Friday 22 June 2012

rindunya....

Salam, semua... alah rindunya dengan kawan-kawan purple termasuk jugak blog purple ni.. sori sesangat kawan-kawan semua... buat masa ini SD akan di 'hold'kan untuk seketika... (ke'stuck'kan idea.. huhuhu) maaf kawan-kawan.. insyaAllah... ada masa purlpe akan sambung pelahan-lahan yer...


Hah... tapi ada surprise  untuk kawan-kawan sumer... purple ada buat Mini entry novel... tapi tahulah best ke tidak... insyaAllah... nanti purple post kan yer... jumpa lagi nanti..

salam semua.... ^_^

Saturday 25 February 2012

siapa dia?? 24

Episod 24

Setelah pulang dari kampung Ana memulakan kerja di tempat kerja baru, subuh-subuh lagi dia dah bangun. Semangat nak mendaftarkan diri sebagai pekerja office. Bangga, ye dia memang bangga bukan senang sekarang ni tau nak dapat kerja office walaupun dah ada ijazah, nak dapat kerja sebagai kerani pun dah susah sekarang ni. Dia bernasib baik dengan pertolongan Kak Mila Alhamdulillah akhirnya dia di terima juga. Hari tu dia temuduga untuk jawatan Akautan, tapi tak taulah dia adakah dia dapat kerja sebagai Akautan atau pun tidak, sebab hari tu kakak tu telefon suruh dia mendaftarkan diri saja jawatan tak tau lagi. Tak kisahlah nak bagi jawatan apa pun asalkan dapat bekerja di situ, syarikat besar jugak tu, Syukur!

‘Ain pulak sekarang ni tengah ber’honeymoon’ kat Bali, woah.. best dia dapat pergi Bali. Luar Negara tu, walaupun jiran sebelah aje tapi okey sangatlah tu, sekurang-kurangnya dapat jugak melancong ke sana, bertuah Ain. Aku ni bukan setakat nak pergi Bali pergi ke Baling pun tak pernah walaupun kat Kedah. Hisy.. tak baik mengeluh-geluh macam ni, dari aku mengeluh macam ni baik aku pergi makan tu lagi esok dari mengeluh entah apa-apa!’

Sesudah merapikan tudung di kepala, dia mencapai lip glose Maybelline warna merah perisa Stawberi itu, di colek sedikit dibibirnya yang merah itu setelah berpuas hati dia turun ke bawah, dilihatnya Kak Mila sedang menonton Berita Pagi di TV3 ditangannya ada secawan mug mungkin kopi kot, Kak Mila memang suka minum kopi, hmm.. dan sememangnya kopi sebab dah ada seteko kopi yang telah dibancuh oleh Kak Mila di meja, roti bakar juga ada. Lalu dia menuang air kopi ke dalam cawan yang telah sedia ada dimeja makan, ambik roti dan join Kak Mila tengok TV jap.

“Cerita apa pagi-pagi ni?” Tegur Ana.

“Tak de cerita apa-apa, biasalah pagi, dah ke. Kalau dah jom Kak Mila hantar pi office.” Mila bangun capai kunci atas meja, cepat-cepat Ana habiskan roti bakar dan minumannya itu.

“Woah.. lawa lah adik akak pakai baju formal macam ni, smart plus anggun.” Puji Mila. Kembang pulak Ana rasa pagi-pagi ni.

“Hehe.. mana ada biasa aje, akak ni puji lebih-lebih pulak segan pulak Ana.”dia ketap bibir.

“Nak segan apa ye, dah memang betul akak cakap lah.”

Meraka diam seketika, hanya kedengaran lagu di radio Era.fm, pagi-pagi ni suara Aznil atau Pak Nil yang selalu berceloteh, macam-macam cerita kadang kala kelakar jugak ceritanya tu, cerita tayar kereta pacitlah, jalan jam teruk takut sampai lambat office kena marah dengan bos lah, dan macam-macam lagi.

“Ana, balik nanti call akak ya, nanti takut akak terlupa pulak. Ana bukan tak tau akak ni bila nak duk kat kedai tu jadi lupe kat alam luar sekejap,” gurau Mila. Ana ketawa kecil.

“Okey, nanti Ana call akak. Tapi kalau akak tak dapat datang ambik pun tak apa Ana boleh aje naik teksi tak de la susah-susah akak nanti.”

“Eh, jangan nak mengada. Sebulan dua ni biar akak yang hantar ambik Ana, awak tu baru nak sesuaikan diri kat tempat ni kang dibuatnya teksi tu tipu ke atau nak buat perkara tak senonoh ke.. haa.. akak jugak yang susah dik. Mak awak tu suruh akak jaga awak tu baik-baik kat sini.” Mila dah start berleter.

“Baiklah Cik Puan Mila, saya yang menuruh perintah!”

Mila memberhentikan keretanya di letak parking bangunan itu. Sejurus menyelami tangan Mila Ana melangkah dengan penuh yakin dan semangat untuk memulakan kerja di hari pertamanya di syarikat itu, masuk saja ke dalam dia menanyakan soalan pada penyambut tetamu yang sentiasa tersenyum itu di mana dia boleh berjumpa dengan Puan Syikin dia menyatakan hari ni dia kena mendaftarkan diri orang pertama yang patut dia jumpa adalah Puan Syikin, penyambut tetamu yang bernama Anita itu mengatakan dia perlu naik ke tingkat 3 untuk bertemu dengan Puan Syikin.

Setelah berterima kasih dia terus pergi ke Lif di lihatnya masih belum ramai lagi yang datang kerja, awal lagi ke? Baru pukul 8.15 pagi. Patutlah, setelah pintu lif terbuka Ana masuk ke dalam tiba-tiba dia rempuh dari luar, sakit bahunya. Dia mengadu pelahan.  Ana sedikit bengang ‘awat kalut sangat belum masuk waktu kerja pun kan. Adeh terkehel bahu aku ni, langgar batu ke orang ni?’

Lelaki itu meminta maaf, di lihatnya lelaki itu menekan no. 5 tanda mahu ke tingkat 5, dia masih lagi menunduk mengusap bahunya baru saja nak menekan lelaki itu mempelawa untuk menekan tingkat berapa yang ingin Ana pergi, Ana cakaplah tingkat 3.

“Adriyana..”

Dia mendongakkan kepala dan..  bulat matanya.

“Zarif!!” Jeritnya agak kuat, bergema jugaklah lif ni. Nasib baik dia dan Zarif aje yang naik lif ni. Di pejam celik matanya itu, rasanya dia tak bermimpi ni, memang lelaki ini adalah Zarif!

“Macam mana..?” Mereka sama-sama bersuara.

“Awak..” Sekali lagi.

Mereka ketawa, macam mana pulak boleh sama-sama fikir perkataan yang sama ni, Ah.. normal lah.. sama-sama terkejut. Ana mendiamkan diri bagi peluang arif berkata-kata.
“Awak kerja sini?”

Ana angguk. “ Awak..”

“Saya memng kerja sini dari dulu,” terang Zarif. Ana buat mulut bentuk ‘o’.

“Hari pertama ke?”

“Mana tau?”

“Teka aje,” Zarif senyum.

“Sakit ke kena langgar tadi, sorrylah saya nak cepat tadi. Pukul 10 pagi ni ada musyuarat tu yang kelam kabut aje ni.”

“Tak pe, tak sakit sangat pun..” Ana tersenyum.

Ana tunduk, ‘tak sangkanya boleh jumpa Zarif kat sini. Jadi selama ni dia kerja sinilah, hmm rasa dekat jugak dengan tempat kerja aku dulu.Patutlah dia boleh ponteng-ponteng kerja dia, menyamar jadi Dr.Fakrul, ceh!’

“Adriyana..” Panggil Zarif lembut.

“Hmm..” Ana pandang Zarif, ‘mak ai, hensem pulak atok ni pagi-pagi gini, ni buat jantung aku ni tak henti-henti ber dup dap dup dap aje ni..’

“Cantiklah awak pakai macam ni?” Zarif mengenitkan sebelah mata. Merah  padam muka Ana. Sengaja dia kembungkan mulutnya menahan malu + tahan senyum.

“M..mana ada, biasa ajelah.. okeylah dah sampai, pergi dulu.” Ana cepat-cepat melangkah keluar dari lif.

