Thursday, 17 November 2011

siapa dia?? 19


Episod 19

Keesokan harinya gotong-royong atau rewang diadakan oleh orang kampung untuk kenduri Ain dan Dr.Fakrul. Meriah sekali keadaannya. Inilah yang dikatakan ‘Muafakat membawa Berkat’. Tetapi zaman sekarang kini amalan gotong-royong ini seolah-olah telah dilupakan, sedih rasanya budaya ini seakan-akan telah luput dari ingatan... telah lama ditelan zaman gamaknya.

 Orang masa kini lebih suka mengambil ketering, senang…nanti tak adalah nak bersusah payah nak membasuh pinggan mangkuk yang sememangnya banyak ya amat. Alah adatlah kendurikan tak kisahlah apa enis kenduri pun.. tak kan tak sibuk kot. Lagipun kenduri kahwin  ni bukannya akan berkali-kali. Lainlah kalau ada anak ramai, itu lain ceritalah.

Tapi kalau dibandar-bandar besar nak buat gotong-royong macam ni.. hmm.. rasanya tak patut kot. Gotong royong tiap hujung minggu pun jarang nak tunjuk muka, apa lagi gotong royong untuk kenduri besar begini.
“Emma.. Lia, cepat sikit potong bawang tu. Orang dah nak guna dah ni. Ya Allah baru banyak ni dah menangis? Hai.. apa nak jadi dengan anak-anak sekarang ni.Buat kerja sikit dah macam ni rupanya.” Rungut Tok Wan.

“Pedih la Tok Wan, selalu ye tak delah sebanyak ni orang nak potong memotong bawang ni. Tu yang nangis tu. Huhuhu..” kata Lia, Emma Cuma mengangguk. Ana yang dari memerhati, menyampuk…

“Tak pe, tak pe nanti Kak Ana tolong ek. Alah-alah sian ye anak-anak sedare Kak Ana ni.” Pujuk Ana main-main.

“Lantak..biarkan diorang buat Ana. Bila lagi nak belajar kalau asyik nak mengharapkan orang aje kerjanya.” Kata Mak Cik Biah pula. Kedua-duanya kelihatan mencebik sedih. Ana tersenyum melihat telatah mereka.

“Ala.. tak pe la Mak, biar Ana yang buat cepat sikit. Nak harapkan mak cik-mak cik ni buatkan, alamat sampai esok kot tak habis.” Balas Ana. Emma dan Lia dah tersenyum ‘manis’.

“Ha.. iyelah Ana.. kamu tengokkan budak berdua ni ye... Mak nak tengok apa yang dibuat dek Ibu kamu tu.” Mak Cik Biah, berlalu pergi meninggalkan mereka.

“Fuhh.. lega rasanya.. nasib baik Kak Ana jadi hero hari ni.” Kata Emma. Ana mencebik. Lia mengangguk kelapa.

“Haa.. sudah-sudah, kita ada misi ni tak de nak cakap-cakap kosong lagi. Lia cepat pergi ambik besen besar sikit Kak Ana nak berperang dengan bende ni. Hehehe..” Ana melipat-lipat baju kurungnya sampai ke siku.

“Mak ai, berperang tu.. mintak-mintaklah Kak Ana tak kalah macam kami berdua ni.” Kata Lia merujuk kepada mereka yang ‘baru potong bawang sikit dah keluar air mata!’

“Kak Ana.” Tegur Syidah.

“Yup.. Syidah kenapa? Kak Ain telefon ke?” Tanya Ana.

“Tak.. nak tolong hehehe..” Syidah buat muka ‘cute’.

“Meh-meh sini, memang akak cari Syidah tadi, boleh tolong potong bawang ni.. lagi ramai lagi best.”

“Haah.. betul tu Kak Ana, tadi Kak Syidah pergi mana? Emma cari merata tempat tak jumpa-jumpa.” Sampuk Emma.
“Akak pergi balik chalet tadi, nak ambik handphone tertinggal semalam pas tu terus ambik beg. Nak tidur lagi kat sini sampai hari bersanding esok.” Kata Syidah. Emma buat ‘oo..’

Setelah Lia mengambil besen yamg agak besar dia pun join sekarang potong memotong bawang ni. Hah.. kali ni cepat sikit cara dorang potong setelah Ana mengejar mereka cara-cara yang betul ketika memotong. ‘Cewah jadi cikgu sementara pulak aku ni ye..’ Katanya dalam hati.

“Kak Syidah ni anak yang lastkan,” Tanya Lia. Syidah mengangguk. “Pak Su anak sulungkan?” Tanya Lia lagi. Syidah mengangguk lagi.

“Ceh kau ni dah tau lagi mau tanya ka?” Kutuk Emma. Lia tersenyum malu. Syidah dan Ana tersenyum.

“Kenapa tanya?” Kata Syidah.

“Emm.. tak de la, saja nak tanya. Hehe.. habis tu siapa adik kedua Pak Su Kak Syidah, lelaki ke perempuan?” maksud Lia tu adik Dr. Fakrul.

Emma menampar bahu Lia pelahan. “Apa tanya Kak Syidah macam tu, kurang sopanlah kau ni Lia.”

Lia garu kepala. “Habis tu nak tanya macam mana lagi?”

Syidah ketawa. “Bawah Along, Angah. Angah lelaki . Dan sama umur dengan Along.” Terang Syidah.

“Oo.. jadi Pak Su ada kembarlah.” Sampuk Emma.

Syidah mengangguk.

“Ceh, dah tau Pak Su sama umur dengan adik Pak Su mestilah kembar, apa daa kau ni.” Kutuk Lia pulak. Emma ketawa kecil.

Ana dan Syidah ketawa dengan telatah Lia dan Emma. “Dorang memang selalu macam ni ke kak?” Tanya Syidah pelahan.

“Bukan selalu, tapi wajid!” Kata-kata Ana membuatkan Syidah ketawa lucu.

“Bestlah buat kenduri kat kampung ni, Syidah first time tau rasa macam ni. Best sangat-sangat. Rasa macam harmoni aje, kalaulah Syidah ada kampung kan best.” Ujar Syidah.

“Alah.. kampung ni kampong Syidah jugak, nanti kalau Dr.Fakrul balik sini dengan Kak Ain, Syidah datanglah sini sekali. Boleh rasa masakan kampung pulak. Tau tak.. Mak Kak Ain tu terer tau masak masakan kampong ni. Sekali try mesti nak lagi.” Kata-kata Ana menaikan lagi semangat Syidah nak merasa masakan kampung disini.

Dia mengalihkan pandangan ke belakang, dia melihat Umminya sedang beramah mersa dengan orang-orang kampong disini. Dia tersenyum, walaupun Umminya itu seorang yang berpelajaran tinggi dan dibesarkan di Kuala Lumpur, kelihatan Umminya tak kekok langsung dengan keadaan disini. Dia kagum dengan Umminya itu.

“Kak Syidah, adik Pak Su tu mana? Dia tak datang sini ke? Nak tengok jugak muka adik Pak Su tu, sama sebijik macam muka Pak Su ke atau ada lain sikit.” Pertanyaan Lia mengembalikan Syidah dari lamunannya.

“Dia tak de Lia, Balik KL sekejap.. petang kang dia sampaila.Dia balik KL malam tadi, haa yang hantar Kak Syidah dan Mak Su korang semalam Angahlah tu. Adeh...lupa pula korang berdua bukannya ada kat tangga semalam.. Haa.. Kak Ana, Kak Ana ada Nampak kan, semalam?”

Pertanyaan Syidah membuatkan Ana mengibaskan ingatannya semalam. Dia mengecilkan mata.

“Oo.. yeke, akak ingat yang hantar korang semalam Along Syidah?” Kata Ana Balik.

“Muka dorang memang nak dekat-dekat sama. Masa kecik-kecik dulu lagilah sama, sampai Ummi dengan Babah pun boleh confius tau dengan dorang, pastu dorang ni pulak nakal masa kecik-kecik dulu selalu main tukar-tukar.. Along jadi Angah.Angah jadi Along. Nasib baik sekarang ni boleh bezakan dorang, sebab Along jadi doktar Angah pulak uruskan syarikat Babah. Along pakai kereta vios Angah pakai kereta Jazz.”

Kata-kata Syidah membuatkan Ana tersentak. Kereta Jazz. Adakah Zarif tu...

“Syidah..” Tegur satu dari belakang. Ana dan Syidah sama-sama berpaling ke belakang. Dan..

bersambung...

siapa dia?? 18


Episod 18

Ana membantu anak-anak saudara Ain menghias bilik pengatin, mereka memasang langsir yang berwarna coklat itu setelah selesai tugasan memasang langsir, mereka kini mengemas katil pula Ana ketawa melihat telatah anak-anak saudara Ain yang bertengkar untuk mengusun bantal-bantal agar menjadi lebih cantik dan teruja dipandang tetamu nanti.

“Emma.. aku kata susun macam ni lagi cantiklah, kenapalah kau ni degil sangat. Hisy..” berkerut-kerut dahi Lia, menegah agar Emma mengikut caranya.

“Mana ada, aku punya susunan lagi cantik dari kau. Kau punya susunan macam kono ar Lia..” kutuk si Emma.

“Mana ada.. aku punya lagi cantiklah.” Tegas Lia.

“Tak, aku punya lagi cantik.. kau punya macam kuno. Hahaha.”

Disebabkan tak tahan dikutuk, Emma mengejar Lia mengelilingi katil itu.

“Siap kau Lia, kalau aku dapat kau mati kau aku kerjakan!” Emma narik nafas sebelum mengejar Lia lagi.

“Hahaha.. wek-wek.. tak dapat-tak dapat.. kejarlah lagi.” Ejek Emma lagi. Ianya lagi membuatkan si Lia bengang.

“Eh..eh.. stop-stop.. adeh apa ni gaduh-gaduh ni.” Ana menarik tangan Lia dan Emma supaya mereka berhenti berlari-lari. Kang tak pasal-pasal rosak pulak katil pengatin ni nanti. Dahlah baru beli, kempunan pulak pengantin tu nanti.

“Tak de kak.. ni si Lia ni mula dulu..” Tuduh Emma.

“Mana ade.. kaulah yang mulakan dulu.. heh!” Tuduh Lia balik.

“Ehh.. apa pulak aku.. kaulah, bengong!”

“Kau cakap aku bengong, kaulah bengong cakap orang pulak!”

“Kaulah!” Emma menolak bahu Lia.

“Kaulah!!”Lia tolak balik bahu Emma.

“Eh..eh sudah-sudah, akak panggil kang ayah kamu berdua nanti nak?” Kata Ana.

Terdiam kedua-keduanya. Ana tahu, kedua-dua mereka ni takutkan ayah masing-masing. Sememangnya abang-abang Ain tegas orangnya.

“Haa.. tau pun senyap. Haih.. korang ni perangai macam budak-budak, pada hal umur macam korang ni dah boleh dikahwinkan dah tau tak.” Tegur Ana sambil tergeleng-geleng kepala. Memang Emma dan Lia ni tak boleh dekat, asyik nak gaduh aje kerjanya. Tapi dalam gaduh-gaduh diorang ni kalau tak de salah seorang yang sana kata boring yang sini rasa tak senang hati, tapi kalau dekat hah.. macam nilah perangainya.

Bagi Ana, dalam banyak-banyak anak saudara Ain. Mereka ni yang paling best dan paling kamcing sekali dengannya, sebab itu diorang ni tak kisah kena marah dengan dia sebab diorang ni memang dah lama kenal dengannya.

“Okey..okey macam ni, akak nak Emma kemas dan susun katil ni dan Lia pulak susun meja- meja comel ni dan hias sikit bilik ni. Hah suka hati Lia lah nak letak apa pun ikut suka koranglah.. tapi kena ikut temalah kan. Okey macam mana setuju.” Cadang Ana. Kedua-duanya mengurut-urut dagu masing-masing, Ana geleng kepala. Ada-ada saja perangai dorang ni.

“Hmm.. cantik-cantik kenapalah tadi tak terfikir nak buat macam tu kan Lia.”

“Haah.. betul-betul, pandai betul Kak Ana ni.” Puji Lia.

“Well, akak memang sentiasa pandai pun. Hahahaha.” Kata Ana dengan riak. Emma dan Lia buat muka nak muntah.

“Dahlah korang siapkan bilik ni cantik-cantik akak nak pi kat luar jap nak cari Mak su korang.”

“Okeh, Kak Ana. Serahkan kepada kami.Kami sedia berhikmat.” Kata Lia.

“Beres kak..” Kata Emma pulak. Ana pula hanya ketawa dengan telahah mereka berdua.

“Sudahlah akak keluar dulu ek. Kemas elok-elok tau.”

“Aip-aip chip!!” Kata mereka bersama-sama, sebelum ketawa riang.


Diluar ~ Ruang Tamu

“Haa.. Ana dah siapkan dah bilik tu..” Tanya Ibu Ana.

“Ana suruh budak berdua tu bereskan bu.. nak sangat buat, Ana bagilah.” Kata Ana.

