Episod 20
Ain telah siap dihias, baju kurung moden berwarna putih itu memang sangat sesuai dengan Ain, bertambah ayu wajahnya. Dia menundukan wajah kalau ada saudara-maranya mengatakan dia Nampak ayu dan cantik. Katanya pula, ini semua kerja mak andam yang telah ditempah oleh cik abangnya.. Dr.Fakrul. Diimport dari KL tu.
Akad Nikah akan diadakan di Masjid Al-Nur selepas waktu Isyak sebentar saja lagi. Hatinya kian berdebar-debar sewaktu menantin bakal suaminya itu sampai ke masjid. Ana yang duduk di sebelah kanannya pun turut teruja. Ain mengengam erat Tangan Ana dan dia membalas gengaman tangan sabahatnya itu.
Ketika ini, Ana kelihatan ayu dengan baju kurung moden berwarna purple. Warna kegemarannya. Solekan yang tipis membuatkan wajah Ana Nampak lembut dan ayu, lebih kurang saja dia dan Ana. Tetapi tak de nya mak andam nak menyolekannya, dia make up sendiri! Sdn. Bhd. Okey‼
“Aku takut ni Ana.” Katanya dengan suaranya pelahan, hanya Ana sorang saja yang mendengarnya.
“Ala, relax la.. tarik nafas dalam-dalam dan hambus pelahan-lahan. Selawat banyak-banyak ek.” Ana memberi semangat. Ain, mengangguk pelahan.
“Pengatin lelaki dah sampai!” jerit Emma.
Ain menarik nafas dalam-dalam lalu dihambusnya dan dia berselawat sebanyak mungkin. Tika itu jugaklah dia Nampak Dr.Fakrul dan keluarganya sampai. Keluarga Dr. Fakrul duduk si sebelah kanannya juga. Sewaktu Dr.Fakrul ingin ke depan Ain berpandangannya dengan bakal suaminya itu, sempat lagi dia melihat Dr.Fakrul mengenitkan mata ke arahnya. Merah padam wajah Ain ketika ini.
Setelah Khubah nikah dibacakan, mereka memulakan akad nikah.Berwalikan Abang Sulung Ain. Tok Kadi menjabat tangan Dr.Fakrul erat.
“Fakrul Zahim.”
“Ya, saya.” Jawab Dr.Fakrul yakin.
“Aku nikahkan dikau dengan Ainul Mardina Binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM 300 ringgit tunai.”
“Aku terima nikahnya Ainul Mardina Binti Ahmad dengan mas kahwinya RM 300 ringgit tunai.”
“Sah,” Tanya Tok Kadi kepada dua orang saksi.
“Sah..” kata saksi pertama.
“Sah..” kata saksi kedua pula.
Dengan sekali lafas. Ainul Mardina sah menjadi isteri kepada Dr. Fakrul Zahim.
Setitis air mata kegembiraan menitis dipipi Ain, cepat-cepat dia mengelapnya dengan tisu. Tangan sebelah lagi mengenggam lengan Ana erat, Ana membalasnya.. mungkin memujuk Ain supaya ‘jangan nangis lagi...’ Ana turut merasa kesebakannya.
Dia melihat keluarga mentuanya mehela nafas lega dan sekali gus menyuarakan perasaan gembira kerana Dr.Fakrul hanya melafazkan dengan sekali lafaz sahaja.
“Tahniah..” Pamit Ana pelahan, suaranya seakan berbisik.
“Sama-sama.. lepas ni kau pulak.” Kata Ain balik, bergurau. Mata memandang suaminya yang menunaikan solat sunnat. Perasan bangga menjelar dihatinya.
Ana menjelir lidah. “Aku lambat lagi, aku tunggu first baby kau. Dan mintak-mintak sangat kembar boleh bagi aku satu.” Pamit Ana lagi, dia ketawa kecil apabila melihat muka Ain merah bukan main.
Dia menahan sakit ketika menerima cubitan yang paling sakit di dunia ini di pehanya. Berkerut-kerut mukanya.
“Sakitlah mak cik.”
Ain buat tak peduli. Ekor matanya memandang Ana, walaupun kamera tak putus-putus menekan ‘klik’ di hadapannya.
“Yelah tu, habis tu yang tengah pandang kau kat sebelah sana tu apa? Hmm.. aku rasa aku boleh taksirkan renungan yang macam mana lelaki tu pandang kau.”
Kata-kata Ain membuatkan Ana tunduk malu, kini giliran Ana pula memerahkan muka. Dia tahu siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Ain itu.
Belum sempat Ana menjawab, ahli keluaga kedua-dua belah pihak saling bersalam-salaman dan Ana terpaksa beredar dari tempat duduknya kerana upacara membatalkan air sembahyang akan dimulakan sebentar saja lagi. Dia hanya melihat dari jauh saja memberi ruang kepada ahli keluarga Ain dan Dr.Fakrul, tanpa sedar dia melanggar seseorang di belakangnya.
“Opss.. sorry..sorry.. tak sengaja.” Katanya spontan.