“Bye sayang.. abang pergi kerja dulu..” Sekali lagi Zarif kenit mata padanya, sempat lagi tu sebelum pintu lif tertutup rapat.

Bulat mata Ana, ‘Hisy.. atok ni boleh lagi tu, nasib baik orang tak de kalau tak naya aje dah la hari ni aku first day...’

Sambil melangkah ke bilik Puan Syikin Ana tersenyum lebar, dia menarik nafas dan mengetuk pintu bilik Puan Syikin..

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Setelah dua jam mendengar ceramah Puan Syikin akhirnya  habis jugak, sedaya upaya dia menahan rasa mengantuk. Jawatan dia sekarang ni adalah pembantu sekreteri setelah sekreteri ‘sepenuh masa’ berhenti nanti barulah dia akan mengambil alih tugas sekreteri ‘sepenuh masa’ tu, buat masa sekarang ni dia perlu belajar jadi sekreteri.

Kali ini dia akan dibawa ke tingkat 5 untuk berjumpa dengan Sekreteri tersebut. Kalau ada bos dia akan di bawa jumpa bos sekali. Ana nak cuak, bukan ke tadi Zarif menekan tingkat 5 mana tau karang dia tersempak pulak dengan atok sorang tu, mana dia nak letak muka kalau-kalau si atok tu buat lawak maut dia? ‘Habis aku..’

Semasa sampai ke tingkat 5 Ana sempat lagi memerhati sekeliling takut terjumpa dengan Zarif. Nasib baik Puan Syikin tak syak apa-apa. Kalau Puan Syikin Nampak perlakuan dia tadi mau dia malu setahun. ‘Pelik-pelik aje, buat tak tau ajelah bila tersempak dengan pak cik tu nanti.’

Setelah berkenalan dengar separuh pekerja di tingak lima ini Ana menarik nafas lega, rata-rata rakan sekerjanya ini semuanya baik dan ramah-ramah berlaka, hanya tinggal beberapa orang lagi dia tak sempat berjumpa termasuk ‘bos besar’, dia nasib baik tak terjumpa dengan Zarif mungkin pi meeting dengan bos kot, tadi Zarif ada katakana dia ada meeting pukul 10.00 nanti, nasib baik!

Kak sekreteri pun boleh tahan baiknya, tak sombong peramah orangnya, katanya dia terpaksa berhenti kerana akan mengikuti suaminya berkhusus ke luar Negara selama dua tahun, sebab itu dia terpaksa berhenti kerja hanya tinggal dua bulan saja lagi dan kata Kak Dila lagi tiga minggu berakhirnya dia bekerja di sini. Dan selama tiga minggu ini jugak dia akan berlajar menjadi sekreteri kepada bos sementaranya Kak Dila.

Kak Dila memberi taklimat atau susun atur kerjanya sebagai sekreteri kelak, katanya mula-mula kenalah kemas bilik bos, yang penting meja mesti sentiasa kemas, lepas tu letak kan surat khabar dan majalah dia atas meja, kalau boleh hiaslah sikit biar bos masuk aje biliknya nanti dia Nampak selesa.Air pulak, bila time bos mintak aje baru buat dan yang lain-lain biar dulu. Kata Kak Dila, bos sporting orangnya jarang serius, Ana harap bergitulah takut jugak nanti lepas Kak Dila berhenti tiba-tiba bos bertukar sikap dari bos yang sporting jadi bos yang kepala angin mati dia nanti dah dia ni jenisnya tak suka kena marah asyik nak keluar air mata saja bila kena marah. Mintak-mintak lah perangai bosnya okey!

“Ana, jom la kita makan dah masuk time lunch ni, mesti bos pi makan dengan budak-budak office tu lepas meeting tadi,” kata Kak Dila.

Ana tengok jam kat tangan, pukul 12.05 tengah hari.

“Okey, jomlah.. hmm.. kita berdua aje ke, Yang lain dorang tak nak join ke?”

“Hmm.. dorang memang gitu, mesti dah ada tempat nak pergi lah tu tak pe kita makan berdua pun okey jugak kan. Ika dengan Khai pulak dorang selalu makan dengan ‘bakal’ dorang susah sikit nak join kelab kita ni, akak walaupun dah kahwin jarang-jarang jugak keluar dengan hubby akak, lagi pun tak nak lah susah-susahkan dia tempat kerja dia jauh sikit dari sini.” Terang Kak Mila.

Ana angguk kepala, dia mengambil handbeg dia di dalam laci, sementara menunggu Kak Dila berhenti dia duduk di meja yang berhadapan dengan meja bos.

“Kita nak makan kat mana ni Kak, Ana tak berapa tau sangat tempat ni so akak kenalah travel Ana lebih sikit.”

“Boleh aje,nanti lepas makan nanti akan bawak Ana jalan-jalan satu bangunan tu kalau ada masa kita jalan-jalan kat tempat ni,sekarang ni kita makan dulu kat kedai depan tu. Sedap tau Ana makanan dia, murah pulak tu. Tapi bala sikitlah sebab ramai orang makan kat kedai tu.. kalau Ana tak nak kita pergi tempat lain, tapi kena berjalan sikit la.” Kak Dila menekan puant lif.

“Ana tak kisah Kak asalkan halal dan mengeyangkan sudah, kita makan ajelah kat kedai depan tu nak jugak Ana rasa masakannya,kalau sedap kat situlah hari-hari muka Ana ada.”

Kak Dila ketawa. Pintu lif terbuka dan mereka berdua pun masuk.Mereka berbual lagi semasa menunggu lif turun ke bawah.

“Sebelum Ana kerja sini, dulu Ana kerja mana?”

“Dulu Ana kerja kat kedai buku Kak, sepupu kawan Ana yang punya. Dia pun kerja kat situ jugak dulu, tapi lepas kahwin ni dia berhenti terus, jadi suri rumah tangga aje.” Kata Ana tersenyum, teringat pulak dia pada Ain, rindu pulak dia pada sahabatnya itu.

“Oh.. dulu Ana ambik jurusan apa masa kat U?” Soal Kak Dila lagi.

“perakaunan, tapi tak sangka pulak boleh jadi sekreteri ni, dulu time temu duga mintak kerja pebantu akauntan.”

“Dulu memang ada sorang pebantu akauntan ni berhenti kerja tapi dah dapat penganti dah, sebab tu agaknya Ana dapat kerja ni, walaupun jurusan masa kat U dulu lain tak salah kita nak kerja berlainan bidang pun, kita sekarang ni memang tak boleh nak memilih kerja sangat, sekarang ni ramai orang yang menganggur tak kira lah masa di U dulu pun result okeh ke apa, orang sekarang ni lebih pentingkan pengalaman sebab tu fresh student sekarang ni susah sikit nak dapat kerja,sepupu akak yang belajar oversea tu pun susah nak dapat kerja tapi nasib baiklah time kat oversea dia ada kerja sambilan jadi itu boleh di jadikan asset penting masa nak cari kerja dan Alhamdulillah sekali ni dah kerja pun.” Panjang lebar Kak Dila berceramah.

“Betul tu kak, Ana setuju sangat. Janganlah kita ni asyik nak memilih kerja sangat walaupun graduan dari university rasanya kerja kilang pun okeh kalau nak buat permulaan cari kerja yang bagus, kerja kilang rasanya lebih besar gaginya sekarang ni dari kerja kerajaan.”
Kak Dila mengangguk setuju.

Ana tersenyum, rasanya dia dapat kerja ni pun sebab pertolongan dari Kak Mila kalau tak sampai sekaranglah dia akan bekerja di kedai buku itu.

Lif terbuka, mereka bersama-sama melangkah keluar dari lif dan beriringan ke kedai makan di depan bangunan ini. Sambil menyambung cerita mereka.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

siapa dia?? 23

Episod 23


“En. Faiz!!” Ana tergamam. ‘Macam mana dia boleh ada kat sini?’ Dia memejam celik matanya. ‘ Aku mimpi di siang hari ke ni?’ kali ni dia mengosok-gosokan matanya pula mana tau dia bermimpi. Dia menelan air liur apabila melihat bayangan Faiz makin menghampiri. ‘Sah, bukan mimpi!’

“Hai Ana? Lama tak jumpakan, Ana sihat.” Soal Faiz dengan suara yang lembut tapi kenapa Ana merasakan suara Faiz macam.. err.. gatal + mengada aje?

