syidah.

“Alah.. kampung ni kampong Syidah jugak, nanti kalau Dr.Fakrul balik sini dengan Kak Ain, Syidah datanglah sini sekali. Boleh rasa masakan kampung pulak. Tau tak.. Mak Kak Ain tu terer tau masak masakan kampong ni. Sekali try mesti nak lagi.” Kata-kata Ana menaikan lagi semangat Syidah nak merasa masakan kampung disini.

Dia mengalihkan pandangan ke belakang, dia melihat Umminya sedang beramah mersa dengan orang-orang kampong disini. Dia tersenyum, walaupun Umminya itu seorang yang berpelajaran tinggi dan dibesarkan di Kuala Lumpur, kelihatan Umminya tak kekok langsung dengan keadaan disini. Dia kagum dengan Umminya itu.

“Kak Syidah, adik Pak Su tu mana? Dia tak datang sini ke? Nak tengok jugak muka adik Pak Su tu, sama sebijik macam muka Pak Su ke atau ada lain sikit.” Pertanyaan Lia mengembalikan Syidah dari lamunannya.

“Dia tak de Lia, Balik KL sekejap.. petang kang dia sampaila.Dia balik KL malam tadi, haa yang hantar Kak Syidah dan Mak Su korang semalam Angahlah tu. Adeh...lupa pula korang berdua bukannya ada kat tangga semalam.. Haa.. Kak Ana, Kak Ana ada Nampak kan, semalam?”

Pertanyaan Syidah membuatkan Ana mengibaskan ingatannya semalam. Dia mengecilkan mata.

“Oo.. yeke, akak ingat yang hantar korang semalam Along Syidah?” Kata Ana Balik.

“Muka dorang memang nak dekat-dekat sama. Masa kecik-kecik dulu lagilah sama, sampai Ummi dengan Babah pun boleh confius tau dengan dorang, pastu dorang ni pulak nakal masa kecik-kecik dulu selalu main tukar-tukar.. Along jadi Angah.Angah jadi Along. Nasib baik sekarang ni boleh bezakan dorang, sebab Along jadi doktar Angah pulak uruskan syarikat Babah. Along pakai kereta vios Angah pakai kereta Jazz.”

Kata-kata Syidah membuatkan Ana tersentak. Kereta Jazz. Adakah Zarif tu...

“Syidah..” Tegur satu dari belakang. Ana dan Syidah sama-sama berpaling ke belakang. Dan..

bersambung...

0 juri handalan..: