Saturday 25 February 2012

siapa dia?? 24

Episod 24

Setelah pulang dari kampung Ana memulakan kerja di tempat kerja baru, subuh-subuh lagi dia dah bangun. Semangat nak mendaftarkan diri sebagai pekerja office. Bangga, ye dia memang bangga bukan senang sekarang ni tau nak dapat kerja office walaupun dah ada ijazah, nak dapat kerja sebagai kerani pun dah susah sekarang ni. Dia bernasib baik dengan pertolongan Kak Mila Alhamdulillah akhirnya dia di terima juga. Hari tu dia temuduga untuk jawatan Akautan, tapi tak taulah dia adakah dia dapat kerja sebagai Akautan atau pun tidak, sebab hari tu kakak tu telefon suruh dia mendaftarkan diri saja jawatan tak tau lagi. Tak kisahlah nak bagi jawatan apa pun asalkan dapat bekerja di situ, syarikat besar jugak tu, Syukur!

‘Ain pulak sekarang ni tengah ber’honeymoon’ kat Bali, woah.. best dia dapat pergi Bali. Luar Negara tu, walaupun jiran sebelah aje tapi okey sangatlah tu, sekurang-kurangnya dapat jugak melancong ke sana, bertuah Ain. Aku ni bukan setakat nak pergi Bali pergi ke Baling pun tak pernah walaupun kat Kedah. Hisy.. tak baik mengeluh-geluh macam ni, dari aku mengeluh macam ni baik aku pergi makan tu lagi esok dari mengeluh entah apa-apa!’

Sesudah merapikan tudung di kepala, dia mencapai lip glose Maybelline warna merah perisa Stawberi itu, di colek sedikit dibibirnya yang merah itu setelah berpuas hati dia turun ke bawah, dilihatnya Kak Mila sedang menonton Berita Pagi di TV3 ditangannya ada secawan mug mungkin kopi kot, Kak Mila memang suka minum kopi, hmm.. dan sememangnya kopi sebab dah ada seteko kopi yang telah dibancuh oleh Kak Mila di meja, roti bakar juga ada. Lalu dia menuang air kopi ke dalam cawan yang telah sedia ada dimeja makan, ambik roti dan join Kak Mila tengok TV jap.

“Cerita apa pagi-pagi ni?” Tegur Ana.

“Tak de cerita apa-apa, biasalah pagi, dah ke. Kalau dah jom Kak Mila hantar pi office.” Mila bangun capai kunci atas meja, cepat-cepat Ana habiskan roti bakar dan minumannya itu.

“Woah.. lawa lah adik akak pakai baju formal macam ni, smart plus anggun.” Puji Mila. Kembang pulak Ana rasa pagi-pagi ni.

“Hehe.. mana ada biasa aje, akak ni puji lebih-lebih pulak segan pulak Ana.”dia ketap bibir.

“Nak segan apa ye, dah memang betul akak cakap lah.”

Meraka diam seketika, hanya kedengaran lagu di radio Era.fm, pagi-pagi ni suara Aznil atau Pak Nil yang selalu berceloteh, macam-macam cerita kadang kala kelakar jugak ceritanya tu, cerita tayar kereta pacitlah, jalan jam teruk takut sampai lambat office kena marah dengan bos lah, dan macam-macam lagi.

“Ana, balik nanti call akak ya, nanti takut akak terlupa pulak. Ana bukan tak tau akak ni bila nak duk kat kedai tu jadi lupe kat alam luar sekejap,” gurau Mila. Ana ketawa kecil.

“Okey, nanti Ana call akak. Tapi kalau akak tak dapat datang ambik pun tak apa Ana boleh aje naik teksi tak de la susah-susah akak nanti.”

“Eh, jangan nak mengada. Sebulan dua ni biar akak yang hantar ambik Ana, awak tu baru nak sesuaikan diri kat tempat ni kang dibuatnya teksi tu tipu ke atau nak buat perkara tak senonoh ke.. haa.. akak jugak yang susah dik. Mak awak tu suruh akak jaga awak tu baik-baik kat sini.” Mila dah start berleter.

“Baiklah Cik Puan Mila, saya yang menuruh perintah!”