“Ba..baik. Macam mana En.Faiz boleh sampai sini, maksud saya mana En.Faiz tahu alamat rumah saya di kampung ni?” macam biasa kalau kalut sifat gagapnya akan muncul secara semula jadi!

Faiz tersengih sinis. “Nak seribu daya Ana.. Zulfa yang bagi tahu saya alamat rumah kat kampong awak,” Jawab Faiz terus terang.

‘Tak guna kau Zulfa, balik nanti jagalah kau Zulfa senget! Aku cincang kau!’ Merah mukanya tahan marah.

“Sape bagi tahu En.Faiz saya kat sini? Sape bagi tahu, Zulfa jugak. Sejak bila dia jadi perisik En.Faiz ni? Dia dah berhenti kerja kat kedai buku ke? Ke tawaran En.Faiz lagi menarik dari kerja kat sana?” Tanya Ana agak marah, bengang kat Zulfa tak hilang lagi.

Faiz ketawa. ‘Hisy, hantu ni orang tanya dia gelak pulak sekali aku bagi baru tau. Dah ar aku tengah berasap giler ni!’

“Relaxlah Ana, saya Cuma tanya kat budak-budak yang lalu tadi, diorang kenal awak then diorang cakap awak kat sini.”

“Budak-budak? Sape ye. Dia berdua ke, sorang aje?” katanya bercakap sorang-sorang.

“Berdua.” Kata Faiz

‘Ni lain tak bukan Emma ngan Lia, adeh.. nak salahkan dorang tak boleh jugak, mana dorang tau yang si hantu a.k.a si pengacau ketentaraman orang ni yang mengancau kehidupan aku selama ni, mintak-mintak la dorang datang balik lepas ni..’

Tenang aje Faiz berkata-kata, terus saje dia melabuhkan punggung di sebelah Ana, tapi pantas pula Ana bangun tak selesa. Takut pun ada, agaknya patutlah hatinya tadi rasa tak sedap semacam rupa-rupanya..

“Duduklah Ana dah lama kita tak bersembangkan, dan awak pulak asyik nak lari-lari aje dari berjumpa dengan sayakan. Saya ada buat salah ke? Atau awak yang ada..” Faiz ketawa lagi.

Dan Ana faham akan keperlian Faiz itu. Dia tersenyum sinis.

“Kenapa pulak saya nak lari-lari  dari En.Faiz. Sedangkan saya tau saya tak buat apa-apa pun kat Encik kan, lainlah Encik ni..” Ana ketawa sinis.

Faiz ingat Ana tak tahu yang Faiz sudah ada kekasih, depan mata Ana sendiri dia melihat Faiz berjalan sambil berpelukan dengan kekasih atau isterinya itu. Di shooping complex semasa menemani Ain mencuba baju pengantin sebulan lalu. Naik meluat pun ada jugak. Wanita tu mak ai punyalah seksi, bukannya Ana nak cemburu ke apa  tapi dia agak malu dengan pakaian wanita itu, agak menjolok mata, dia yakini ramai lelaki-lelaki akan terus memandang ke arah wanita itu dengan berpakaian seksi bergitu mana ada lelaki tak mahu pandangkan. Termasuklah si hantu ni.

“Apa maksud Ana?”

“Apa maksud saya? Hmm.. memang sejak dulu lagi sebenarnya saya rasa tak selesa berkenalan dengan Encik, maafkan saya kalau Encik terasa tapi saya harus berterus terang agar Encik tak ganggu hidup saya lagi, kesian pada kekasih atau isteri Encik tu kalau tu kalau dia tahu Encik main kayu tiga belakang dia. Insaflah Encik, hentikan semua ni dan kembalilah pada kekasih Encik tu, lagi pun saya ni pun dah bertunang apa lagi yang nak di kejarkan.” Panjang lebar Ana berceramah.

Tapi reaksi Faiz biasa aje, macam tak terasa apa-apa pun dengan kata-kata Ana tu tadi,  Ketawa lagi adalah, seram pula Ana dibuatnya dahlah dia sorang-sorang ni. Mintak-mintaklah Emma atau Lia datang cepat sikit.

“Patutlah selama ni awak layan saya endah tak endah aje, sekarang ni saya dah tau jawapannya dah awak pun dah bagi tau jawapan pada kata-kata terakhir awak tu kan Ana.” Faiz tersenyum menang.

“ Jawapan, Jawapan apa?” Kerut dahi Ana memikirkannya.

“Awak belum bertunangkan Ana, betulkan apa yang saya cakapkan ni,”

Kata-kata Faiz itu membuatkan Ana tersedak, tapi cepat-cepat dia cuba mengawal perasaannya dan riak mukanya.

“Apa En.Faiz cakap ni, memang betul pun saya dah bertunang, apa lagi yang En. Faiz tak puas hati ni.” Dengan tegas Ana berkata, tapi sikit pun tak menarik Faiz untuk mempercayainya.

“Ana..Ana.. sebab tu saya terpikat dengan awak Ana, makin marah makin cantik, buat apa awak nak tipu saya Ana sememang saya dah tahu yang awak tak bertunang, kekasih pun tak ada tak kan boleh bertunang pulak kan.” Faiz ketawa lagi, “ Dan macam mana pulak Fakrul Zarif tu boleh jadi tunang awak Ana sedangkan dia dah ada kekasih.. ish..ish..” Sambung Faiz lagi dia cuba menyentuh pipi mulus Ana tapi pantas di tepis kuat oleh Ana.


‘Kekasih, jadi selama ni Zarif dah ada kekasih.. adakah Zarif juga seperti Faiz?’

Belum sempat Ana ingin balas kata-kata Faiz itu, suara di belakang Faiz menarik mata Ana untuk melihat ke belakang. Dan terkejut.

“Dia memang tunang aku Faiz,” Jawab Zarif tenang.

Faiz menoleh ke belakang, dia turut tersentak, macam mana Zarif boleh berada di kampung Ana? Adakah betul selama ini Ana sememangnya tunang Zairf.

“Adriyana tunang aku Faiz, dan aku mintak kau jangan cuba ganggu tunang aku!” Lagi sekali dia mengatakan Ana adalah tunangnya.

Dan Ana pulak terkejut betapa selamba saja Zarif menuturkan perkataan tunang itu dari mulatnya, Zarif terdengarkah perbualan dia dengan Faiz tadi?

Bulat mata Faiz mendengar amaran dari Zairf. Zarif dengan selambanya menuju ke arah Ana dan terus memegang lengan Ana.

“Sayang, kenapa lama sangat duduk sini semua orang kat rumah dah risau tau, nasib baik Emma bagi tau abang sayang kat sini tadi.”

‘Sayang... abang...’ Ana menelan air liur.

“Err... saya bagi dah bagi tau Emma dan Lia tadi saya nak duduk sini kejap. Saya ingat dorang nak datang sini balik, tapi tak sangka pulak a...ab...abang pulak yang datang,”

Zarif tersengeh, lucu pulak rasanya bila dengar Ana panggil dia abang, tapi sweet apa. Dia dapat lihat tadi mulat Faiz melopong bila dia bersayang dengan Ana. ‘Padan muka kau Faiz, dah ada bini nak try mengayat orang lagi.’

“Jom lah sayang nanti semua orang kat rumah tu lagi risau, tadi abang janji kejap aje tak sangka pulak ada yang mengacau.” Dia mengerling pada Faiz.  “Tapi, okey jugak kan, abang jadi hero.. menyelamatkan bidadari dari dibaham oleh sang buaya tembaga terbesar di dunia.. hahahahaha..”

Ana mencubit lengan Zarif kuat, erangan Zarif kedengaran macam mengada aje bagi Faiz. Tambah-tambah apabila melihat wajah Ana bertukar jadi merah apabila di usik Zarif, dia bagaikan tak wujud aje di depan mereka berdua.

“Mengada la dia ni.” Jeling Ana. “Dah la orang nak balik,”

“Eh, nanti... tunggulah Abang, sayang..”