“Tak pe.”
Ana menoleh ke belakang. Wajahnya tiba-tiba merah dan pantas di tunduk ke bawah. Kenapa dalam banyak-banyak orang dalam masjid ni dia terlanggar lelaki ini, sedaya upaya dia ingin mengelak dari lelaki ini. Malunya tak habis-habis lagi dari semalam! Tapi.. nasib baiklah lelaki ini tak tahu apa yang sedang bermain dalam fikirannya, kalau tak mesti setahun dia takkan tunjukkan mukanya depan Ain atau depan semua orang yang ada disini.. kecuali ibu hehe..
“Nak pergi mana? Tak nak tengok diorang sarung cincin ke?” Tanya Zarif.
“Tak payahlah.. ramai sangat orang nanti saya tengok dalam gambar ajelah,” jawab Ana pelahan. Tadi dah bagi camera kat anak sedara Ain, Emma dan Lia suruh mereka jadi cameraman. Agaknya berebutlah mereka berdua tu..
“kalau macam tu kita keluar nak? Saya pun malas nak tengok jugak.” Zarif tersenyum.
‘Malas? Biar betul pak cik sorang ni? Sawan ke? Takkanlah dia boleh terlupa pula yang tengah menyarung cincin kat kawan aku tu abang dia? Keluar.. dari sini? Dengan dia ni.. tak payahlah, nanti jadi hot issue pulak.. tau ajelah orang kampong ni.’
“Tak payahlah, kita tunggu kat sini ajelah. Saya nikan pengapit nanti bila khimat saya diperlukan diorang terpaksa cari pulak, kalau saya hilang.. kan susah.”
“Hmm.. betul jugak tu, kerja pengapit ni biasanya kena ikut mana pengantin pergi kan? nanti Along tercari-cari pulak. Okeylah kita tunggu sini.” Katanya tersengih.
‘Dia ni pengapit jugak ke? Adeh.. memang aku tak boleh lari punya dari mamat ni.’
Selesai upacara pembatalan air sembahyang, jurukamera mengambil gambar pihak lelaki dan pihak perempuan bergilir-gilir bergambar dengan pengatin. Ain mengajak Ana bergambar dengannya sekali, tapi Ana mengeleng kepala. Tiba-tiba Emma menarik lengannya dan terus dibawa ke arah pengantin. Zarif pun terpaksa pergi selepas dipaksa oleh Syidah.
“Okey kali ni pengantin dan pengapit aje tau. Haa.. pengapit perempuan senyumlah sikit.” Arah Emma. Ana menjuihkan bibir ke arah Emma, tapi cepat-cepat dia tersenyum apabila banyak mata yang memandang.
“Hey, perasan tak Emma pengapit lelaki dengan pengapit perempuan ni Nampak macam sesuai la.” Kata Syidah. Pipi Ana sudah kepanasan. Dia menundukkan kepala sedikit, Zarif pulak tergelak kecil.
“Yeke Syidah, Angah ingat Angah sorang je yang perasan.” Kata-kata Zarif itu lagilah membuatkan Ana menundukkan kepalanya, rasanya karpet warna hijau kuning itu lagi cantik dari memandang ke depan.
“Haah.. memang sesuai pun.” Kata pulak jurukamera itu. Ana dah tak senang duduk.
Ain dan Dr.Fakrul ketawa bersama. Sambil mata mereka menglirik pada Ana yang sedari tadi asyik menunduk saja. Lagilah membuatkan mereka ketawa besar.
“okey sedia.. say cheese‼”
‘Klik!’
“Anak-anak.. meh jom kita angkat barang-barang ni semua. Kat luar kita boleh ambik lagi.” Tegur Mak Cik Biah.
“Okey..” Kata Emma dan Syidah serentak.
Ana apa lagi sepantas kilat terus mengambil barang-barang hantaran dan terus dia pergi dari situ, rasanya dia takkan masuk lagi selagi pengantin tak keluar. Biar saja dia tunggu dalam kereta. ‘ Argghh… malu-malu, hempah punya Syidah.. sengaja aje nak kenakan aku dengan abang dia. Si Zarif pun satu pi menyokong pulak. Argghh.. rasa macam nak jerit kuat-kuat aje kat sini.’
“Dah hilang dah malu tu.” Tegur sesorang. Ana pandang tepi, mukanya yang elok putih terus merah. ‘Dia lagi..’
“Mak Cik Biah yang suruh saya bawak kereta ni ek. Sebab Along dengan Ain nak singgah chalet kejap.” Sebelum Ana bertanya Zarif dah jawab.
“Okey..” Jawab Ana sepatah.
“Kita berdua aje tau, sebab kat belakang dah penuh dengan barang jadi yang lain tak boleh ikut.” Ujar Zarif lagi.
“Apa? Mana boleh macam tu, saya naik kereta lainlah awak ajak Syidah.”
“Dorang semua dah pergi tinggal kita aje cik adik.” Zarif tersenyum menang. Bulat mata Ana pandang belakang, kiri dan kanannya. Semua kereta dah pergi tinggal mereka berdua saja belum bertolak lagi.