Mila memberhentikan keretanya di letak parking bangunan itu. Sejurus menyelami tangan Mila Ana melangkah dengan penuh yakin dan semangat untuk memulakan kerja di hari pertamanya di syarikat itu, masuk saja ke dalam dia menanyakan soalan pada penyambut tetamu yang sentiasa tersenyum itu di mana dia boleh berjumpa dengan Puan Syikin dia menyatakan hari ni dia kena mendaftarkan diri orang pertama yang patut dia jumpa adalah Puan Syikin, penyambut tetamu yang bernama Anita itu mengatakan dia perlu naik ke tingkat 3 untuk bertemu dengan Puan Syikin.

Setelah berterima kasih dia terus pergi ke Lif di lihatnya masih belum ramai lagi yang datang kerja, awal lagi ke? Baru pukul 8.15 pagi. Patutlah, setelah pintu lif terbuka Ana masuk ke dalam tiba-tiba dia rempuh dari luar, sakit bahunya. Dia mengadu pelahan.  Ana sedikit bengang ‘awat kalut sangat belum masuk waktu kerja pun kan. Adeh terkehel bahu aku ni, langgar batu ke orang ni?’

Lelaki itu meminta maaf, di lihatnya lelaki itu menekan no. 5 tanda mahu ke tingkat 5, dia masih lagi menunduk mengusap bahunya baru saja nak menekan lelaki itu mempelawa untuk menekan tingkat berapa yang ingin Ana pergi, Ana cakaplah tingkat 3.

“Adriyana..”

Dia mendongakkan kepala dan..  bulat matanya.

“Zarif!!” Jeritnya agak kuat, bergema jugaklah lif ni. Nasib baik dia dan Zarif aje yang naik lif ni. Di pejam celik matanya itu, rasanya dia tak bermimpi ni, memang lelaki ini adalah Zarif!

“Macam mana..?” Mereka sama-sama bersuara.

“Awak..” Sekali lagi.

Mereka ketawa, macam mana pulak boleh sama-sama fikir perkataan yang sama ni, Ah.. normal lah.. sama-sama terkejut. Ana mendiamkan diri bagi peluang arif berkata-kata.
“Awak kerja sini?”

Ana angguk. “ Awak..”

“Saya memng kerja sini dari dulu,” terang Zarif. Ana buat mulut bentuk ‘o’.

“Hari pertama ke?”

“Mana tau?”

“Teka aje,” Zarif senyum.

“Sakit ke kena langgar tadi, sorrylah saya nak cepat tadi. Pukul 10 pagi ni ada musyuarat tu yang kelam kabut aje ni.”

“Tak pe, tak sakit sangat pun..” Ana tersenyum.

Ana tunduk, ‘tak sangkanya boleh jumpa Zarif kat sini. Jadi selama ni dia kerja sinilah, hmm rasa dekat jugak dengan tempat kerja aku dulu.Patutlah dia boleh ponteng-ponteng kerja dia, menyamar jadi Dr.Fakrul, ceh!’

“Adriyana..” Panggil Zarif lembut.

“Hmm..” Ana pandang Zarif, ‘mak ai, hensem pulak atok ni pagi-pagi gini, ni buat jantung aku ni tak henti-henti ber dup dap dup dap aje ni..’

“Cantiklah awak pakai macam ni?” Zarif mengenitkan sebelah mata. Merah  padam muka Ana. Sengaja dia kembungkan mulutnya menahan malu + tahan senyum.

“M..mana ada, biasa ajelah.. okeylah dah sampai, pergi dulu.” Ana cepat-cepat melangkah keluar dari lif.

“Bye sayang.. abang pergi kerja dulu..” Sekali lagi Zarif kenit mata padanya, sempat lagi tu sebelum pintu lif tertutup rapat.

Bulat mata Ana, ‘Hisy.. atok ni boleh lagi tu, nasib baik orang tak de kalau tak naya aje dah la hari ni aku first day...’

Sambil melangkah ke bilik Puan Syikin Ana tersenyum lebar, dia menarik nafas dan mengetuk pintu bilik Puan Syikin..

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Setelah dua jam mendengar ceramah Puan Syikin akhirnya  habis jugak, sedaya upaya dia menahan rasa mengantuk. Jawatan dia sekarang ni adalah pembantu sekreteri setelah sekreteri ‘sepenuh masa’ berhenti nanti barulah dia akan mengambil alih tugas sekreteri ‘sepenuh masa’ tu, buat masa sekarang ni dia perlu belajar jadi sekreteri.