Ditinggalkan saja Faiz sendirian di jeti itu keseorangan diri, terkontang kanting Faiz jadinya. Buat penat saja dia menjejaki Ana sampai ke kampong bergini bukan dapat apa pun, Faiz menderus kuat.. susah payah aje dia berbohong pada isterinya yang dia pergi outstation, dua tiga hari baru balik ingatkan dapatlah mengayat Ana, rupa-rupanya... Faiz mengeluh lagi, jadi memang betullah Fakrul Zarif telah bertunang dengan Ana.. tengok  dari apa yang dapat dia lihat tadi sememangnya Zarif dan Ana tak seperti berlakon? Tapi adakah dia sudah ingin mengaku kalah? Tidak, selagi Ana belum sah menjadi isteri Zarif dia masih ada peluang, walaupun sesudah kahwin pun dia tetap ingin mengejar Ana, gadis itu terlalu istimewa lain daripada yang lain, tapi padahal dia yang tidak mahu mengalah perempuan baginya macam tukar baju. Walaupun dia dah berkahwin, Cuma isterinya saja yang tak tahu perbuatan dia dibelangnya. Ah.. isterinya itu terlalu percaya dan terlalu sayangkan dia tak mungkin isterinya itu boleh mensyak sangka yang bukan-bukan. Dia tersenyum sinis. ‘Zarif, mungkin kau boleh bergelak ketawa hari ni dengan Ana, tapi hari lain gelak ketawa kau tu akan jadi milik aku!’

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

“Adriyana tunggulah, lajunya awak jalan..” Zarif mengejar Ana yang sepuluh langkah di depannya.

Ana mencepatkan jalannya kadang kala dia berlari anak, malu untuk bersua muka dengan Zarif, Zarif dah tahu semuanya. Mahu dia tak malu, mana dia nak sorokkan muka dia yang cumel ni.

Zarif menarik tangan Ana, langkah Ana terhenti termengah-mengah dia sama jua dengan Zarif. Tangan Ana masih dia tak mahu lepaskan walaupun Ana cuba melepaskannya.

“Lepaslah Zarif, nanti apa kata orang kampong ni kalau dia tengok awak pegang tangan saya macam ni.”

“Saya akan lepaskan kalau awak ceritakan apa yang sebenarnya yang berlaku tadi, macam mana nama saya..”

“Lepaskan tangan saya dulu baru saya ceritakan kat awak, selagi awak tak lepaskan jangan harap saya nak ceritakan!” Potong Ana.

“Okey..okey saya lepaskan, sekarang saya nak dengar dari mulut awak apa yang terjadi tadi.. sayang..” Zarif memberikan senyuman manisnya, dia lihat Ana masih teragak-agak ingin membuka mulut, terkejut dia tadi apabila dengar Faiz menyebut namanya sebagai tunang Ana, rasanya dia belum pekak lagi.

“Adriyana.. I’m waiting..”

Peluang ini dia ambil untuk melarikan diri dari Zarif, dia belum sedia ingin bukak mulut bercerita hal sebenar, biarlah malunya turun dulu dah lah tadi dengan selamba badaknya si Zarif memanggilnya Sayang dan membahasakan dirinya sebagai abang, naik bulu romanya sampai sekarang tak mau turun-turun bila dia ingat tentang tadi, Faiz pulak ditinggalkan bergitu saja, Ah.. lantaklah yang penting selamatkan diri dulu dari pak cik sorang ni.

Sedaya upaya dia melarikan diri, sampai kat rumah dia terus tutup pintu dan berlari ke dalam bilik rumahnya, ibunya yang pelik melihat dia berlari itu tak dipedulikan. Sampai dalam bilik, dia menekan dadanya yang berdegup kencang rasanya sudah lama dia tak berlari bergitu laju, ni kalau masuk lumba lari 200m ni boleh jadi juara ni, time pemilihan waktu sekolah dulu pun boleh kalah ni, kalau dulu kalau tak no. Last dapat second last time latihan sukan, sekarang ni mak ai.. boleh pecah rekod ni. Dia masih ladi menekan dadanya perut pulak tiba-tiba jadi senak, dah berlari laju macam tu tapi perut kosong mau tak senak perut.Panggilan dari Ibunya di sahut pelahan. Cepat-cepat dia bangun.

“Ni kenapa sampai termengah-mengah ni kena kejar dengan sape?”

“Tak de sape-sape tadi main lari-lari dengan Emma dengan Lia. Hehehe.” Ana garu kepala. Tudung di kepala dibukanya, panas!

“Hisy.. kamu ni macam budak-budak nak lumba lari, awak tu dah boleh jadi mak budak tau kalau Nampak dek orang kampong tadi macam mana? Malu Ibu tau, nanti diorang kata anak Ibu tak ckup umur pulak nak main lari-lari. Si Emma dengan Lia tu lain la dorang tu budak sekolah lagi.. hisy.. kamu ni..”

Tu dia Mak Cik Sari dah start dah.. Sebelum Ibunya mengeluarkan kata-kata yang lagi pedih dari cilia pi apa kata dia..

“Ibu.. nak makan.. lapar. Tadi tak sempat nak makan..” Ana buat muka comel, sengaja dia muncungkan bibirnya ke depan.

“Haa.. baru tau kamu ye.. lapar, tadi tak ingat nak balik.” Ibunya menjeling. Haa.. baru kini dia tau dari mana dia dapat teknik menjeling paling tajam di dunia, jeling Mak Cik Sari!!

Memang patut pun Zarif kata jelingannya boleh membawa maut, dia tengok Ibunya jeling pun dia dah tau, ‘agaknya arwah ayah terpikat dengan Ibu sebab Ibu suka menjeling kot..’ dia ketawa sendirian.

Dia mengaduh sakit apabila merasa cubitan sakti dari Ibunya itu.

“Sakitlah Bu....” kerut dahinya.

“Tau pun sakit, berkali-kali orang panggil nama dia, dia duk berangan ye..” Kata Ibunya garang. Ana Cuma tersengih malu. Menunjukan giginya yang puteh lagi tersusun.
_____________
enjoy reading kawan2 ^^,

Friday 6 January 2012

siapa dia?? 22

Episod 22

Keesokan harinya..

Emma dan Lia bergelak ketawa di atas titi kayu sambil bercerita, cerita apalah yang seronok sangat tu sampai ketawa macam tu sekali, Ana mengeleng-geleng kepala. ‘Seronoknya jadi diorang, bergelak ketawa macam tak de masalah aje, hisy aku ni kalau dorang ada masalah pun kenapa nak menunjuk-nunjuk pulak mestilah sorok kan, macam aku sekali ni luar Nampak tenang tapi ke dalam libang libu rasanya. Ya, setiap manusia mesti diuji dengan ujian walau seberat mana pun ujian itu, kita mesti menghadapinya dengan sabar dan tabah, lihat dari ujian yang Dia turun kepadaku tidaklah seberat mana, ianya tidak seberat rasullullah S.A.W, sangat kecil jika nak dibandingkan dengan baginda. Moga Allah menguatkan kesabaranku ini untuk menerima selaga ujian dengan tabah.’

Selepas mengemas segala peralatan kenduri semalam yang telah diselesaikan pagi-pagi oleh dia dan beberapa lagi saudara mara Ain, setelah selesai semuanya dia meminta diri untuk ke sini, hatinya tenang apabila ada disini, permandangan yang hijau dan bunyi air laut yang indah membuatkan hatinya tenang sangat-sangat, bila dia dilanda perasan gundah disinilah tempat dia menenangkan dirinya. Angin yang agak kuat telah membuatkan baju dan tudungnya seakan-akan ingin melayang-layang, suara gelak tawa Emma dan Lia telah hilang tiba-tiba..dia mengelamun lagi…

Imbas kembali..

“Muka dorang memang nak dekat-dekat sama. Masa kecik-kecik dulu lagilah sama, sampai Ummi dengan Babah pun boleh confius tau dengan dorang, pastu dorang ni pulak nakal masa kecik-kecik dulu selalu menyambar Along jadi Angah.Angah jadi Along. Nasib baik sekarang ni boleh bezakan dorang, sebab Along jadi doktar Angah pulak uruskan syarikat Babah. Along pakai kereta vios Angah pakai kereta Jazz.”

Kata-kata Syidah membuatkan Ana tersentak. Kereta Jazz. Adakah Zarif tu...

“Syidah..” Tegur satu dari belakang. Ana dan Syidah sama-sama berpaling ke belakang. Dan.. dan dia terkejut.

“Angah!!” Jeritnya. Dia pantas menyelami tangan Angahnya. Dan memeluk Angahnya erat, rapatnya mereka berdua ni..

“Ini ke kembar Pak Su tu Kak Syidah.” Tanya Emma selamba. Dia menjerit kecil apabila Lia mencucuk pinggangnya.