“Hisy.. kamu ni ada ke suruh budak-budak tu buat, jadi apa kang bilik tu nanti. Bilik pengantin tu Ana.” Tegur Ibunya.

“Biarlah Mah, dah budak-budak tu yang nak buat. Bukan salah Ana pun.” Balas Mak Cik Biah, ibu Ain. Ana tersenyum manis pada pada Mak Cik Biah Tanda terima kasihnya.

“Mak, mana Ain Mak, dari tadi Ana tak Nampak pun kelibat dia?” Tanya Ana, dia lebih senang memanggil Mak Cik Biah dengan panggilan ‘Mak’ sebab dah terbiasa dari kecik. Ibunya dan Mak Cik Biah memang kawan  baik dari dulu. Selama ini, Mak Cik Biah sekeluargalah yang banyak membantu dia dan Ibunya kerana Ibunya..seorang Ibu tunggal.

“Tadi dia ke chalet Fakrul sekeluarga sebab nak ambik baju nikah, sebab hari tu dia ada cakap baju nikah dia tu besar sikit pinggangnya.” Jelas Mak Cik Biah. Ana hanya menganggukan kepala.

“Haa.. tu dah dengar kereta tu, Ain la tu. Hah, cuba kamu pergi tengok.”

“Okey.”

“Ni pun kau Ain, satu rumah aku cari kau tau, mana kau pergi?” Ana pura-pura tanya.

“La.. yeke, aku pi chalet Abang Fakrul tadi, nak ambik baju ni haa..” Ain menunjukan baju nikah yang akan dia pakai esok. Akad nikah esok akan diadakan lepas solat Isyak. Nasib baik malam kalau pagi.. huhu mau tak kelam kabut diorang ni pun agak kelam kabut jugak ni. Adatla tukan..

“Hah.. Ana ni aku kenalkan kau, Syidah. Adik bongsu Abang Fakrul.” Ain mempekenalkan Syahida pada Ana, dia tersenyum melihat adik Zarif ini, manis orangnya.

“Hai.. nama akak Ana, panggil aje Kak Ana.” Kata Ana lembut. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam dengan adik Zarif ini.

“Nama saya Syahida, panggil syidah aje.” Jawab Syidah sopan. Malu-malu. Bila dia pandang muka Ana tadi, dia teringatkan something.

‘Rasa macam pernah nampak pulak muka akak ni, tapi kat mana ek?’ Kerut muka Syidah.

“Eh.. jomlah masuk, berdiri pulak kita kat tangga ni haa. Adeh. Kau ni pun Ain jemputlah adik ipar kau ni masuk.”

“Hehe.. aku lupa la..” Kata Ain, garu kepala.

“Ada ke lupa.. apa daa kau ni.” Kutuk Ana. Syidah hanya ketawa.

“Siapa yang hantar korang kat sini tadi?” Tanya Ana.

“Adik Abang Fakrul yang hantar tadi,” Jawab Ain.

“kenapa tak suruh dia masuk sekali aje tadi?”

“Hisy.. mana bolehlah. Adik Abang Fakrul tu lelakilah.” Jelas Ain, berkerut dahinya.

“Alah.. mana aku tau adik laki kau tu lelaki jugak.” Kata Ana pulak. ‘Tak tau pulak Zarif ada adik lelaki, hmm.. memang aku tak tau apa-apa pun pasal keluarga Zarif ni.’

“Dah..dah jom, kang membebel pulak mak aku kalau kita tercegat kat sini aje.”

“Eh, dah pukul sepuluhlah. Ain, Mak kata time ni elok kalau aku taruk inai kat jari-jari kau ni. Kang tak delah kelam kabut sangat.”

“Oo.. yeke, haa.. eloklah tu bolehlah Syidah tolong sekali ek.” Syidah hanya mengangguk.

“Lupa nak cakap Syidah malam ni dia nak tupang tidur sini.” Kata Ain lagi.

“Eh, nape bagi tau aku pulak ni rumah kau bukan rumah aku, kalau rumah akulah, Syidah nak berkampung pun boleh.” Gurau Ana. Ain dan Syidah tergelak.

“Ain, macam mana dengan baju nikah kamu? Dah elok ke?” Tanya Mak Cik Biah.

“Okey dah Mak, nasib baik time Abang Fakrul datang butik tu ada tukang jahit baju nikah ni Mak, kalau tak de tak taulah macam mana nak buat.” Jawab Ain.

Mak Cik Biah menarik nafas lega. “ Hah.. sudahlah tu meh sini baju tu, Ain pergi pakai inai Mak dah letakkan inai tu kat dalam peti ais tadi, eh lupa pulak Mak. Si Fakrul macam mana? Dia dah pakai inai ke? Tak sempat pulak Mak nak tengok jari dia tadi.” Tanya Mak Cik Biah. Kalau Fakrul tak pakai masa ni boleh dia suruh budak-budak ni pergi hantarkan inai tu kat chalet yang Fakrul sewa.

“Dah Mak, dia masa kat KL Ummi dah pakaikan kat dia. Kata Ummi tak de lah nanti kelam kabut.”

“Tapi Mak, Ana takutlah nak pakaikan inai kat kaki, takut tak cantik pulak nanti dah la lama tak practice ni.” Kata Ana menyampuk.

“Tak pe yang kat kaki tu nanti biar Ibu yang pakaikan ye.” Kata Ibu pula.

“Eh, lupa pulak nak cakap Mak, malam ni Syidah tidur sini tau. Esok baru dia balik chalet.”

“Ha.. eloklah tu nanti Ain, Ana dengan Syidah tidur kat bilik pengantin tu ya. Anak-anak dara mesti tidur kat bilik pengantin ambik berkat sikit. Nanti boleh kahwin cepat-cepat macam si Ain ni haa..” Sampuk kakak ipar Ain. Kak Wani. Ain mencebik. Ana dan Syidah ketawa.

“Gelak pulak kamu ni Ana. Lepas ni giliran kamu pulak ya. Betul tak Bu.” Kata Kak Wani. Ibu Cuma menjeling Ana dan ketawa.

“Apa pulak orang Kak wani. Orang lambat lagilah. Orang nak tunggu si Ain ni dapat first baby dulu baru orang kahwin. Hahaha..” Balas Ana, menolak bahu Ain pelahan. Muka dah merah padam. Syidah, Ana dan Kak Wani ketawa terbahak-bahak melihat muka Ain merah dengan gurauan Ana.

“Eleh.. kutuklah aku time ni, nanti bila tiba time kau nak kahwin nanti jagalah kau. Aku kenakan kau habis-habisan.” Ugut Ain. Ana mencebik, geleng-geleng kepala, buat muka tak takut.