Kali ini dia akan dibawa ke tingkat 5 untuk berjumpa dengan Sekreteri tersebut. Kalau ada bos dia akan di bawa jumpa bos sekali. Ana nak cuak, bukan ke tadi Zarif menekan tingkat 5 mana tau karang dia tersempak pulak dengan atok sorang tu, mana dia nak letak muka kalau-kalau si atok tu buat lawak maut dia? ‘Habis aku..’

Semasa sampai ke tingkat 5 Ana sempat lagi memerhati sekeliling takut terjumpa dengan Zarif. Nasib baik Puan Syikin tak syak apa-apa. Kalau Puan Syikin Nampak perlakuan dia tadi mau dia malu setahun. ‘Pelik-pelik aje, buat tak tau ajelah bila tersempak dengan pak cik tu nanti.’

Setelah berkenalan dengar separuh pekerja di tingak lima ini Ana menarik nafas lega, rata-rata rakan sekerjanya ini semuanya baik dan ramah-ramah berlaka, hanya tinggal beberapa orang lagi dia tak sempat berjumpa termasuk ‘bos besar’, dia nasib baik tak terjumpa dengan Zarif mungkin pi meeting dengan bos kot, tadi Zarif ada katakana dia ada meeting pukul 10.00 nanti, nasib baik!

Kak sekreteri pun boleh tahan baiknya, tak sombong peramah orangnya, katanya dia terpaksa berhenti kerana akan mengikuti suaminya berkhusus ke luar Negara selama dua tahun, sebab itu dia terpaksa berhenti kerja hanya tinggal dua bulan saja lagi dan kata Kak Dila lagi tiga minggu berakhirnya dia bekerja di sini. Dan selama tiga minggu ini jugak dia akan berlajar menjadi sekreteri kepada bos sementaranya Kak Dila.

Kak Dila memberi taklimat atau susun atur kerjanya sebagai sekreteri kelak, katanya mula-mula kenalah kemas bilik bos, yang penting meja mesti sentiasa kemas, lepas tu letak kan surat khabar dan majalah dia atas meja, kalau boleh hiaslah sikit biar bos masuk aje biliknya nanti dia Nampak selesa.Air pulak, bila time bos mintak aje baru buat dan yang lain-lain biar dulu. Kata Kak Dila, bos sporting orangnya jarang serius, Ana harap bergitulah takut jugak nanti lepas Kak Dila berhenti tiba-tiba bos bertukar sikap dari bos yang sporting jadi bos yang kepala angin mati dia nanti dah dia ni jenisnya tak suka kena marah asyik nak keluar air mata saja bila kena marah. Mintak-mintak lah perangai bosnya okey!

“Ana, jom la kita makan dah masuk time lunch ni, mesti bos pi makan dengan budak-budak office tu lepas meeting tadi,” kata Kak Dila.

Ana tengok jam kat tangan, pukul 12.05 tengah hari.

“Okey, jomlah.. hmm.. kita berdua aje ke, Yang lain dorang tak nak join ke?”

“Hmm.. dorang memang gitu, mesti dah ada tempat nak pergi lah tu tak pe kita makan berdua pun okey jugak kan. Ika dengan Khai pulak dorang selalu makan dengan ‘bakal’ dorang susah sikit nak join kelab kita ni, akak walaupun dah kahwin jarang-jarang jugak keluar dengan hubby akak, lagi pun tak nak lah susah-susahkan dia tempat kerja dia jauh sikit dari sini.” Terang Kak Mila.

Ana angguk kepala, dia mengambil handbeg dia di dalam laci, sementara menunggu Kak Dila berhenti dia duduk di meja yang berhadapan dengan meja bos.

“Kita nak makan kat mana ni Kak, Ana tak berapa tau sangat tempat ni so akak kenalah travel Ana lebih sikit.”

“Boleh aje,nanti lepas makan nanti akan bawak Ana jalan-jalan satu bangunan tu kalau ada masa kita jalan-jalan kat tempat ni,sekarang ni kita makan dulu kat kedai depan tu. Sedap tau Ana makanan dia, murah pulak tu. Tapi bala sikitlah sebab ramai orang makan kat kedai tu.. kalau Ana tak nak kita pergi tempat lain, tapi kena berjalan sikit la.” Kak Dila menekan puant lif.