Zarif ketawa besar. Suka dia melihat Ana melopong bergitu. Comel. Ana menghadiahkan Zarif jelingan yang paling tajam! Geram.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Sampai saja di rumah Mak Cik Biah, Ana terus turun dari kereta Zarif. Tak sanggup lagi dia bersama Zarif didalam kereta itu, asyik merah padam saja mukanya apabila teringatkan kejadian semalam, adeh.. memang malu sungguh. Tapi rasanya Zarif tak tahu apa yang dia tahu, harap-haraplah Zarif tak tahu!
“Kenapa awak Nampak lain aje? Dari semalam lagi awak macam ni, kenapa ya gaduh dengan boyfriend ke?” soal Zarif, telah dia jangka Ana akan memberhentikan langkahnya, walaupun tadi dia Nampak macam tergesa-gesa.
Ana pusing pandang belakang, dahinya berkerut. “Lain, lain macam mana tu? Dan kenapa pulak muka saya perlu jadi lain kalau gaduh dengan boyfriend? Hah.. tak fahamlah. Soalan jenis apa tu?” Jawab Ana balik, walaupun dia faham apa yang ditanya oleh Zarif tu, tapi takkan dia nak beri jawapan yang sebenarnya kan? ‘Jawapan yang sebenar.. huiii.. takkan.. takkan sama sekali..’ jerit hatinya.
Zarif tergelak kecil. “ Cik adik, soalan saya yang punya senang tu pun awak tak boleh jawab ke? Okey kalau awak nak yang lebih detail lagi.. kenapa tiap kali awak tersempak atau terjumpa dengan saya muka awak jadi lain, I mean.. muka awak macam blushing, macam buat delima..Why?” nada ton ‘why’ Zarif lembutkan.
Ana telan liur, ‘ Mak ai.. straight punye soalan.. macam mana aku nak jawab ni?’
“Oo.. Haa.. pasal tu..” Ana garu kepala.. “ saya terkejut tiba-tiba awak datang sini, saya ingat awak tak kenal Ain.. hahaha.. kelakarkan, saya terlupa awak ni adik ipar dia.. hahaha..”
Entah macam mana reaksi muka dia tika ini, jawapan yang dia berikan pada Zarif pun macam.. errr.. tah apa-apa entah.. Ana telan liur lagi.
Kedut dahi Zarif melihat Ana begini, dia ketawa. Tergeleng-geleng kepalanya. Ana pun ikut ketawa jugak, tapi ketawa yang dia buat-buatlah.
“Saya rasa, makin saya kenal awak makin pelik perangai awak ni kan, tapi tak pe.. lagi saya suke.” Dia ketawa. “okey biar saya teka. Sebenarnya awak ni tak tau kan yang sebenarnya saya ada kembar betul tak ? Dan awak ingatkan yang sebenarnya Along saya tu saya, betul tak?” Sekap Zarif mengena. Ana menukar riak mukanya, dia tergeleng-geleng.
“Ma..mana ada.. mestilah saya tahu Ain bagitau sayalah diakan kawan baik saya mestilah dia bagitau Dr.Fakrul ada kembar, apalah awak ni ngarut aje.” Panas muka Ana dibuatnya, tapi cepat-cepat dia cover, tangannya dia letakan di dahi macam lindung muka kena mataharilah konon, padahal harikan malam.
“Betul ke ni?” Zarif kecilkan matanya. Dia mula mendekati Ana, dan Ana pulak dah mengelisah semacam.
“B..betul la, k..kenapa saya nak tipu awak pulak,” Dia larikan matanya dari terpandang mata Zarif.
“Ye ke.. tapi kenapa saya macam tak boleh nak percaya ek?” Zarif semakin menghampiri Ana. Ana telan liur beberapa kali. Jantungnya mula berdegup pantas. Dup dap dup dap..
‘Ya Allah, bagilah pertolongan kepada hambamu ini Ya Allah.’ Minta Ana sungguh-sungguh.
“Ana..oo Ana, apa yang dibuatkan bawah tu meh sini tolong mak!” Jeritan Mak Cik Biah membuatkan Ana melepaskan nafas selega-leganya. ‘Yes! Mak, thank you Mak. Ya Allah, terima kasih!’
“Ye mak, Ana naik ini.” Balas Ana dengan jeritan juga.
“Okey awak, saya naik atas dulu. Bye!!” Terus Ana melarikan diri tanpa menunggu balasan kata dari Zarif. Tergopoh-gapah sampai nak tersadung dia kat tangga, tapi terus jugak dia menguatkan larian sampai bayangnya tidak Nampak dek Zarif.
“Ana..Ana, awak ingat saya tak tau ke, apa sebenarnya yang berlaku? Saya lebih tahu dari apa yang awak tahu!” Zarif ketawa, kakinya melangkah ke rumah Mak Cik Biah.
“Saya nak tengok selama mana awak boleh sembunyikan dari saya?” Dia tersenyum. Penuh makna!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*