“Kau ni pun, nak tanye tu berlapiklah sikit.” Marah Lia. Emma menjeling.

Syidah ketawa. “Haa.. Angah kenal kan ni Emma dan ini pulak Lia diorang ni anak sedara Kak Ain.” Syidah memperkenalkan Emma dan Lia kepada Angahnya.

“Hai.. Angah.. saya Emma.” Selamba saja Emma memanggil abang kedua Syidah Angah.

“Dan saya pulak Lia.”
 Kedua-dua mereka tersenyum manis.

 Zarif ketawa.
“Panggil Abang Fakrul aje, Emma.” Kata Zarif. “Abang dah tau dah, Mak Su korang ada cakap kat Abang hari tu.” Jelasnya.

Mereka berdua tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Dan paling istimewa, ini Syidah nak kenalkan Kak Ana pada Angah. Kak Ana ni kawan baik sehidup semati dan merangkap jiran Kak Ain.” Kata Syidah.

Ana yang dari tadi menunduk mendongakkan matanya ke atas ingin memandang adakah lelaki ini sebetulnya... adalah Zarif atau bukan.

“Adriyana.”

“Angah dah kenal ke dengan Kak Ana? Macam mana? Hisy.. muskyil ni.” Kata Syidah pelik, kerut dahinya.

“Kenal sangat Syidah, kami pernah berjumpa dua tiga kali kat klinik Along dulu.” Kata Zarif, matanya tak lepas dari memandang ke arah Ana.

Syidah buat bentuk ‘O’ kat mulutnya. Kemudian dia tersengih-sengih. Matanya memberi isyarat kepada Emma dan Lia. Dan mereka memahaminya.

“Okey, Angah dan Kak Ana dah lama kenal lah kan, kalau macam tu korang duduklah dulu kat sini ek, kiteorang nak tolong orang-orang kat sana pulak, Ha.. Angah ambik pisau tu tolong Kak Ana potong bawang-bawang ni semua ek. Jom Emma, Lia, kita pi sana.” Dia mengenitkan matanya pada Lia dan Emma.

“Jommm...” Kedua-dua mereka berkata serentak. Lantas pergi ke arah Mak Cik-Mak Cik yang tengah menyiang ayam dan daging.

Zarif mengambil tempat duduk Syidah disebelah Ana. Tangan kanannya mengambil pisau dan tangan kirinya mengambil bawang.

“Tak payahlah awak, biar saya buat semuanya ni, bukannya susah sangat pun.” Ana memulakan bicara.

Zarif tersengih malu, memang dia tak mahu pun bukannya dia pandai sangat nak potong memotong ni, makan dia pandailah.

“Thanks.” Dia pandang Ana, pelik dia melihat Ana yang sejak tadi asyik menunduk aje, kenapa?

Mereka berdua diam lagi. Zarif mengeluh, dia cuba melihat reaksi Ana ketika dia mengeluh tadi. Tapi tak ada apa-apa reaksi pun di wajah Ana.

“Ehem..” Zarif mencuba lagi. Tetap tak ada perubahan.

Ana dalam diam mengetap bibir, malu tahap gaban dia rasa. Jadi selama ini dia salah sangkalah kan? ‘Adeh, buat penat aje aku menangis bagai.. salah sangka rupanya. Jadi sebenarnya atok ni bukan doktarlah kan? Ceh, sesedap mi kari aje dia tipu-tipu aku ek.’ Rungut Ana.

“Adriyana.” Panggil Zairf. Ana buat-buat tak dengar. Perasan geram masih tak hilang dari hatinya.

“Adriyana!” Panggil Zarif dikuatkan sedikit volume suaranya. Masih lagi Ana buat tak tahu. Zarif pelik,‘kenapa dengan dia ni, merajuk ke? Tapi sebab ape?’ Zarif garu kepala.

‘Ha.. rasakan ni habuan untuk orang yang suke tipu-tipu aku. Heh, padam muka.’ Ana tersengih jahat, dah agak lama dia tak buat sengihan macam tu!

“Adriyana..” Panggilan Zarif kali ini berbeza. Lembut dan seakan berbisik. Memang pun, dia sengaja dekatkan bibirnya dengan telinga Ana.

Bulat mata Ana. ‘Amboi..atok ni melampau pulak dia ek, Nampak dek Mak Cik Biah kang naya saja!’

Zarif tersenyum menang, memang telah dia jangkakan Ana pasti menoleh padanya. Dia menghadiahkan senyuman paling hensem yang pernah dia ada. Dia mengenit sebelah matanya apabila Ana mengalihkan pandangan darinya, senyuman yang makin lebar apabila melihat pipi Ana merah.

‘Yes!!’ Sorak hatinya.
Tak lama kemudian, Zarif mengerang sakit apabila disiku oleh Ana. ‘Fuyoo.. tajamnya  siku dia.’ Kata Zarif dalam hati.

‘Ngade lagi, nasib baik aku bagi sikit aje tadi kalau ikutkan hati aku tadi nak biarkan si mamat ngade ni menjerit, biar semua orang tengok dia.’ Kata Ana geram!

“Auchh.. sakitlah Adriyana, awak ni kejamlah.” Kata Zarif pelahan, mukanya mintak simpati apabila Ana memandang ke arahnya.

“Nak kena lagi ke awak ni, tak serik-serik? Tu baru sikit tau. Mengade!” Ana menjeling Zarif tajam.

Tiba-tiba Zarif ketawa agak kuatlah jugak, tapi disebabkan keriuhan orang ramai ketawa Zarif kedengaran agak pelahan tengelam dalam keriuhan orang dalam khemah ni. Ana memandang dia pelik, ‘Apa hal lah atok sorang ni, nasib baik orang tak dengar sangat. Adeh..’ rungut Ana.

“Dah lama tak tengok jelingan mata awak Adriyana. Terubat rindu saya.”Katanya selamba. Zarif membawa kedua-dua tangannya ke dada umpama memeluk seseorang saja gayanya. ‘Peluk? Keterlaluan ke kata-kata aku ni?’

Nasib baik dia tak minum atau makan apa-apa, kalau tak dah tersembur kat muka Zarif gamaknya.

“Mengadalah awak, sudahlah orang nak pegi sana.”

“Adeh.. merajuk pulak buah hati saya ni.” Usik Zarif lagi. Ana menjeling lagi.

“Tak sangka boleh jumpa awak kat sini Adriyana. Dan tak sangka pulak yang awak berjiran dengan Ain.” Zarif mengubah topik.

Ana hanya mendiamkan diri. ‘Dan saya pulak tersalah sangka.. ingat awak ni tunang Ain rupa-rupanya Dr.Fakrul... Kalaulah awak tahu Zarif..alahai malunya!!’ Muka Ana kembali merah.

“Kak Ana!!!!” Jeritan suara seseorang telah menyedarkan dia dari mengelamun panjang.

Dia pandang sekeliling, dia masih lagi di kawasan jeti dan bukan di halaman rumah Ain. ‘Ya Allah, lamanya aku mengelamun.’ Dia meraup mukanya pelahan.

“Apalah kak Ana ni, orang panggil tak dengar langsung. Berangan pasal apa sampai macam tu sekali.” Kata Emma.

“Kak Ana ni buat orang risau aje, ingatkan tadi dah K.O dah.” Kata Lia pulak.

“Sorry, tak sengaja.Hmm.. korang dah nak balik ke?” Tanya Ana pada mereka berdua.

“Haah.. tadi nenek telefon, suruh balik sarapan. Jomlah kak, nanti nenek marah pulak,” Jawab Lia.

“Korang balik la dulu, akak nak rehat-rehat kat sini dulu. Lagipun akak dah makan dah pagi tadi.”

“Okey, kami balik dulu tau. Jangan lama-lama duduk sini. Haa.. jangan ngade-ngade nak berangan tau, gamaknya akak ni kalau kena culik pun akak tak sedar gamaknya. Huh, risau kami tadi.” Lia berceramah. Emma mengangguk setuju. Ana pulak hanya tersenyum malu.

“Yelah..yelah, kejap lagi akak baliklah. Okey, akak janji tak berangan-berangan dah.” Katanya sungguh-sungguh sambil angkat kelima tangan kanannya.

“Okey, tapi janji kejap aje tau.” Kata Emma pula, risau.

“Ye..” Tekan Ana.

Lepas mereka berdua berlalu dari titi tu barulah Ana dapat menarik nafas lega. ‘Hai budak-budak ni..’