“Ana tak kisah Kak asalkan halal dan mengeyangkan sudah, kita makan ajelah kat kedai depan tu nak jugak Ana rasa masakannya,kalau sedap kat situlah hari-hari muka Ana ada.”

Kak Dila ketawa. Pintu lif terbuka dan mereka berdua pun masuk.Mereka berbual lagi semasa menunggu lif turun ke bawah.

“Sebelum Ana kerja sini, dulu Ana kerja mana?”

“Dulu Ana kerja kat kedai buku Kak, sepupu kawan Ana yang punya. Dia pun kerja kat situ jugak dulu, tapi lepas kahwin ni dia berhenti terus, jadi suri rumah tangga aje.” Kata Ana tersenyum, teringat pulak dia pada Ain, rindu pulak dia pada sahabatnya itu.

“Oh.. dulu Ana ambik jurusan apa masa kat U?” Soal Kak Dila lagi.

“perakaunan, tapi tak sangka pulak boleh jadi sekreteri ni, dulu time temu duga mintak kerja pebantu akauntan.”

“Dulu memang ada sorang pebantu akauntan ni berhenti kerja tapi dah dapat penganti dah, sebab tu agaknya Ana dapat kerja ni, walaupun jurusan masa kat U dulu lain tak salah kita nak kerja berlainan bidang pun, kita sekarang ni memang tak boleh nak memilih kerja sangat, sekarang ni ramai orang yang menganggur tak kira lah masa di U dulu pun result okeh ke apa, orang sekarang ni lebih pentingkan pengalaman sebab tu fresh student sekarang ni susah sikit nak dapat kerja,sepupu akak yang belajar oversea tu pun susah nak dapat kerja tapi nasib baiklah time kat oversea dia ada kerja sambilan jadi itu boleh di jadikan asset penting masa nak cari kerja dan Alhamdulillah sekali ni dah kerja pun.” Panjang lebar Kak Dila berceramah.

“Betul tu kak, Ana setuju sangat. Janganlah kita ni asyik nak memilih kerja sangat walaupun graduan dari university rasanya kerja kilang pun okeh kalau nak buat permulaan cari kerja yang bagus, kerja kilang rasanya lebih besar gaginya sekarang ni dari kerja kerajaan.”
Kak Dila mengangguk setuju.

Ana tersenyum, rasanya dia dapat kerja ni pun sebab pertolongan dari Kak Mila kalau tak sampai sekaranglah dia akan bekerja di kedai buku itu.

Lif terbuka, mereka bersama-sama melangkah keluar dari lif dan beriringan ke kedai makan di depan bangunan ini. Sambil menyambung cerita mereka.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

siapa dia?? 23

Episod 23


“En. Faiz!!” Ana tergamam. ‘Macam mana dia boleh ada kat sini?’ Dia memejam celik matanya. ‘ Aku mimpi di siang hari ke ni?’ kali ni dia mengosok-gosokan matanya pula mana tau dia bermimpi. Dia menelan air liur apabila melihat bayangan Faiz makin menghampiri. ‘Sah, bukan mimpi!’

“Hai Ana? Lama tak jumpakan, Ana sihat.” Soal Faiz dengan suara yang lembut tapi kenapa Ana merasakan suara Faiz macam.. err.. gatal + mengada aje?

“Ba..baik. Macam mana En.Faiz boleh sampai sini, maksud saya mana En.Faiz tahu alamat rumah saya di kampung ni?” macam biasa kalau kalut sifat gagapnya akan muncul secara semula jadi!

Faiz tersengih sinis. “Nak seribu daya Ana.. Zulfa yang bagi tahu saya alamat rumah kat kampong awak,” Jawab Faiz terus terang.

‘Tak guna kau Zulfa, balik nanti jagalah kau Zulfa senget! Aku cincang kau!’ Merah mukanya tahan marah.

“Sape bagi tahu En.Faiz saya kat sini? Sape bagi tahu, Zulfa jugak. Sejak bila dia jadi perisik En.Faiz ni? Dia dah berhenti kerja kat kedai buku ke? Ke tawaran En.Faiz lagi menarik dari kerja kat sana?” Tanya Ana agak marah, bengang kat Zulfa tak hilang lagi.

Faiz ketawa. ‘Hisy, hantu ni orang tanya dia gelak pulak sekali aku bagi baru tau. Dah ar aku tengah berasap giler ni!’