“Eh.. sudah-sudahlah tu, cepat pergi pakai inai tu. Ni dah pukul berapa ni. Ain kena tidur awal tau, pengantin tak boleh tidur lewat nanti sebab pulak muka tu.” Kata Mak Cik Biah.

“Ya lah Mak, jom Ana.. Syidah.” Ana dan Syidah menuruti langkah Ain.

Sehingga jam 3 pagi baru lampu dan riuh-rendah orang di dalam rumah Mak Cik Biah padam dan tidur. Apa-apa yang tidak disiapkan lagi akan bersambung keesokan harinya.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

siapa dia 17

Episod 17

Sebelum mereka bertolak ke kampung mereka, Ana sempat menlayari internet. Bukak Facebook miliknya yang sudah lama tak diupdate. ‘Ya Allah banyaknya notifications sampai 150 tu!’ Ana mengeleng-geleng kepala. Dia kemudiannya menekan ‘klik’ pada butang ‘home’ dan dalam banyak-banyak ‘Top News’ itu dia tertarik dengan satu artikel dari iluvislam.com ‘Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki’ di bacanya dengan penuh khusyuk.

 

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.
Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

 

Tergamam dia ketika ini. Bergitu mendalam sekali makna artikel ini, dia terasa mahu menitiskan air mata tika ini tapi ditahannya. Ya, setiap wanita sememangnya ingin memiliki lelaki yang diimpikannya tetapi betulkah lelaki itu adalah jodoh sebenar-benarnya. Cinta adalah anugerah terindah yang telah Allah berikan terhadap hamba-hambanya, kerana cinta juga kita boleh terleka, terluka,terhina tetapi jikalau cinta kita itu berlindaskan cinta kita kepada yang Esa. Dengan izinNya cinta kita itu pasti akan sentiasa diberkati dan dirahmati.

 

Tika ini, Ana seolah-olah tersedar dari mimpinya yang panjang. Sungguh masa ini dai rasa menyesal kerana dirinya sentiasa mendambakan cinta sang arjuna yang tidak akan menjadi hak miliknya, terasa dia menghambakan dirinya pada cinta. ‘ Ya Allah, ampunkan hambamu ini Ya Allah. Hambamu ini telah lama menyimpang dari landasanMU, Ya Tuhan yang Maha Agong sesesungguhnya cinta paling mulia adalah cinta kepadaMu Ya Allah tiada yang lain dariMu Ya Tuhan.’ Ana menekup mukanya, menyesal kerana selama ini dia menghambakan dirinya pada cinta dunia.

 

“Menyintai bunga..bunga akan layu. Menyintai manusia.. manusia akan mati. Tetapi menyintaiMu akan kekal selama-lamanya, Ya Tuhan.” Katanya berbisik.


“Sesungguhnya kalau dia bukan jodohku dariMu, jauhkanlah dia dariku Ya Tuhan.Tetapi jikalau benar dia adalah jodoh yang telah Kau sediakan... dan jikalau benar tulang rusuknya Kau sediakan hanya milikku, dekatkanlah dia kepadaku Ya Allah.” Doanya pelahan.. bersungguh-sungguh.




*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Tuesday, 11 October 2011

siapa dia?? 16


Episod 16

Faiz memhempaskan tubuhnya ke katil, dia menderus kuat. Hatinya bengang megenangkan kejadian tengah hari tadi.Siapa lelaki itu, kenapa tiba-tiba saja dia mendekati Ana, tunang dia ke? Tak mungkin kalau lelaki tu tunangnya pasti muka Ana tak kan macam tu.Tak boleh-tak boleh, Ana hak aku.. dia tak boleh jadi hak orang lain,hmm.. nampaknya lelaki tu nak bersaing dengan aku.Tak pe.. The best man win, bro!

“Sayang, fikir apa tu sampai berkerut-kerut muka tu, macam ada masalah besar aje. Sampai I dan baring kat sisi You ni pun You tak sedar. Besar sangat ke masalah You tu sampai I dilupakan.” Rajuk Laika.

“Mana ada masalah besar sayang, I fikirkan company Papa I tu aje. Hmm macam mana I nak rampasnya dari I tu. Dah tau nak conduct syarikat tapi papa still lagi pilih dia dari I. Sorryla sayang, okey sekarang ni I focus kat You aje okey.” Katanya sambil mengusap pipi Laika.

Laika tersenyum manja. Dia member jelingan menggoda kepada Faiz. Tangannya mengusap dada Faiz yang terdedah. “Betul You nak fokuskan kat I aje, tak nak fikir yang lain,” Bisiknya di telinga Faiz. Faiz tersenyum, dia menarik Laika ke dalam pelukanya.

“No.. only You, sayang.” Katanya, mengucup bibir Laika lembut. Laika membalas sambil tangannya mengusap dada Faiz.

“You.. bila kita nak kahwin? You tau kan takkan kita nak hidup macam ni sepanjang hayat kita, I pun nak jugak dapat title isteri tapi dengan Youlah.” Kata Laika. Dia sedar apa yang dia buat ini satu dosa besar tapi cintanya pada Faiz lebih mendalam dari semua itu.

“Sabarlah sayang, lambat laun You pasti jadi isteri I jugak. Tapi You mestilah bersabar ya.” Pujuk Faiz, dia mengusap rambut lurus Laika.

“Sabar? Tapi sampai bila, sampai I mengandungkan anak You nanti. Tu pun you nak suruh I sabar lagi ke Faiz.” Dia menolak tangan Faiz yang terus membelai rambutnya itu.

Faiz menderus laju, tiba-tiba dia baran dengan sikap Laika yang tak reti nak bersabar itu. “Okey, kalau You tak bersabar baik kita berpisah saja. Dan mulai hari ni jangan cuba-cuba cari I lagi okey!” Ugut Faiz.

Bulat mata Laika dengan ugutan Faiz itu. Pantas dia menarik lengan Faiz ketika Faiz ingin meninggalkan katal. “Faiz, tolonglah jangan tinggalkan I. Okey I janji I takkan sesekali ungkit tentang kahwin lagi okey.” Pujuk Laika. Sungguh dia tak mahu meninggalkan kekasihnya itu, Faiz baginya adalah segala-galanya.

“Janji You takkan ungkit lagi.”

“Janji.. I janji.” Kata Laika, mengangkat kelima tangan kanannya. Faiz tersenyum puas. Dia menjatuhkan dirinya ke katal. Pantas tangannya merangkul tubuh Laika, dibelainya seperti selalu. Faiz, dia menyayangi Laika tapi dia tidak mencintainya. Dia hanya mengunakan tubuh Laika untuk memuaskan nafsunya saja, selebihnya tidak ada. Dia memberikan senyuman sini ketika Laika layu ditangannya tika ini.