“Ana..”

 sesorang menegur Ana dari arah belakang. Ana menoleh dan dia amat terkejut melihat lelaki itu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


salam.. semua, purple minta maaf banyak2.. lama tak post SD.. huhu.. lampi purple rosak teruk!! lepas tu tambah pulak dengan virus tahap 'm' merasuk diri purple.. sorry ye kekawan.. mintak di ampun kan.. (sorry kalu cerita SD ni makin merepek2.. purple budak baru belajar.. huhu) 

siapa dia?? 21

Episod 21

Ana merehatkan diri selepas tiga jam dia berdiri tanpa duduk, selepas ditugaskan sebagai pengapit dia menolong anak-anak dara sunti (12-18 tahun) mengedar bunga telur kat orang ramai. Memang penat, lagi pulak jemputannya memang boleh tahan. Mak Cik Piah jemput satu kampung (tu memang wajib) sedara-mara yang jauh dekat pun memang wajib jugak, kawan-kawan lama yang duduk jauh-jauh yang time belajar kat sekolah dulu pun dia jemput jugak, almaklumlah Ain adalah anak yang last mestilah kena buat yang grand punya, tu belum campur lagi dengan keluarga belah lelaki kalau boleh Mak Cik Piah memang nak jemput semua, tapi nasib baiklah ramai yang tak datang sebab ~ alasan yang bolehlah dikatakan munasabah, nak datang time belah lelaki yang buat~ So, tak delah ramai sangat lebih kurang penuh satu meja panjang aje!

‘Aku nanti bila time kahwin nak jemput macam ni jugak ke? Hmm.. kalau adik beradik ramai macam Ain ni bolehlah jemput semua ni Ibu kan Ibu Tunggal lepas tu sedara-mara pulak jauh-jauh, ada yang tak kenal pun ada jugak. Tapi bolehlah kot takat jempuat satu kampung apa salah ye..’ Ana tesenyum-senyum,

‘Hai..bila aku nak kahwin macam diorang, kan best kalau sekarang ni ada orang melamar aku jadi isteri dia.. tambah best lagi kalau ada putera raja datang mengurat + melamar aku time, ahh.. mesti aku setuju terus!! Hahahaha… Ibu Ana nak kahwin..’ senyuman Ana bertambah lebar sesekali dia ketawa kecil..

Ain yang dari tadi memerhati mengecilkan matanya, dia lepas aje orang ramai ‘bersurai’ terus dia salin baju tak sanggup dia nak pakai baju sanding tu lama-lama, silap hari bulan boleh terbakar kulit dia yang gebu ni. Perhatian dia berbalik pada Ana. ‘Ni ni kalau tak berangan… mimpi kahwin dengan anak raja ni.Nanti kau Ana..’

“Hoi!!” Ain tepuk meja.

“Mak kau nak kahwin!!!” Latah Ana kuat. Dia mengusap-gusap dadanya. ‘Ya Ampun.. nasib baik tak tercabut nyawa aku..’

Dia pandang keliling, Nampak beberapa orang (15-20 tahun, lelaki) tengah susun meja, kerusi dan basuh pinggan mangkuk, ada jugak sorang dua orang tu yang pandang-pandang sini, tahan gelak. ‘Kuat ke aku latah tadi..’ Matanya mencari Zarif mana tau kalau-kalau dia dengar.. ‘Alamak ai.. bertahunlah aku betapa aku dia tengok + dengan aku melatah tadi!!’

Ain tergelak berdekah-dekah, tangannya menekan perut lagi tu, adeh tak tahan. Sampai berair air matanya.

“Hahahaha… Ana..Ana.. Hahahaha,” menekan perut lagi.

Ana pandang muka Ain geram!! Rasa macam nak ribut taufan dah ni. Kecik aje Ain dari pandangan matanya sekarang ini.

‘Nasib baik kau yang kahwin hari ini Ain, kalau tak…’ Ana mengepal-gepalkan jari jemarinya.. macam nak belasah oranglah konon.

“Adeh.. ikan haruan aku dibuatnya, adeh.. haru-haru… hahahaha..” Ain sambung gelak lagi.

“Ain aku sumpah Ain lagi sekali kau gelak, kerusi meja ni kat atas kepala kau!” Amaran pertama!

“Okey.. aku..aku tak.. hahahaha..” Gelak Ain makin jadi-jadi, sampai senak perutnya.

“Ain!!” Jerit Ana kuat sampai jeritan dia jadi tarikan budak-budak yang basuk pinggan tu. Zarif yang dari tadi memerhatikan gelagat Ana dan Ain menjenguk kepala jugak.

Dia tersenyum kecil melihat muka Ana yang tengah menahan geram itu, ‘cutenya dia,’ kata hatinya.

“Woi.. sambung buat kerja, jangan pedulikan mak cik-mak cik tu, diorang memang macam tu,” Teguran along membuat dia sedar tapi senyuman masih tak hilang dari wajahnya. Dia menyambung kerjanya, basuh pinggan mangkuk!

“Aigo.. nasib baik kau yang naik pelamin hari ni kalau tak, kempunan laki kau malam kang!!”

Ain berhenti ketawa, tapi dia tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Ala... relax la Ana, aku nak gurau-gurau sikit pun tak boleh ke? Entah bila lagi aku boleh ngakat kau macam ni.”

“Haa.. yela tu, apa daa.. nak ngakat tu berpada-pada la sikit, kalau aku ada sakit jantung macam mana? Tak ke aku terus K.O dengar kejutan tahap nak mati dari kau tadi, dah la aku ni tak kahwin lagi, kau tu tak pelah dah lepas.” Rungut Ana.

Ain ketawa lagi tapi kali ni dia kawal sikit, ye la mana tau kalau-kalau suaminya tengok dia gelak macam orang gila tak ke dia jugak yang malu nanti, dahlah malam ni ‘special’ sikit bagi diorang berdua.

“ Yelah..sori..sori okeh, lain kali aku dah tak buat dah ye,” Ain menghadiahkan senyuman paling manis kat Ana. Dia pulak menjeling Ain tajam baginya senyuman tu macam gatal semacam saja.

“Hmm.. dah la aku nak masuk dalam dulu,” dia bangun dari tempat duduknya.

“Wei.. kau tak boleh masuk dalam macam gitu aje, sape nak tolong aku kemas kerusi
meja ni,”
“Kemas sendiri,” Kata Ana dengan muncung.

“Adeh.. mak cik ni merajuk pulak dia,” Ain garu kepala, dan tiba-tiba dia dapat idea baik punye..

“Zarif.. Zarif!!” Jerit Ain. Ana yang baru nak menghampiri rumah Ain berhenti. ‘Apakehei ye pulak minah ni panggil Zarif bagai, laki dia kan ada tu,’

Zarif Cuma mengangkat kepala, “ Kenapa?” soalnya pelik, dilihatnya Ain tersenyum senyum. Dia memandang abangnya di hadapan, Dr. Fakrul mengangkat bahu.

“Sini jap,” Panggil Ain. Lagi sekali Zarif memandang Alongnya mana tau kalau-kalau Alongnya tak bagi.

“Pergi la, mesti ada apa-apa tu,” Dr. Fakrul memberi keizinan. Zarif mencuci tangannya, lantas pergi ke arah Ain.

“Apa ye Ain.”

“Tu haa.. mak andeh kau merajuk tu tolonglah pujuk.” Kata Ain, Ana tersentak, ‘Apa pulak..’ Ana telan liur, mukanya merah. Dia pandang Ain tajam.

Zarif pulak tergelak, ekor matanya memandang Ana. Zarif dengan mahconya pergi ke
Arah Ana.

Muka Ana merah padam, hatinya bertambah bergetar apabila melihat Zarif semakin mendekatinya dan cepat-cepat dia berlari ke dalam rumah. Tapi sebelum sempat kakinya mencelah ke dalam tangannya ditarik.(berlapik!)

‘Alamak!!’

“Adriyana..” Suara macho Zarif kedengaran. Ana pejam celik matanya. Dia pengang dada,
‘ Tolonglah.. tolonglah berhenti berdegup, aku tak mau dia dengar jantungku berdegup!’

“Adriyana..” Lagi sekali kedengaran suara Zarif tambah pelahan.

“Hmm..” Hanya itu saja yang dia dapat katanya, suaranya seakan-akan tak keluar.