“Relaxlah Ana, saya Cuma tanya kat budak-budak yang lalu tadi, diorang kenal awak then diorang cakap awak kat sini.”

“Budak-budak? Sape ye. Dia berdua ke, sorang aje?” katanya bercakap sorang-sorang.

“Berdua.” Kata Faiz

‘Ni lain tak bukan Emma ngan Lia, adeh.. nak salahkan dorang tak boleh jugak, mana dorang tau yang si hantu a.k.a si pengacau ketentaraman orang ni yang mengancau kehidupan aku selama ni, mintak-mintak la dorang datang balik lepas ni..’

Tenang aje Faiz berkata-kata, terus saje dia melabuhkan punggung di sebelah Ana, tapi pantas pula Ana bangun tak selesa. Takut pun ada, agaknya patutlah hatinya tadi rasa tak sedap semacam rupa-rupanya..

“Duduklah Ana dah lama kita tak bersembangkan, dan awak pulak asyik nak lari-lari aje dari berjumpa dengan sayakan. Saya ada buat salah ke? Atau awak yang ada..” Faiz ketawa lagi.

Dan Ana faham akan keperlian Faiz itu. Dia tersenyum sinis.

“Kenapa pulak saya nak lari-lari  dari En.Faiz. Sedangkan saya tau saya tak buat apa-apa pun kat Encik kan, lainlah Encik ni..” Ana ketawa sinis.

Faiz ingat Ana tak tahu yang Faiz sudah ada kekasih, depan mata Ana sendiri dia melihat Faiz berjalan sambil berpelukan dengan kekasih atau isterinya itu. Di shooping complex semasa menemani Ain mencuba baju pengantin sebulan lalu. Naik meluat pun ada jugak. Wanita tu mak ai punyalah seksi, bukannya Ana nak cemburu ke apa  tapi dia agak malu dengan pakaian wanita itu, agak menjolok mata, dia yakini ramai lelaki-lelaki akan terus memandang ke arah wanita itu dengan berpakaian seksi bergitu mana ada lelaki tak mahu pandangkan. Termasuklah si hantu ni.

“Apa maksud Ana?”

“Apa maksud saya? Hmm.. memang sejak dulu lagi sebenarnya saya rasa tak selesa berkenalan dengan Encik, maafkan saya kalau Encik terasa tapi saya harus berterus terang agar Encik tak ganggu hidup saya lagi, kesian pada kekasih atau isteri Encik tu kalau tu kalau dia tahu Encik main kayu tiga belakang dia. Insaflah Encik, hentikan semua ni dan kembalilah pada kekasih Encik tu, lagi pun saya ni pun dah bertunang apa lagi yang nak di kejarkan.” Panjang lebar Ana berceramah.

Tapi reaksi Faiz biasa aje, macam tak terasa apa-apa pun dengan kata-kata Ana tu tadi,  Ketawa lagi adalah, seram pula Ana dibuatnya dahlah dia sorang-sorang ni. Mintak-mintaklah Emma atau Lia datang cepat sikit.

“Patutlah selama ni awak layan saya endah tak endah aje, sekarang ni saya dah tau jawapannya dah awak pun dah bagi tau jawapan pada kata-kata terakhir awak tu kan Ana.” Faiz tersenyum menang.

“ Jawapan, Jawapan apa?” Kerut dahi Ana memikirkannya.

“Awak belum bertunangkan Ana, betulkan apa yang saya cakapkan ni,”

Kata-kata Faiz itu membuatkan Ana tersedak, tapi cepat-cepat dia cuba mengawal perasaannya dan riak mukanya.

“Apa En.Faiz cakap ni, memang betul pun saya dah bertunang, apa lagi yang En. Faiz tak puas hati ni.” Dengan tegas Ana berkata, tapi sikit pun tak menarik Faiz untuk mempercayainya.

“Ana..Ana.. sebab tu saya terpikat dengan awak Ana, makin marah makin cantik, buat apa awak nak tipu saya Ana sememang saya dah tahu yang awak tak bertunang, kekasih pun tak ada tak kan boleh bertunang pulak kan.” Faiz ketawa lagi, “ Dan macam mana pulak Fakrul Zarif tu boleh jadi tunang awak Ana sedangkan dia dah ada kekasih.. ish..ish..” Sambung Faiz lagi dia cuba menyentuh pipi mulus Ana tapi pantas di tepis kuat oleh Ana.