Dia tahu Laika sangat mencintainya, sanggup curang kepada kekasihnya hanya disebabkan dia. Tapi bukan dia yang merayu, tetapi Laika yang datang dan menyerahkan diri padanya. Dia rasa bangga kerana semua gadis-gadis datang sujud dikakinya kerna kekacakan dan kekayaan miliknya. Tetapi kenapa Ana tidak pernah pun terpikat padanya, apa kurangnya dia pada Ana.Atau pun Ana sudah tahu perangai sebenarnya? ‘Hmm... tak kisahlah.. lama-lama nanti dia pasti akan jatuh ke tangan aku jugak, tiada siapa yang boleh merampas dia dari aku. Termasuk jantan tak guna tu.’ Katanya sambil ketawa jahat. ‘Dan selepas tu sayang.. aku tak perlukan kau lagi..’ katanya melihat Laika yang tidur disebelahnya.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Ana membantu Ain mengemas barang-barang hantaran yang akan dibawa ke kampung meraka pada keesokan harinya. Kali ini, Ana membantu dengan seikhlas hatinya dia tak mahu lagi memikirkan perasaannya masa ini. Baginya, tika ini perasaan Ain lebih penting darinya. Sejak kejadian itu, sudah tiga bulan dia tidak menemui Zarif lagi. Dan Faiz pula, telah dia khabarkan tentang ‘bakal tunangnya’ telah berangkat ke luar Negara untuk berkursus selama enam bulan. Lantaklah Faiz ingin percaya atau tidak, dia tak kisah lagi pasal itu!

Tentang perasaannya pada Zarif, dia nekad untuk melupakan lelaki itu dan ingin melupuskan ingatannya pada Zarif tak kira macam mana sekali pun cara.Zaman dahulu kala Datuk Laksamana Hang Tuah memberikan sireh kepada Tun Teja supaya melupakan atau menyahkan perasaan Tun Teja pada dirinya, kalaulah wujud lagi sireh itu mahu saja dia dapatkannya supaya perasaannya pada Zarif terus hilang begitu saja. Ana tersenyum. ‘Gila!’ Itu saja yang dapat dia rasakan pada masa ini.

“Akhirnya siap jugak... Arghh... letihnya.” Katanya Ain,sambil membuat senaman ringkas.

“Banyak jugak ek, barang-barang kau nak bagi pihak lelaki. Nasib baik muat-muat saja dalam kereta. Kalau tak kena sewa lori nak bawak barang-barang ni semua.” Gurau Ana. Ain ketawa lucu.

“Ceh, mana ada banyak sangat. Okey apa.. sebelas berbalas Sembilan, nasib baik mak aku buat bunga telur bagai kalau nak harapkan kita.. hmm.. haram.” Katanya lagi.

Ana tergelak kecil, betul cakap Ain tu kalau mereka yang membuat bunga telur tu entah apa jadi entah. Tangan tak de seni. Ni barang hantaran ni pun semua pihak wedding planner yang buat kalau nak harapkan meraka.. tak tau apa jadi?

Ana melihat wajah Ain makin berseri-seri kali ini. Yelah lagi tiga hari tamatlah zaman bujang Ain, wah.. rasa cepat pulak masa berlalu, tak sangka sekarang ni Ain nak berkahwin. Terasa bagaikan semalam mereka baru berkenalan di sekolah.‘Ah.. lepas ni tinggal lah aku seseorang yang tak berteman, nasib baik Kak Mila offer tinggal dengan dia sekali kalau tak.. huh, jangan haraplah aku nak duduk rumah ni seseorang. Takut!’

“Thanks ek Ana aku rasa kau yang banyak bersusah payah untuk wedding aku ni, macam-macam idea kau bagi. Kau memang kawan baik + sejati dunia akhirat lah.” Kata Ain, menepuk-nepuk bahu Ana.

Ana mencebik. “Yelah, kawan baik + sejati lepas kahwin nanti terus aku ni hilang dari kamus hidup kau. Entah-entah terus aku ni hilang dari ingatan kau, nanti bila kita jumpa kau buat-buat tak kenal.” Ana menjeling Ain manja.

“Eh.. mana boleh aku buat kau macam tu, banyak sangat kenangan kau bersama aku mana boleh aku lupakan kau, Hisy.. ngarut aje kau ni. Jangan risaulah kalau aku dah kahwin pun dengan Abang Fakrul nanti pasti punya aku jeguk-jeguk kau kat kedai buku tu, alah lagipun klinik Abang Fakrul kat dengan aje dengan buku kita tu.” Jelas Ain panjang. Lepas Ain berkahwin nanti dia bernekad untuk berhenti kerja dan beruruskan rumah tangganya saja.

“Alamak, aku lupa nak bagi tau kau Ain. Sebenarnya aku baru dapat offer dari syarikat yang aku temuduga hari tu, lagi dua minggu aku kena daftarkan diri kat syarikat tu. Sorry ek, tak bagi tau kau awal-awal. Aku terlupa sangat-sangat.”

“La.. bilanya kau pergi temuduga tu? Aku tak tau pun. Kau ni, perkara yang mengembirakan ni pun kau lupa nak bagi tau, ish-ish penyakit pelupa kau ni bilalah nak hilangnya, dari time kita satu sekolah dulu sampai sekarang ni tak hilang-hilang lagi ek. Ni mesti banyak makan semut ni.” Kutuk Ain.

“Ceh, mana ade. Tak de masa aku nak makan semut-semut tu, aku ni kan geli dengan semut, takkan aku nak makan dorang. Heh, ngarut aje kerja kau ni. Aku pergi temuduga tu time kau mintak cuti hari tu, saja-saja pergi tak tau pulak dapat lagi pun kerja ni Kak Mila yang carikan.” Jelas Ana lagi.

Ain buat mulut bentuk ‘oo..’ “Kau mintak jawatan apa?”

“Alah yang biasa-biasa aje, tapi tak taula kalau bos aku tu nak bagi jawatan lain kat aku ke sebab kekadang kan selalu macam tu.Mintak lain dapat lain. Aku terima seadanya lah. Hahaha..”

Ain mencebik. Tapi last-last join Ana ketawa jugak. “Hmm.. habis tu tak dapatlah kita jumpa selalu ek, kau dah dapat kerja lain. Alah.. tak best ye..” Ain mengeluh.