“Awak merajuk..” Soal Zarif. Ana mengeleng laju. Lengannya cuba direntapkan dari jari jemari Zarif yang kejap mengenggam.

“Adriyana..”

Ana makin kuat menarik lengannya dari Zarif, hatinya makin bergetar. Dan dia sedaya upaya mengawalnya.

Zarif ketawa pelahan. “Kenapa kalut sangat ni, Adriyana?” pertanyaan dari Zarif itu membuatkan muka Ana merah.

“M..mana ada, Zarif lepaskan saya, sebelum dorang Nampak apa yang awak ni.” Tergagap-gagap jugak Ana dibuatnya.

“Baguslah kalau dorang Nampak kita macam ni, boleh kita kah..” Belum sempat Zarif menghabiskan ayatnya Ana menarik kuat lengannya itu dan kali ini lepas, pantas di berlari ke dalam rumah, tidak dia pedulikan orang dalam rumah itu memadang pelik padanya, apa yang penting.. selamatkan dirinya dulu dari Zarif. Sampai di dapur dadanya seakan sukar bernafas dan badannya panas. Dia mengipas-ngipas mukanya dengan tangan. ‘Apa kena dengan aku ni sebenarnya..’ Rungut dia dalam hati.




Diluar..

Zarif pulak Cuma tersenyum senang, hatinya makin yakin Ana dan dia berkongsi perasan yang sama Cuma Ana tak tahu yang sebenarnya dia telah jatuh cinta terhadapnya. Kali ini dia akan berjuang untuk mendapatkan cinta Ana biar apa pun yang berlaku, Ana adalah miliknya, dia akan buat Ana mencintai dia sepenuh hatinya.‘Adriyana, awak dah curi hati saya dan saya yakin awaklah suri dihati saya selamanya…’

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Thursday 24 November 2011

siapa dia 20

Episod 20

Ain telah siap dihias, baju kurung moden berwarna putih itu memang sangat sesuai dengan Ain, bertambah ayu wajahnya. Dia menundukan wajah kalau ada saudara-maranya mengatakan dia Nampak ayu dan cantik. Katanya pula, ini semua kerja mak andam yang telah ditempah oleh cik abangnya.. Dr.Fakrul. Diimport dari KL tu.

Akad Nikah akan diadakan di Masjid Al-Nur selepas waktu Isyak sebentar saja lagi. Hatinya kian berdebar-debar sewaktu menantin bakal suaminya itu sampai ke masjid. Ana yang duduk di sebelah kanannya pun turut teruja. Ain mengengam erat Tangan Ana dan dia membalas gengaman tangan sabahatnya itu.

Ketika ini, Ana kelihatan ayu dengan baju kurung moden berwarna purple. Warna kegemarannya. Solekan yang tipis membuatkan wajah Ana Nampak lembut dan ayu, lebih kurang saja dia dan Ana. Tetapi tak de nya mak andam nak menyolekannya, dia make up sendiri! Sdn. Bhd. Okey‼

“Aku takut ni Ana.” Katanya dengan suaranya pelahan, hanya Ana sorang saja yang mendengarnya.

“Ala, relax la.. tarik nafas dalam-dalam dan hambus pelahan-lahan. Selawat banyak-banyak ek.” Ana memberi semangat. Ain, mengangguk pelahan.

“Pengatin lelaki dah sampai!” jerit Emma.

Ain menarik nafas dalam-dalam lalu dihambusnya dan dia berselawat sebanyak mungkin. Tika itu jugaklah dia Nampak Dr.Fakrul dan keluarganya sampai. Keluarga Dr. Fakrul duduk si sebelah kanannya juga. Sewaktu Dr.Fakrul ingin ke depan Ain berpandangannya dengan bakal suaminya itu, sempat lagi dia melihat Dr.Fakrul mengenitkan mata ke arahnya. Merah padam wajah Ain ketika ini.

Setelah Khubah nikah dibacakan, mereka memulakan akad nikah.Berwalikan Abang Sulung Ain. Tok Kadi menjabat tangan Dr.Fakrul erat.

“Fakrul Zahim.”

“Ya, saya.” Jawab Dr.Fakrul yakin.

“Aku nikahkan dikau dengan Ainul Mardina Binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM 300 ringgit tunai.”

“Aku terima nikahnya Ainul Mardina Binti Ahmad dengan mas kahwinya RM 300 ringgit tunai.”

“Sah,” Tanya Tok Kadi kepada dua orang saksi.

“Sah..” kata saksi pertama.

“Sah..” kata saksi kedua pula.

Dengan sekali lafas. Ainul Mardina sah menjadi isteri kepada Dr. Fakrul Zahim.

Setitis air mata kegembiraan menitis dipipi Ain, cepat-cepat dia mengelapnya dengan tisu. Tangan sebelah lagi mengenggam lengan Ana erat, Ana membalasnya.. mungkin memujuk Ain supaya ‘jangan nangis lagi...’ Ana turut merasa kesebakannya.

Dia melihat keluarga mentuanya mehela nafas lega dan sekali gus menyuarakan perasaan gembira kerana Dr.Fakrul hanya melafazkan dengan sekali lafaz sahaja.

“Tahniah..” Pamit Ana pelahan, suaranya seakan berbisik.

“Sama-sama.. lepas ni kau pulak.” Kata Ain balik, bergurau. Mata memandang suaminya yang menunaikan solat sunnat. Perasan bangga menjelar dihatinya.

Ana menjelir lidah. “Aku lambat lagi, aku tunggu first baby kau. Dan mintak-mintak sangat kembar boleh bagi aku satu.” Pamit Ana lagi, dia ketawa kecil apabila melihat muka Ain merah bukan main.

Dia menahan sakit ketika menerima cubitan yang paling sakit di dunia ini di pehanya. Berkerut-kerut mukanya.

“Sakitlah mak cik.”

Ain buat tak peduli. Ekor matanya memandang Ana, walaupun kamera tak putus-putus menekan ‘klik’ di hadapannya.

“Yelah tu, habis tu yang tengah pandang kau kat sebelah sana tu apa? Hmm.. aku rasa aku boleh taksirkan renungan yang macam mana lelaki tu pandang kau.”

Kata-kata Ain membuatkan Ana tunduk malu, kini giliran Ana pula memerahkan muka. Dia tahu siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Ain itu.

Belum sempat Ana menjawab, ahli keluaga kedua-dua belah pihak saling bersalam-salaman dan Ana terpaksa beredar dari tempat duduknya kerana upacara membatalkan air sembahyang akan dimulakan sebentar saja lagi. Dia hanya melihat dari jauh saja memberi ruang kepada ahli keluarga Ain dan Dr.Fakrul, tanpa sedar dia melanggar seseorang di belakangnya.

“Opss.. sorry..sorry.. tak sengaja.” Katanya spontan.

“Tak pe.”

Ana menoleh ke belakang. Wajahnya tiba-tiba merah dan pantas di tunduk ke bawah. Kenapa dalam banyak-banyak orang dalam masjid ni dia terlanggar lelaki ini, sedaya upaya dia ingin mengelak dari lelaki ini. Malunya tak habis-habis lagi dari semalam! Tapi.. nasib baiklah lelaki ini tak tahu apa yang sedang bermain dalam fikirannya, kalau tak  mesti setahun dia takkan tunjukkan mukanya depan Ain atau depan semua orang yang ada disini.. kecuali ibu hehe..

“Nak pergi mana? Tak nak tengok diorang sarung cincin ke?” Tanya Zarif.

“Tak payahlah.. ramai sangat orang nanti saya tengok dalam gambar ajelah,” jawab Ana pelahan.  Tadi dah bagi camera kat anak sedara Ain, Emma dan Lia suruh mereka jadi cameraman. Agaknya berebutlah mereka berdua tu..

“kalau macam tu kita keluar nak? Saya pun malas nak tengok jugak.” Zarif tersenyum.

‘Malas? Biar betul pak cik sorang ni? Sawan ke? Takkanlah dia boleh terlupa pula yang tengah menyarung cincin kat kawan aku tu abang dia? Keluar.. dari sini? Dengan dia ni.. tak payahlah, nanti jadi hot issue pulak.. tau ajelah orang kampong ni.’

“Tak payahlah, kita tunggu kat sini ajelah. Saya nikan pengapit nanti bila khimat saya diperlukan diorang terpaksa cari pulak, kalau saya hilang.. kan susah.”