‘Kekasih, jadi selama ni Zarif dah ada kekasih.. adakah Zarif juga seperti Faiz?’

Belum sempat Ana ingin balas kata-kata Faiz itu, suara di belakang Faiz menarik mata Ana untuk melihat ke belakang. Dan terkejut.

“Dia memang tunang aku Faiz,” Jawab Zarif tenang.

Faiz menoleh ke belakang, dia turut tersentak, macam mana Zarif boleh berada di kampung Ana? Adakah betul selama ini Ana sememangnya tunang Zairf.

“Adriyana tunang aku Faiz, dan aku mintak kau jangan cuba ganggu tunang aku!” Lagi sekali dia mengatakan Ana adalah tunangnya.

Dan Ana pulak terkejut betapa selamba saja Zarif menuturkan perkataan tunang itu dari mulatnya, Zarif terdengarkah perbualan dia dengan Faiz tadi?

Bulat mata Faiz mendengar amaran dari Zairf. Zarif dengan selambanya menuju ke arah Ana dan terus memegang lengan Ana.

“Sayang, kenapa lama sangat duduk sini semua orang kat rumah dah risau tau, nasib baik Emma bagi tau abang sayang kat sini tadi.”

‘Sayang... abang...’ Ana menelan air liur.

“Err... saya bagi dah bagi tau Emma dan Lia tadi saya nak duduk sini kejap. Saya ingat dorang nak datang sini balik, tapi tak sangka pulak a...ab...abang pulak yang datang,”

Zarif tersengeh, lucu pulak rasanya bila dengar Ana panggil dia abang, tapi sweet apa. Dia dapat lihat tadi mulat Faiz melopong bila dia bersayang dengan Ana. ‘Padan muka kau Faiz, dah ada bini nak try mengayat orang lagi.’

“Jom lah sayang nanti semua orang kat rumah tu lagi risau, tadi abang janji kejap aje tak sangka pulak ada yang mengacau.” Dia mengerling pada Faiz.  “Tapi, okey jugak kan, abang jadi hero.. menyelamatkan bidadari dari dibaham oleh sang buaya tembaga terbesar di dunia.. hahahahaha..”

Ana mencubit lengan Zarif kuat, erangan Zarif kedengaran macam mengada aje bagi Faiz. Tambah-tambah apabila melihat wajah Ana bertukar jadi merah apabila di usik Zarif, dia bagaikan tak wujud aje di depan mereka berdua.

“Mengada la dia ni.” Jeling Ana. “Dah la orang nak balik,”

“Eh, nanti... tunggulah Abang, sayang..”

Ditinggalkan saja Faiz sendirian di jeti itu keseorangan diri, terkontang kanting Faiz jadinya. Buat penat saja dia menjejaki Ana sampai ke kampong bergini bukan dapat apa pun, Faiz menderus kuat.. susah payah aje dia berbohong pada isterinya yang dia pergi outstation, dua tiga hari baru balik ingatkan dapatlah mengayat Ana, rupa-rupanya... Faiz mengeluh lagi, jadi memang betullah Fakrul Zarif telah bertunang dengan Ana.. tengok  dari apa yang dapat dia lihat tadi sememangnya Zarif dan Ana tak seperti berlakon? Tapi adakah dia sudah ingin mengaku kalah? Tidak, selagi Ana belum sah menjadi isteri Zarif dia masih ada peluang, walaupun sesudah kahwin pun dia tetap ingin mengejar Ana, gadis itu terlalu istimewa lain daripada yang lain, tapi padahal dia yang tidak mahu mengalah perempuan baginya macam tukar baju. Walaupun dia dah berkahwin, Cuma isterinya saja yang tak tahu perbuatan dia dibelangnya. Ah.. isterinya itu terlalu percaya dan terlalu sayangkan dia tak mungkin isterinya itu boleh mensyak sangka yang bukan-bukan. Dia tersenyum sinis. ‘Zarif, mungkin kau boleh bergelak ketawa hari ni dengan Ana, tapi hari lain gelak ketawa kau tu akan jadi milik aku!’

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

“Adriyana tunggulah, lajunya awak jalan..” Zarif mengejar Ana yang sepuluh langkah di depannya.

Ana mencepatkan jalannya kadang kala dia berlari anak, malu untuk bersua muka dengan Zarif, Zarif dah tahu semuanya. Mahu dia tak malu, mana dia nak sorokkan muka dia yang cumel ni.