“Adeh.. mak cik ni, bukan jauh pun syarikat tu dari kedai buku kita tu. Senang-senang nanti aku jumpalah kau. Tak pun boleh je aku lunch kat Warung Mak Jah tu. Apa susah.”
Bagi Ana, kerja di tempat lain adalah yang terbaik darinya untuk mengelak dari Faiz dan Zarif. Semua tak tahu agendanya itu, biarlah ianya menjadi rahsianya seorang saja. Sudah tiba masanya untuk dia menjauh dari semua. Dia tak mahu perasaannya kian mencambah terhadap ‘dia’ dan akan menyusahkan dirnya nanti.

Hatinya sayu ketika menemani Ain masa pergi memilih pengantin tiga bulan dahulu. Zarif tidak memandangnya langsung kalau bercakap pun hanya perkataan formal saja yang keluar dari mulut Zarif. Alangkah sedihnya dia tika itu, walaupun dia tahu layanan Zarif sebelum itu hanya layanan sebagai kawan tetapi kenapa dia terus berubah ketika bersama dengan Ain, layanannya bukan layanan tapi tidak dilayan seperti kawan tetapi seolah-olah Zarif tidak mengenali dia!

Flashback…


Ana hanya memerhatikan kemesraan antara Ain dan Zarif. Pantas dia melarikan pandangan apabila melihat Zarif menguis hidung Ain bila Zarif mengatakan baju yang dipakai Ain tika itu cantik dan sesuai denganya. Baju kemaja panjang warna gold  itu kelihatan sangat sesuai dengan Ain dan Zarif.

“Ana, cantik tak baju yang aku pakai ni.” Ujar Ain.

Ana hanya menganggukan kepala dan menunjukkan tanda ‘good’ kat Ain.

“Hmm.. tak payah nak tukarlah kali ni?” Tanya Ain lagi.

Ana mengeleng pula. “Tak payah, memang dah sesuai sangat warna tu dengan kau. Korang pilih theme gold kan time sanding nanti,”

“Haah.. tapi betul ke canti ni? Tak rasa lip-lap lip-lap ke aku pakai baju ni.” Tanya Ain lagi sekali, takut dia salah memilih baju.

“Tak, tak lip-lap lip-lap sangat pun, lagipun kan ke korang punya sanding blah Dr.Fakrul malam. Jadi okeylah tu. Sesuai sangat.” Komen Ana.

Tak lama kemudian, Zarif keluar dari bilik persalinan.

“Okey, tak sayang.” Tanyanya.

“Wah.. hensemnya bakal suami Ain ni.” Puji Ain. Tunangnya itu ketawa senang, suka dia dipuji bergitu.

“Betul ni,”

“Betullah bang, buat apa Ain nak tipu. Betul tak Ana. Hensemkan.” Tanya Ain pada Ana.

Ana hanya mengangguk, tersenyum tawar. Pandangannya kembali kepada majalah Pengantin yang di bacanya.

“Haa.. tengok Ana pun kata cantik kan, Tak payah tukar ek.”

Tunangnya itu hanya mengangguk setuju. “Yeah… sayang abang. Macam ni baru bakal suami Ain.” Katanya dengan manja. Tunangnya ketawa besar.

“Kalau bab membodek, dialah no. 1. Dah jom-jom kita pilih baju sanding untuk kat rumah Ain nanti dengan baju untuk potong kek nanti.”

“Okey.. jom Ana kita pergi pilih.” Ajak Ain.

“Hmm.. kau pergi ajelah dengan Dr.Fakrul. Aku tukang komen aje boleh.” Tolak Ana.
“Okey.. boleh jugak tu. Jom abang.”



Setelah melihat Ain dan Zarif pergi ke satu sudut untuk memilih baju. Ana menundukkan wajahnya matanya kabur, sebutir air mata jatuh ke atas majalah pengantin tu. Cepat-cepat dia mengesatnya takut Ain mengatahuinya sedang menangis. Pandangannya hanya pada majalah itu saja.

 Apabila Ain meminta dia memberi komen tentang baju yang dipilihnya tadi, pantas dia menukar riak muka ceria. Dan member komen yang sepatutnya pada Ain.

“Kau ni sihat ke tak. Dari tadi aku tengok kau asyik tunduk aje.” Tegur Ain.

“Haah.. aku tak beberapa sihat sangat ni. Pagi tadi aku pening kepala.” Tipunya.

“La yeke.. apasal kau tak cakap dengan aku. Menyusahkan kau pulak ikut aku pergi pilih baju ni.” Kata Ain prihatin.

“Alah.. tak pen anti baiklah pening aku ni. Haa.. kau dah sudah ke belum. Aku lapar ni. Hehehe..” Ana ketawa. Pura-pura.

“Dah..dah.. Abang Fakrul pergi menguruskan pembayaran kat kauter tu haa.. dah jomlah kita keluar dulu kang pengsan pulak kau kat sini.”

“Hisy.. takkan sampai pengsan kot. Aku okey lagi ni. Kau pergilah teman Dr. Fakrul tu. Aku pergi Food Courd  dulu ek. Ataupun kalau korang nak makan kat mana-man nanti call aku ek.” Tak sempat Ain nak menghalang Ana terus keluar dari butik pengantin iru.

Ain mengerutkan dahinya, ‘Apa kenanya pulak dengan kawan aku ni.. hisy..’

“Sayang jomlah.. Eh, mana kawan Ain tadi tu,” Kejut Tunangnya.

“Haa.. dia kata dia tunggu kat pergi Food Courd dulu.” Terang Ain.

“Food Courd.. la abang baru nak belanja Korean food kat dia, hmm..”

“Tak apa, jom kita pergi dulu pergi, nanti Ain call dia ek.”

Dr.Fakrul mengangguk setuju.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*






sorry-sorry-sorry (Super jonior) sorry kekwn sume... lmbt update.. sibuk bangat............. enjoy (2 n3 sekali.. ^^,)

siapa dia?? 15


Episod 15

“Cakap dengan akak, tadi tu apa?” Pertanyaan Mila membuatkan Ana garu kepala.

“Ermm.. entah hehehe..” Ana tersengih macam kerang busuk.

“Entah Ana cakap, awak tau tak drama yang awak buat tadi semua orang dapat tengok dengan jelas dan nyata, tak pernah dibuat oleh drama kat kat tengah jalan. Nasib baik tak banyak kereta. Hisy kamu ni Ana.” Sambil memandu kereta dia membebel kat Ana.

“Ye ke, Ana tak perasan pun ada orang tengok kami tadi sunyi aje, kalau ramai mesti ‘orang-orang’ ramai tu membantu Zarif dan Faiz bergaduh then Ana boleh pilih sape yang paling kuat dan boleh jadi hero Ana.” Gurau Ana, membayangkan Faiz dan Zarif bertumbuk demi dia. Huh! Hanya banyangan okey! Dan tu takkan terjadi!!