“Hmm.. betul jugak tu, kerja pengapit ni biasanya kena ikut mana pengantin pergi kan? nanti Along tercari-cari pulak. Okeylah kita tunggu sini.” Katanya tersengih.

‘Dia ni pengapit jugak ke? Adeh.. memang aku tak boleh lari punya dari mamat ni.’

Selesai upacara pembatalan air sembahyang, jurukamera mengambil gambar pihak lelaki dan pihak perempuan bergilir-gilir bergambar dengan pengatin. Ain mengajak Ana bergambar dengannya sekali, tapi Ana mengeleng kepala. Tiba-tiba Emma menarik lengannya dan terus dibawa ke arah pengantin. Zarif pun terpaksa pergi selepas dipaksa oleh Syidah.

“Okey kali ni pengantin dan pengapit aje tau. Haa.. pengapit perempuan senyumlah sikit.” Arah Emma. Ana menjuihkan bibir ke arah Emma, tapi cepat-cepat dia tersenyum apabila banyak mata yang memandang.

“Hey, perasan tak Emma pengapit lelaki dengan pengapit perempuan ni Nampak macam sesuai la.” Kata Syidah. Pipi Ana sudah kepanasan. Dia menundukkan kepala sedikit, Zarif pulak tergelak kecil.

“Yeke Syidah, Angah ingat Angah sorang je yang perasan.” Kata-kata Zarif itu lagilah membuatkan Ana menundukkan kepalanya, rasanya karpet warna hijau kuning itu lagi cantik dari memandang ke depan.

“Haah.. memang sesuai pun.” Kata pulak jurukamera itu. Ana dah tak senang duduk.

Ain dan Dr.Fakrul ketawa bersama. Sambil mata mereka menglirik pada Ana yang sedari tadi asyik menunduk saja. Lagilah membuatkan mereka ketawa besar.

“okey sedia.. say cheese‼”

‘Klik!’

“Anak-anak.. meh jom kita angkat barang-barang ni semua. Kat luar kita boleh ambik lagi.” Tegur Mak Cik Biah.

“Okey..” Kata Emma dan Syidah serentak.

Ana apa lagi sepantas kilat terus mengambil barang-barang hantaran dan terus dia pergi dari situ, rasanya dia takkan masuk lagi selagi pengantin tak keluar. Biar saja dia tunggu  dalam kereta. ‘ Argghh… malu-malu, hempah punya Syidah.. sengaja aje nak kenakan aku dengan abang dia. Si Zarif pun satu pi menyokong pulak. Argghh.. rasa macam nak jerit kuat-kuat aje kat sini.’

“Dah hilang dah malu tu.” Tegur sesorang. Ana pandang tepi, mukanya yang elok putih terus merah. ‘Dia lagi..’

“Mak Cik Biah yang suruh saya bawak kereta ni ek. Sebab Along dengan Ain nak singgah chalet kejap.” Sebelum Ana bertanya Zarif dah jawab.

“Okey..” Jawab Ana sepatah.

“Kita berdua aje tau, sebab kat belakang dah penuh dengan barang jadi yang lain tak boleh ikut.” Ujar Zarif lagi.

“Apa? Mana boleh macam tu, saya naik kereta lainlah awak ajak Syidah.”

“Dorang semua dah pergi tinggal kita aje cik adik.” Zarif tersenyum menang. Bulat mata Ana pandang belakang, kiri dan kanannya. Semua kereta dah pergi tinggal mereka berdua saja belum bertolak lagi.

Zarif ketawa besar. Suka dia melihat Ana melopong bergitu. Comel. Ana menghadiahkan Zarif jelingan yang paling tajam! Geram.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


 

Sampai saja di rumah Mak Cik Biah, Ana terus turun dari kereta Zarif. Tak sanggup lagi dia bersama Zarif didalam kereta itu, asyik merah padam saja mukanya apabila teringatkan kejadian semalam, adeh.. memang malu sungguh. Tapi rasanya Zarif tak tahu apa yang dia tahu, harap-haraplah Zarif tak tahu!

“Kenapa awak Nampak lain aje? Dari semalam lagi awak macam ni, kenapa ya gaduh dengan boyfriend ke?” soal Zarif, telah dia jangka Ana akan memberhentikan langkahnya, walaupun tadi dia Nampak macam tergesa-gesa.

Ana pusing pandang belakang, dahinya berkerut. “Lain, lain macam mana tu? Dan kenapa pulak muka saya perlu jadi lain kalau gaduh dengan boyfriend? Hah.. tak fahamlah. Soalan jenis apa tu?” Jawab Ana balik, walaupun dia faham apa yang ditanya oleh Zarif tu, tapi takkan dia nak beri jawapan yang sebenarnya kan?  ‘Jawapan yang sebenar.. huiii.. takkan.. takkan sama sekali..’ jerit hatinya.

Zarif tergelak kecil. “ Cik adik, soalan saya yang punya senang tu pun awak tak boleh jawab ke? Okey kalau awak nak yang lebih detail lagi.. kenapa tiap kali awak tersempak atau terjumpa dengan saya muka awak jadi lain, I mean.. muka awak macam blushing, macam buat delima..Why?” nada ton ‘why’ Zarif lembutkan.

Ana telan liur, ‘ Mak ai.. straight punye soalan.. macam mana aku nak jawab ni?’

“Oo.. Haa.. pasal tu..” Ana garu kepala.. “ saya terkejut tiba-tiba awak datang sini, saya ingat awak tak kenal Ain.. hahaha.. kelakarkan, saya terlupa awak ni adik ipar dia.. hahaha..”

Entah macam mana reaksi muka dia tika ini, jawapan yang dia berikan pada Zarif pun macam.. errr.. tah apa-apa entah.. Ana telan liur lagi.

Kedut dahi Zarif melihat Ana begini, dia ketawa. Tergeleng-geleng kepalanya. Ana pun ikut ketawa jugak, tapi ketawa yang dia buat-buatlah.

“Saya rasa, makin saya kenal awak makin pelik perangai awak ni kan, tapi tak pe.. lagi saya suke.” Dia ketawa. “okey biar saya teka. Sebenarnya awak ni tak tau kan yang sebenarnya saya ada kembar betul tak ? Dan awak ingatkan yang sebenarnya Along saya tu saya, betul tak?” Sekap Zarif mengena. Ana menukar riak mukanya, dia tergeleng-geleng.

“Ma..mana ada.. mestilah saya tahu Ain bagitau sayalah diakan kawan baik saya mestilah dia bagitau Dr.Fakrul ada kembar, apalah awak ni ngarut aje.” Panas muka Ana dibuatnya, tapi cepat-cepat dia cover, tangannya dia letakan di dahi macam lindung muka kena mataharilah konon, padahal harikan malam.

“Betul ke ni?” Zarif kecilkan matanya. Dia mula mendekati Ana, dan Ana pulak dah mengelisah semacam.

“B..betul la, k..kenapa saya nak tipu awak pulak,” Dia larikan matanya dari terpandang mata Zarif.

“Ye ke.. tapi kenapa saya macam tak boleh nak percaya ek?” Zarif semakin menghampiri Ana. Ana telan liur beberapa kali. Jantungnya mula berdegup pantas. Dup dap dup dap..

‘Ya Allah, bagilah pertolongan kepada hambamu ini Ya Allah.’ Minta Ana sungguh-sungguh.

“Ana..oo Ana, apa yang dibuatkan bawah tu meh sini tolong mak!” Jeritan Mak Cik Biah membuatkan Ana melepaskan nafas selega-leganya. ‘Yes! Mak, thank you Mak. Ya Allah, terima kasih!’

“Ye mak, Ana naik ini.” Balas Ana dengan jeritan juga.

“Okey awak, saya naik atas dulu. Bye!!” Terus Ana melarikan diri tanpa menunggu balasan kata dari Zarif. Tergopoh-gapah sampai nak tersadung dia kat tangga, tapi terus jugak dia menguatkan larian sampai bayangnya tidak Nampak dek Zarif.

“Ana..Ana, awak ingat saya tak tau ke, apa sebenarnya yang berlaku? Saya lebih tahu dari apa yang awak tahu!” Zarif ketawa, kakinya melangkah ke rumah Mak Cik Biah.

“Saya nak tengok selama mana awak boleh sembunyikan dari saya?” Dia tersenyum. Penuh makna!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*