Zarif menarik tangan Ana, langkah Ana terhenti termengah-mengah dia sama jua dengan Zarif. Tangan Ana masih dia tak mahu lepaskan walaupun Ana cuba melepaskannya.

“Lepaslah Zarif, nanti apa kata orang kampong ni kalau dia tengok awak pegang tangan saya macam ni.”

“Saya akan lepaskan kalau awak ceritakan apa yang sebenarnya yang berlaku tadi, macam mana nama saya..”

“Lepaskan tangan saya dulu baru saya ceritakan kat awak, selagi awak tak lepaskan jangan harap saya nak ceritakan!” Potong Ana.

“Okey..okey saya lepaskan, sekarang saya nak dengar dari mulut awak apa yang terjadi tadi.. sayang..” Zarif memberikan senyuman manisnya, dia lihat Ana masih teragak-agak ingin membuka mulut, terkejut dia tadi apabila dengar Faiz menyebut namanya sebagai tunang Ana, rasanya dia belum pekak lagi.

“Adriyana.. I’m waiting..”

Peluang ini dia ambil untuk melarikan diri dari Zarif, dia belum sedia ingin bukak mulut bercerita hal sebenar, biarlah malunya turun dulu dah lah tadi dengan selamba badaknya si Zarif memanggilnya Sayang dan membahasakan dirinya sebagai abang, naik bulu romanya sampai sekarang tak mau turun-turun bila dia ingat tentang tadi, Faiz pulak ditinggalkan bergitu saja, Ah.. lantaklah yang penting selamatkan diri dulu dari pak cik sorang ni.

Sedaya upaya dia melarikan diri, sampai kat rumah dia terus tutup pintu dan berlari ke dalam bilik rumahnya, ibunya yang pelik melihat dia berlari itu tak dipedulikan. Sampai dalam bilik, dia menekan dadanya yang berdegup kencang rasanya sudah lama dia tak berlari bergitu laju, ni kalau masuk lumba lari 200m ni boleh jadi juara ni, time pemilihan waktu sekolah dulu pun boleh kalah ni, kalau dulu kalau tak no. Last dapat second last time latihan sukan, sekarang ni mak ai.. boleh pecah rekod ni. Dia masih ladi menekan dadanya perut pulak tiba-tiba jadi senak, dah berlari laju macam tu tapi perut kosong mau tak senak perut.Panggilan dari Ibunya di sahut pelahan. Cepat-cepat dia bangun.

“Ni kenapa sampai termengah-mengah ni kena kejar dengan sape?”

“Tak de sape-sape tadi main lari-lari dengan Emma dengan Lia. Hehehe.” Ana garu kepala. Tudung di kepala dibukanya, panas!

“Hisy.. kamu ni macam budak-budak nak lumba lari, awak tu dah boleh jadi mak budak tau kalau Nampak dek orang kampong tadi macam mana? Malu Ibu tau, nanti diorang kata anak Ibu tak ckup umur pulak nak main lari-lari. Si Emma dengan Lia tu lain la dorang tu budak sekolah lagi.. hisy.. kamu ni..”

Tu dia Mak Cik Sari dah start dah.. Sebelum Ibunya mengeluarkan kata-kata yang lagi pedih dari cilia pi apa kata dia..

“Ibu.. nak makan.. lapar. Tadi tak sempat nak makan..” Ana buat muka comel, sengaja dia muncungkan bibirnya ke depan.

“Haa.. baru tau kamu ye.. lapar, tadi tak ingat nak balik.” Ibunya menjeling. Haa.. baru kini dia tau dari mana dia dapat teknik menjeling paling tajam di dunia, jeling Mak Cik Sari!!

Memang patut pun Zarif kata jelingannya boleh membawa maut, dia tengok Ibunya jeling pun dia dah tau, ‘agaknya arwah ayah terpikat dengan Ibu sebab Ibu suka menjeling kot..’ dia ketawa sendirian.

Dia mengaduh sakit apabila merasa cubitan sakti dari Ibunya itu.

“Sakitlah Bu....” kerut dahinya.

“Tau pun sakit, berkali-kali orang panggil nama dia, dia duk berangan ye..” Kata Ibunya garang. Ana Cuma tersengih malu. Menunjukan giginya yang puteh lagi tersusun.
_____________
enjoy reading kawan2 ^^,