“Awak ingat tak ramai ke orang kat warung Mak Jah tu haa. Sampai kecok jadinya kat warung tu. Kalah cerita bollywood tau korang ni, tak pernah dibuat dek orang buat pergambaran kat tengah-tengah jalan.”

Ana memuncung. “Tapi nasib baik akak jadi herokan tadi,”

“Haa.. yelah jadi hero dah akak tak tahan kena kutuk siang-siang sebab pekerja akak buat drama kat tengah-tengah jalan.”

“Woah.. popularla kedai akak nanti ek sebab dorang kenal dengan Ana. Hahahaha.. Akak kena terima kasih kat Analah macam ni.” Gurau Ana lagi.

“Terima kasih.. terima kasih ni..” Dia mencubit lengan Ana kuat, Ana terjerit kecil.

“Apa akak ni, sakit tau tangan macam ketam.” Tangan kiri mengosok-gosok tangan kanannya penangan Mila. Dia muncung.

“Apa ketam, ni ada yang nak kena lagi ni..” Mila menjeling tajam.

“Hehehe.. mana ada ketam, tak ada..tak ada.. orang lawak je pun, hisy Kak Mila ni sensitive pulak dia ni.”

“Okey-okey berbalik pada topic kita, akak tak mau tukar-tukar topic ek..” Mila beri amaran.

“Yelah..yelah..” Ana mengalah.

“So.. tadi tu pasal apa?”

“Akak terus terang Ana cakap, Ana pun tak tau apa yang berlaku tadi, Ana..Ana keliru kak.. tiba-tiba aje dia..” Ana pejam mata.

“Ana keliru dengan perasaan Ana sendiri kak.. Ana tak tau nak buat apa. Dengan masalah si Faiz tu lagi..”

“Faiz masih kacau Ana..” Kesian dia melihat Ana bergitu, selama ni tak pernah Ana buat perangai macam ni.

Ana menggaguk pelahan. Mila dah geleng-geleng kepalanya, dia tak faham dengan Faiz dah teman wanita yang cantik, baik tapi masih lagi mengejar Ana. Kalau Shakira tau la dengan perangai Faiz ni, tak tau la apa dia nak kata.

“Faiz ni memang tak pernah nak serik-serik!”Marah Mila.

Ana terdiam. “Habis lelaki yang sorang lagi tu sape pulak, akak tengok bukan main dia bela Ana dari si Faiz tu.”

Ana mengeluh kuat, tu lagi masalah besar baginya. “Takkan akak tak kenal dia?”

“Siapa? Lelaki tu, hisy mana akak kenal Na, sape dia tu?”Pertanyaan dijawab dengan pertanyaan juga.

“Dia tunang Ain, kak.” Jawab Ana pelahan, hampir-hampir tak kedengaran suaranya.

“Apa?!” Jeritan Mila bergema satu kereta. Ana pejam mata, dia dah agak riaksi Mila bila dapat tahu ‘ siapa lelaki itu’.

“Kenapa..Macam mana dia..” Suaranya tersekat di kerongkong.

“Tulah dia kak, Ana.. Ana tak tau nak jawab macam mana, Ana buntu, keliru dengan perasaan sendiri. Ana tak  tau kenapa dengan dia Ana rasa.. Ana rasa lain kak, Ana tak tau. Ana dah cuba buang perasaan perasaan tu tapi tak boleh kak, tak boleh..” Ana teresak pelahan.

“Ana tak tau bila perasaan tu wujud kak, sedangkan Ana baru kenal dia takkan semudah tu Ana.. Ana..”

“Cinta tak kenal sesiapa dik, dalam sekelip mata pun kita boleh jatuh cinta.” Sambung Mila.

Ana mengenggam tangannya, kuat! “Tapi kenapa mesti dia, bukannya orang lain kak, dia dah bertunang dengan..” Tak sanggup dia nak sebut nama Ain, terasa dirinya begitu berdosa kerana telah mengkianati sahabat baiknya sendiri.

“Akak pun tak tau nak cakap macam mana dik,” Mila mengeluh pelahan.

“Kak.. jangan bagi tau Ain ya, tentang ni.. diam-diamkan aje ya.. Ana tak nak dia sedih dengan...” Ana pandang Mila dengan redup. Matanya panas lagi.

“Baik dik, rahsia ni biar kita aje yang simpan okey.” Mila memegang erat tangan Ana, Ana membalas kuat seolah-olah ingin mendapat kekuatan dari Mila. Matanya terpejam dan sebutir air mata keluar darinya.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Fakrul Zarif termenung lagi kali ini dia dirumah ibunya.Dia tahu sejak hari dia mengenali Adryana dia suka termenung, tapi menungannya kali ini disebabkan seorang lelaki yang bernama Faiz, dia tahu dia tidak mempunyai hak untuk masuk campur dalam urusan Adryana tetapi kenapa... fikiran tidak mahu berhenti dari memikirkan dia.

‘Kenapa dia terlalu istimewa dari orang lain kenapa? Kenapa dengan mudahnya aku jatuh cinta dengan dia, sedangkan...’ Dia mengusap mukanya beberapa kali.

‘Tak..tak..aku tak boleh fikirkan dia.. habis kekasih aku tu aku nak letak mana, takkan nak buang macam tu aje kot, punyala susah aku mengayat dia dulu.. Hisy.. tension ye aku!!’

“Hai anak ummi ni dari tadi asyik termenung aje kerjanya, dah tak ada kerja ke nak buat?” Pertanyaan dari umminya membuatkan Zarif tersentak.

“Ummi.. sorry tak perasan tadi,”

“Mana nak perasan asyik termenung aje kerja ye..” Jawapan Ummi membuatkan dia tersengih.

“Mana ada termenung Ummi, tengah berfikir ni.” Nafinya.

“Selalunya orang berfikir ni orang ada masalah, sebab tu dia termenung, hmm.. jadi anak ummi ni berfikir tentang masalah ke, atau termenung teringat kat buat hati.” Kias Umminya.

Dia tersenyum faham apa maksud Umminya itu. Umminya selalu ada jika dia dilanda masalah atau apa saja, memang..dia memang berutung dapat ibu macam Umminya.Jadi dia takkan sia-siakan Umminya itu.

“Ummi, macam mana kalau orang tu dilemma perasan dia sendiri.”

“Dilemma.. hmm.. dilemma macam mana tu, Rul.”

“Okey, ada kawan Rul ni dia dah ada kekasih, kekasih ni cantik,bergaya, seksi, hotlah Ummi. Tapi ada satu hari tu dia terjumpa sorang perempuan ni, perempuan tu taklah cantik sangat, tapi manis sangat kalau dia senyum lagi manis Mi, tak seksi tapi dia Nampak seksi kalau orang pandang matanya Ummi, lepas tu dia ni pulak tak pandai bergaya, tapi dia selesa apa yang dia pakai dan sedap mata orang memandang kalau tengok dia, dan dia clumsy orangnya Mi tapi kelakarla tengok dia muka dia kalau dia cuak semacam.” Zarif tersenyum apabila teringatkan Adryana.Seyumannya, telatahnya semuanya mencuit hati Zarif.

“Jadi apa yang dilemma ye..” Ummi tersenyum melihat Zarif tersentak dengan pertanyaannya.

Zarif tersenyum malu. “Hmm..Jadi kawan Rul tiba-tiba dia cakap yang dia dah jatuh cinta dengan perempuan yang baru dia kenal tu Ummi, tapi dia keliru mana dia nak letak kekasih dia tu Ummi, takkan nak campak aje macam tu, punyala susah nak dapat tu Ummi. Jadi pendapat Ummi macam mana?” Zarif menarik nafas lega apabila dapat meluahkan semuanya pada Ummi.

“Hmm.. complicated jugak masalah kawan kamu ni Rul.”Umminya memandang sinis pada Zarif. Zarif buat tak tahu saja dengan pandangan Umminya itu.

“Kalau Ummi jadi kawan kamu tu, pertama sekali Ummi tanya perasan Ummi sendiri kenapa Ummi pilih kekasih Ummi dulu tu, hanya sebab dia cantik,seksi,pandai bergaya dan hot aje ke? Hanya sebab tu Ummi jatuh cinta atau sebab muka dia yang cantik tu. Dan kenapa pulak Ummi dengan tiba-tiba saja Ummi terjatuh cinta dengan perempuan biasa-biasa tu, walaupun baru saja terjumpa dengan dia, sebab dia cantik juga ke atau dia keistimewaan dia terletak pada sikap dan sifat dia yang boleh buat Ummi jatuh cinta dengan dia dalam sekelip mata saja.” Ummi pandang Zarif yang mula berfikir.

“Tapi Ummi macam mana dia tahu yang dia dah jatuh cinta dengan perempuan biasa tu Ummi, tak rasa tak logik ke Ummi.. dalam sekelip mata saja terus jatuh cinta. Betul ke tu cinta atau.. perasan suka saja.”

“Cuba tanya dengan kawan kamu tu, masa dia pandang kekasih dia apa yang dia rasa, adakah dia rasa bangga sebab dapat kekasihnya cantik atau dia kekasih dia tu dari hati dia tulus suci. Dan apa pulak perasan dia bila dia pandang perempuan biasa tu, sebab dia cantik juga ke? Atau sebaliknya. Kalau nak tahu kita mencintai seseorang tu atau pun tak perasan kita bila kita pandang dia saja, rasa macam ada kupu-kupu aje dalam diri kita, berdebar semacam. Rasa macam takut nak pandang tapi bila kita pandang dia sekali lagi terus menusuk ke hati. Sebab tu orang kata, cinta tu turun dari mata ke hati.Bila kita pandang mata dia tiba-tiba kita rasa hati berdebar-debar. Dan bila ada orang lain yang cuba mendekati dia kita rasa macam nak pukul orang tu pakai kayu sebab cemburu.Hmm.. Ummi ingat lagi time babah kamu cemburu Ummi bersembang dengan kawan baik dia Uncle Johan kamu tu, punyala cemburu dia sampai takkan bertegur sapa dengan Ummi satu hari.”

Zarif terdiam. ‘Jadi memang betullah perasan aku pada Adryana tu cinta. Cinta, ya cinta yang aku tak pernah dapat rasa bila aku bersama kekasih aku. Tapi bila aku bersama Adryana aku dapat rasai semuanya itu, walaupun sekejap saja kami berjumpa. Tapi bila aku pandang dia aku rasa macam nak pandang dia berkali-kali, rasa tak puas tiap kali melihat muka dia merah atau cuak time aku usik dia.’

“Rul..Rul.. hey..termenung lagi dia ni.” Umminya menepuk paha Zarif dengan kuat. Sekali lagi dia tersentak.

“Kamu ni asyik termenung aje, hisy kamu tau tak termenung ni tak baik untuk kita, kita jadi terleka kalau asyik termenung saja.” Tegur Ummi.

Zarif garu kepala. “Orang berfikirla Mi.. berfikir..”

“Haa.. yela berfikir kalau macam ni rupanya. Hisy.. entah-entah bukan kawan kamu yang punya masalah tapi kamu kan?” Sekap Umminya.

Zarif ketawa kecil cuba menafikan tuduhan Umminya. “Mana ada Ummi, betul kawan Rul punya masalah kesian dia Ummi kawan baik Rul tu Mi, tapi Mi macam mana Ummi tau bab-bab cinta ni ek.. hebatla Ummi Rul ni.” Puji Zarif cuba mengelak dari ditanya oleh Umminya lagi.

“Hai.. pengalaman Ummi sendirilah Rul, pengalaman menjadi tauladan tau. Cinta Babah kamu banyak mengajar Ummi tentang sesuatu yang.. satu hari nanti kamu akan merasainya jugak.” Balas Umminya sambil mengusat rambut anak bujangnya itu.

“Woah.. terujanya Rul dengan cinta Babah dengan Ummi ni, Rul pun nak juga macam tu Mi. Haa.. habis kalau kawan Rul tu pilih perempuan biasa tu macam mana pulak dengan kekasihnya Ummi?”

“Ceh.. aku ni Ummi ingat dah abis.. Hmm bagi Ummilah kawan kamu ni kena buat solat Istiqarah biar Allah yang tentukan siapa yang berhak dia pilih.”

“Hmm.. betul jugak tu, pilihan Dia lagi tepat dan berkat. Baiklah nanti Rul bagi tau kat kawan Rul tu.” Zarif menafas nafas panjang sebelum membaringkan kepala ke riba Umminya. Hatinya lega-seleganya.

“Hisy.. budak ni dah besar panjang pun nak manja-manja lagi.” Katanya Ummi. Tapi diusapnya juga kepala Zarif pelahan dan lembut. Zarif memejamkan matanya sambil tersenyum manis. Tangannya mencapai lengan Ummi dan menciumnya lembut.

“Terima kasih Ummi, Rul sayang Ummi sangat-sangat.” Katanya sebelum terlelap di riba Umminya.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*